Parti Amanah Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari AMANAH)
Jump to navigation Jump to search
Parti Amanah Negara
(AMANAH)
ڤرتي أمانه نڬارا
Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu
Setiausaha-Agung Mohd Anuar Mohd Tahir
Penasihat Umum Ustaz Datuk Seri Ahmad Awang
Timbalan Presiden

Naib Presiden
Dato' Salahuddin Ayub

1. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa
2. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
3. Dr. Hasan Baharom
4. Datuk Husam Musa
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Siti Mariah Mahmud
Ketua Pemuda Amanah Negara Sany Hamzan
Slogan Amanah, Progresif, Peduli
Diasaskan 16 September 2015
Ibu pejabat Wisma Amanah Negara, Unit No. 73-1, Tingkat 1, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur, Malaysia
Akhbar Amanah
Sayap belia Pemuda Amanah Nasional
Sayap Wanita Angkatan Wanita Amanah Negara
Keahlian Warganegara Malaysia
Ideologi Islam
Kedudukan politik Kerajaan Malaysia
Agama Islam
Penggabungan nasional Pakatan Harapan
Warna rasmi Oren
    
Dewan Negara
0 / 70
Dewan Rakyat
11 / 222
Dewan Undangan Negeri (DUN)
20 / 576
Simbol pilihan raya
Pakatan-harapan-logo.jpg
Bendera parti
Parti Amanah Negara Flag.svg
Tapak web
www.amanah.org.my
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebuah parti politik di Malaysia. Parti Amanah diasaskan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu. Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.[1]

Sejarah penubuhan

Malaysian Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia)

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia telah ditubuhkan pada Januari 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai sebuah parti politik di Malaysia. Parti tersebut mempunyai calon tunggal, iaitu presidennya sendiri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Sungai Besi serta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungei Way. Beliau telah kehilangan deposit di kedua-dua buah kerusi pemilihan. Sejak itu, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak bertanding di mana-mana Pilihan Raya di Malaysia.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah parti yang tidak aktif sehingga diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru pada 31 Ogos 2015.

Simbol atau logo Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah sebatang cangkul dengan sebuah gerigi gear berlatarbelakang warna hijau gelap.[2]

Pengambilalihan oleh Gerakan Harapan Baru

Gerakan Harapan Baru mengambil alih PPPM selepas cubaan menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Gerakan Harapan Baru telah bersetuju dengan satu-satunya syarat yang diberikan oleh ahli-ahli PPPM yang menghendaki Gerakan tersebut untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[3][4][5][6][7]

Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan menukar nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (AMANAH). Sebaik sahaja AMANAH diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), ianya telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia dengan sekurang-kuranya 35,000 orang penyertaan ahli.[8]

Penjenamaan semula kepada Parti Amanah Negara

Ahli-ahli PPPM telah bersetuju membenarkan pertukaran nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 8 September 2015, yang turut mempersetujui perubahan logo dan bendera.[9]

AMANAH telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015 di peringkat kebangsaan, sementara ia masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS). AMANAH adalah pengambilalihan dan penjenamaan semula Parti Pekerja untuk menjadi sebuah parti politik baru yang diterajui oleh para pemimpin yang telah meninggalkan PAS.[10]

Logo baru dan bendera telah diumumkan pada pelancaran rasminya pada 16 September 2015.[11]

Kepimpinan

Kepimpinan Amanah Nasional

Nama Jawatan
Penasihat Umum Datuk Seri Haji Ahmad Awang
Timbalan Penasihat Umum Abdul Ghani Shamsuddin
Presiden Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Dato' Haji Salahuddin Ayub
Naib Presiden Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa
Naib Presiden Hasanuddin Mohd Yunus
Naib Presiden Dr. Hassan Baharom
Setiausaha Agung Mohd Anuar Mohd Tahir
Timbalan Setiausaha Agung Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Bendahari Kehormat Asmuni Awi
Setiausaha Organisasi Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan
Ketua Wanita Siti Mariah Mahmud
Ketua Penerangan Khalid Samad
Pengarah Pilihanraya Datuk Wira Dr. Hatta Ramli
Pengarah Strategi Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Ahli Jawatankuasa 1. Gopalan K. Papachan
2. Mazlan Aliman
3. Mohd Nizar Jamaludin
4. Phahrolrazi Mohd Zawawi
5. Saari Sungib
6. Izham Hashim
7. Hu Pang Chow
8. Hasnul Baharudin
9. Aiman Athirah Al-Jundi
10. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Pengerusi Amanah Negeri

Negeri Nama
Perlis Wan Kharizal Wan Kazim
Kedah Ismail Salleh
Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah[12]
Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa
Perak Asmuni Awi
Selangor Izham Hashim
Pahang Hamzah Jaafar
WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan Dr. Hatta Ramli
Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar
Melaka Adly Zahari
Johor Aminolhuda Hassan
Sabah Hamzah Abdullah
Sarawak Mohamad Fidzuan Bin Zaidi

Sumber:[13]

Ahli Parlimen AMANAH bagi Parlimen Malaysia ke-13

Senarai Ahli Parlimen Malaysia daripada AMANAH. Kesemua mereka merupakan calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum keluar dari parti Islam tersebut.

YB Datuk

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi sesi 2013-2017

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri daripada AMANAH. Kesemua mereka merupakan bekas calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum melompat keluar dari parti Islam tersebut dan tidak mahu memulangkan kerusi kepada PAS.


Wakil Rakyat Amanah PRU 14






Calon Pilihan Raya Umum 14

Berikut merupakan senarai-senarai calon yang telah diletakkan untuk bertanding bagi mewakili Parti Amanah Negara untuk Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

PARLIMEN











DEWAN UNDANGAN NEGERI

Lihat juga


Rujukan

  1. ^ LOOI SUE-CHERN (2 October 2015). "PAN gets RoS nod for new name". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada asal pada 3 October 2015. Dicapai 2 October 2015. 
  2. ^ Ram Anand (31 August 2015). "GHB to take over dormant Workers Party". The Malaysian Insider. Dicapai 31 August 2015. 
  3. ^ FMT Reporters (31 August 2015). "Seven rebel MPs ditch PAS for breakaway GHB". Free Malaysia Today. Dicapai 9 September 2015. 
  4. ^ Rahmah Ghazali (31 August 2015). "GHB announces setting up of Parti Amanah Negara". The Star Online. Dicapai 9 September 2015. 
  5. ^ "GHB ambil alih Parti Pekerja Malaysia". Berita Harian. 31 August 2015. Dicapai 9 September 2015. 
  6. ^ Adrian Lai (31 August 2015). "GHB to form new Islamic party under existing political vehicle". New Straits Times. Dicapai 9 September 2015. 
  7. ^ Khairunnisa Kasnoon (31 August 2015). "Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB". Astro Awani. Dicapai 9 September 2015. 
  8. ^ Yap Tzu Ging (31 August 2015). "Harapan Baru aims for 35,000 members in takeover of Workers' Party". The Malay Mail Online. Dicapai 31 August 2015. 
  9. ^ Nabihah Hamid of The Malaysian Insider (16 September 2015). "Multiracial Amanah committed to carry on with Islamic agenda, says Mat Sabu". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada asal pada 18 September 2015. Dicapai 16 September 2015. 
  10. ^ Zulkifli Sulong of The Malaysian Insider (10 September 2015). "Malaysian Workers Party renamed Amanah in EGM. However, it is worth to note that no official AGM being made to elect a proper leadership team". The Edge Markets. Dicapai 10 September 2015. 
  11. ^ "Kepimpinan 2015". Amanah Negara. 6 September 2015. Dicapai 6 September 2015. 
  12. ^ Zulkifli Sulong (8 September 2015). "Amanah berusaha tidak jadi punca kejatuhan PAS Kelantan, kata pengerusi". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada asal pada 8 September 2015. Dicapai 9 September 2015. 
  13. ^ https://amanah.org.my/blog/2015/10/28/821/

Pautan Luar