Sellapan Ramanathan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuan Yang Terutama
Sellapan Ramanathan
President of Singapore SR Nathan.jpg

Tempoh jawatan
1 September 1999 – 1 September 2011
Perdana Menteri Goh Chok Tong
Lee Hsien Loong
Didahului oleh Ong Teng Cheong
Diganti oleh Tony Tan Keng Yam

Lahir 3 Julai 1924(1924-07-03)
Singapura, Negeri-negeri Selat
Meninggal dunia 22 Ogos 2016 (umur 92)
Hospital Besar Singapura
Parti politik Bebas
Pasangan Urmila Nandey
Alma mater Universiti Malaya
Profesion Pekerja awam
Agama Hindu

Sellapan Ramanathan[1] (Bahasa Tamilசெல்லப்பன் ராமநாதன், Cellappaṉ Rāmanātaṉ [?]; 3 Julai 1924 – 22 Ogos 2016) merupakan Presiden Republik Singapura yang memegang jawatan pada tahun 1999 hingga 2011. Beliau dipilih sebagai Presiden dalam pilihan raya tanpa bertanding pada tahun 1999 dan 2005. Pada tahun 2009, beliau mengambil alih kedudukan Benjamin Sheares sebagai Presiden Singapura yang paling lama berkhidmat.

Nathan mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Anglo-Chinese, Rangoon Road Afternoon School dan Sekolah Victoria. Beliau mula bekerja sebelum tamat pengajian di sekolah. Selepas Perang Dunia II, sambil bekerja, beliau belajar bersendirian sehingga ke peringkat menengah dan berjaya melayakkan diri ke Universiti Malaya di Singapura. Di situ, beliau berjaya meraih Diploma dalam jurusan Pengajian Kemasyarakatan (Kepujian).

Nathan memulakan kerjayanya dengan Perkhidmatan Awam Singapura pada tahun 1955 dan telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan pemerintah sebelum dilantik sebagai Presiden.

Bagi menghargai sumbangannya kepada negara, pemerintah Singapura telah menganugerahkan beliau Bintang Bakti Masyarakat pada tahun 1964, Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada tahun 1967 dan Pingat Jasa Gemilang pada tahun 1974.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nathan berumahtangga dengan Puan Urmila Nandey dan mempunyai seorang anak perempuan dan lelaki serta tiga orang cucu.

Nathan diserang penyakit angin ahmar pada pagi 31 Julai 2016 dan dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif, Hospital Besar Singapura.[2] Beliau meninggal dunia pada 22 Ogos 2016 pada pukul 9:48 malam (UTC+8) pada usia 92 tahun di hospital tersebut [3][4] setelah berada dalam keadaan koma selama 3 minggu.


Jawatan politik
Didahului oleh
Ong Teng Cheong
Presiden Singapura
1999–2011
Diikuti oleh:
Tony Tan Keng Yam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Yap, Sonny; Lim, Richard; Leong, Weng Kam (2009). Men In White - The Untold Story of Singapore's Ruling Political Party, p.145. Singapore Press Holdings Ltd., Singapore,ISBN 9789814266246
  2. "Former president S R Nathan in critical condition at SGH after suffering a stroke". The Straits Times. Dicapai pada 31 July 2016.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. http://www.todayonline.com/singapore/singapore-sixth-president-sr-nathan
  4. http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/former-president-s-r/3064846.html