Senapang lantak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Senapang lantak dan bayonet di atas frigate Grand Turk.

Senapang lantak (bahasa Inggeris: musket) adalah sejenis senjata api muat hadapan berlaras licin dan direka agar boleh ditembak dari bahu - nama "lantak" yakni "memukul kuat-kuat supaya keras atau padat"[1] merujuk pada cara pengisian peluru dan mesiu melalui suatu muncung yang disumbat pukul dengan pelantak khas (ramrod).[2] Ia direka bagi digunakan bagi kegunaan askar-askar infantri sesebuah bala tentera (bahasa Inggeris: musketman atau musketeer).

Senapang lantak menggantikan pemuras dan kemudiannya digantikan oleh raifal (dalam kedua kes, selepas lama tempoh digunakan bersama-sama). Istilah senapang lantak digunakan bagi pelbagai senjata, termasuk senapang panjang, berat dengan sumbu api, tarkul atau kancing batu dan ubat bedil yang ditembak dengan laras senapang diletakkan atas kayu tompang, dan juga senjata lebih ringan dengan Snaphance, senapang batu, atau caplock dan peluru menggunakan putaran penstabil (bebola Minié), dipasang dengan bayonet.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'lantak' - Kamus Bahasa Melayu. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  2. ^ Departemen Pendidikan Nasional (2008). Kamus Besar Bahasa Indonesia Pusat Bahasa Edisi Keempat. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.