Tarkul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terakul atau ’’dragon’’, dijumpai di medan tempur di Cerro Gordo, Mexico

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tarkul atau terakol, terkul dan tarkul adalah antara senjata terkenal di kalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) yang mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan fius. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia ialah perubahan bentuk daripada pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, dan juga oleh askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.