Serangan Israel ke atas Lubnan 1973

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 33°54′N 35°32′E / 33.9°N 35.53°E / 33.9; 35.53

Operasi Spring of Youth
Sebahagian daripada Operasi Kemurkaan Tuhan
Tarikh9-10 April 1973
Lokasi
Keputusan Pasukan khas Pasukan Pertahanan Israel mencapai objektif mereka
Pihak yang terlibat

Israel Sayeret Matkal Israel Shayetet 13

Israel Sayeret Tzanhanim
PLO
Kerugian dan korban
2 mati 12-100 mati
3 mangsa awam

Serangan Israel ke atas Lubnan 1973 (dikenali sebagai Operasi Spring of Youth, sebahagian dari Operasi Kemurkaan Tuhan) terjadi pada malam 9 April dan awal pagi 10 April, 1973 apabila pasukan khas Pasukan Pertahanan Israel menyerang beberapa sasaran Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Beirut dan Sidon, Lubnan. [1]

Umunya, operasi ini dianggap sebagai sebahagian tindak balas untuk peristiwa München di Sukan Olimpik Munich 1972 pada September 1972.[2]

Pasukan Sayeret Matkal Israel tiba di pantai Lubnan di dalam bot-bot Zodiac yang dilancarkan dari kapal-kapal peluru berpandu di laut. Para agen Mossad menunggu pasukan ini di pantai bersama kereta yang disewa sehari sebelumnya, kemudian membawa mereka ke lokasi sasaran sebelum membawa anggota ini kembali ke pantai untuk dibawa keluar.

Semasa operasi ini, tiga orang pemimpin tertinggi PLO dibunuh di rumah mereka, bersama-sama dengan pejuang PLO yang lain (jumlah mangsa yang terbunuh dianggarkan sehingga 100 orang)[perlu rujukan]. Beberapa anggota keselamatan Lubnan dan jiran rakyat awam juga terbunuh. Dua orang anggota tentera Israel terbunuh di dalam operasi ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ J. Bowyer Bell, Irving Louis Horowitz (2005) Assassin: Theory and Practice of Political Violence, pp137, Transaction Publishers, ISBN 1-4128-0509-0 Retrieved 2010 May 4
  2. ^ Maslin, Janet (2005-12-15). "A Massacre in Munich, and What Came After". The New York Times. Dicapai pada 2010-04-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]