Daerah Kota Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kota Setar
Daerah Kota Setar
داءيره كوتا ستار
Lokasi Daerah Kota Setar di Kedah
Lokasi Daerah Kota Setar di Kedah
Koordinat: 6°5′N 100°20′E / 6.083°N 100.333°E / 6.083; 100.333Koordinat: 6°5′N 100°20′E / 6.083°N 100.333°E / 6.083; 100.333
Negara Malaysia
Negeri Kedah
KerusiAlor Setar
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Alor Setar
Luas
 • Jumlah422 km2 (163 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah374,051
 • Kepadatan890/km2 (2,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
05xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK
Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar
Sempadan daerah Kota Setar dan Yan di Kota Sarang Semut

Kota Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah inilah terletaknya Bandar Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Nama Kota Setar berasal daripada perkataan Setar atau pokok ‘Stak’ (Bouea macrophylla) yang tumbuh di kawasan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1991, seluruh Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar merangkumi 34 buah mukim, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar merangkumi 28 buah mukim dan Pejabat Tanah Pokok Sena merangkumi enam buah mukim. Pada 1 Januari 2008, daerah Pokok Sena telah diasingkan daripada daerah Kota Setar selepas tertubuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.[2]

Pihak berkuasa tempatan di daerah Kota Setar ialah Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis Bandaraya Alor Setar telah dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran Kota Setar pada 28 November 2003 sekaligus menjadi bandaraya ke-sembilan di Malaysia.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kota Setar bersempadan dengan daerah Kubang Pasu di utara, daerah Pokok Sena di timur, daerah Pendang di tenggara, daerah Yan di selatan dan Selat Melaka di barat.

Mukim[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan keluasan dan populasi penduduk bagi mukim-mukim di Kota Setar.

Map of Kota Setar District, Kedah.svg

Bil Senarai Mukim Keluasan (km²)[4] Populasi Penduduk[5]
1 Kota Setar 6.29 22,364
2 Kuala Kedah 9.95 20,924
3 Tajar 44.35 16,244
4 Derga 29.48 32,227
5 Alor Merah 5.59 9,655
6 Pengkalan Kundor 41.28 61,357
7 Anak Bukit 8.9 10,700
8 Titi Gajah 13.02 4,999
9 Kubang Rotan 22.0 6,716
10 Kangkong 22.53 8,640
11 Langgar 10.36 8,262
12 Limbong 7.06 1,620
13 Mergong 12.58 27,616
14 Sungai Baharu 5.75 2,024
3 Sala Kechik 15.61 6,927
16 Lengkuas 8.61 1,939
17 Bukit Pinang 9.9 8,616
18 Alor Malai 7.76 30,747
19 Telok Kechai 7.75 9,894
20 Telok Chengai 5.21 6,964
21 Tebengau 16.94 4,714
22 Gunong 19.24 7,475
23 Padang Lalang 23.99 9,263
24 Telaga Mas 13.53 3,538
25 Lepai 6.78 3,313
26 Hutan Kampong 10.09 7,962
27 Padang Hang 21.97 4,405
28 Pumpong 11.18 18,071

Bandar dan pekan

Bandar Alor Setar

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan penduduk mengikut kaum di daerah Kota Setar (2010)

  Melayu dan bumiputera lain (73.53%)
  Cina (21.99%)
  India (2.32%)
  Lain-lain (0.35%)
  Tiada data (1.81%)

Pecahan penduduk mengikut jantina di daerah Kota Setar (2010)

  Lelaki (49.96%)
  Perempuan (50.04%)

Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kota Setar ialah seramai 357,176 orang dengan kepadatan penduduk 850 orang perkilometer persegi.[5] Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 262,027 orang. Terdapat sebanyak 86,456 isi rumah dengan 93,190 tempat kediaman.[5]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Warganegara Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Melayu 262,027
Bumiputera lain 610
Cina 78,542
India 8,298
Lain-lain 1,253
Bukan warganegara tiada data 6,446
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Jumlah
70 tahun dan ke atas 16,251
60 hingga 69 tahun 24,222
50 hingga 59 tahun 41,171
40 hingga 49 tahun 45,777
30 hingga 39 tahun 42,726
20 hingga 29 tahun 54,272
10 hingga 19 tahun 73,128
9 tahun dan ke bawah 59,629
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Jumlah
Lelaki 178,457
Perempuan 178,719

Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Rakyat

Parlimen Kerusi Ahli Parlimen Parti
P9 Alor Setar Chan Ming Kai Pakatan Harapan (PKR)
P10 Kuala Kedah Dr Azman Ismail Pakatan Harapan (PKR)

Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Undangan Negeri Kedah

Parlimen DUN Kerusi Ahli DUN Parti
P9 N12 Suka Menanti Zamri Yusuf Pakatan Harapan (PKR)
P9 N13 Kota Darul Aman Teh Swee Leong Pakatan Harapan (DAP)
P9 N14 Alor Mengkudu Phahrolrazi Zawawi Pakatan Harapan (AMANAH)
P10 N15 Anak Bukit Amiruddin Hamzah PEJUANG
P10 N16 Kubang Rotan Mohd Asmirul Anuar Aris Pakatan Harapan (AMANAH)
P10 N17 Pengkalan Kundor Ismail Salleh Pakatan Harapan (AMANAH)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah di daerah Kota Setar

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kubang Pasu sehingga tahun 2019[6];

Sekolah*

Jenis sekolah Bilangan

sekolah

Jumlah murid Jumlah guru
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Sekolah rendah 88 15,455 14,812 692 2,084
Jumlah 88 30,267 2,776
Sekolah menengah 37 12,685 13,580 869 1,981
Jumlah 37 26,265 2,850
Keseluruhan 125 28,140 28,392 1,561 4,065
Jumlah keseluruhan 125 56,532 5,626

*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penemuan utama banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020". https://www.mycensus.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. External link in |website= (bantuan)
  2. ^ "Latar Belakang Daerah Kota Setar".
  3. ^ "Latar Belakang Majlis Bandaraya Alor Setar".
  4. ^ "Kota Setar, district in Malaysia". citypopulation.de. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  5. ^ a b c "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". mycensus.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia.
  6. ^ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2021.