Daerah Kuala Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Daerah Kuala Muda
Daerah Kuala Muda
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiكوالا مودا
 • Cina瓜拉姆达县
 • Tamilகோலா மூடா
Lokasi Daerah Kuala Muda di Kedah
Lokasi Daerah Kuala Muda di Kedah
Koordinat: 5°40′N 100°30′E / 5.667°N 100.500°E / 5.667; 100.500Koordinat: 5°40′N 100°30′E / 5.667°N 100.500°E / 5.667; 100.500
Negara Malaysia
Negeri Kedah
KerusiSungai Petani
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Sungai Petani
Kerajaan
 • Pegawai daerahHaji Abdullah bin Hashim[1]
Luas
 • Jumlah922 km2 (356 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah443,488
 • Kepadatan480/km2 (1,200/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
09xxx
Kod panggilan+6-044
Nombor plat kenderaanK
Sempadan daerah Kuala Muda di Gurun.

Daerah Kuala Muda merupakan sebuah daerah di Kedah, Malaysia. Sungai Petani merupakan pusat pentadbiran bagi daerah ini.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Nama daerah Kuala Muda diambil sempena nama sebatang sungai yang terletak di dalam daerah ini, iaitu Sungai Muda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Beberapa tempat di daerah Kuala Muda dahulunya pernah dijadikan pusat pentadbiran Kesultanan Kedah. Kota Bukit Meriam telah menjadi pusat pentadbiran Kedah sejak tahun 1136 hingga 1236 lalu diubah ke Kota Sungai Emas sehingga tahun 1280.[4] Beberapa artifak dan candi juga ditemui di sekitar Lembah Bujang dan Sungai Batu yang dipercayai antara tamadun terawal yang bertapak di Malaysia.

Pada tahun 2004, daerah Kuala Muda antara beberapa tempat di Malaysia yang dilanda tempias gempa bumi dan tsunami 2004 yang mengorbankan lebih sepuluh orang penduduk di sekitar pesisir pantai Kuala Muda.[5] Sebuah tugu peringatan telah dibina bagi memperingati peristiwa ini.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuala Muda bersempadan dengan daerah Pendang di utara, daerah Sik dan Baling di timur, daerah Kulim dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang di selatan, daerah Yan di barat laut dan Selat Melaka di barat.

Mukim[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuala Muda dibahagikan kepada 16 buah mukim;

Map of Kuala Muda District, Kedah.svg
Bil Nama mukim Keluasan (km²)[6] Jumlah penduduk

(2010)[7]

1 Mukim Bujang 74.83 13,342
2 Mukim Bukit Meriam 37.52 5,449
3 Mukim Gurun 202.9 39,590
4 Mukim Haji Kudong 3.83 1,070
5 Mukim Kota 6.05 2,960
6 Mukim Kuala 6.76 3,050
7 Mukim Merbok 49.75 13,637
8 Mukim Pekula 21.64 15,066
9 Mukim Pinang Tunggal 35.73 16,243
10 Mukim Rantau Panjang 9.63 2,827
11 Mukim Semeling 39.11 22,255
12 Mukim Sidam Kiri 68.21 8,024
13 Mukim Simpor 20.09 5,864
14 Mukim Sungai Pasir 37.26 79,924
15 Mukim Sungai Petani 181.5 202,939
16 Mukim Teloi Kiri 128.7 11,248

Bandar dan pekan

Bandar Sungai Petani
Pekan Tanjung Dawai

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan penduduk mengikut kaum di daerah Kuala Muda (2010)

  Melayu dan bumiputera lain (63.23%)
  Cina (18.55%)
  India (13.30%)
  Lain-lain (0.47%)
  Tiada data (4.45%)

Pecahan penduduk mengikut jantina di daerah Kuala Muda (2010)

  Lelaki (50.65%)
  Perempuan (49.35%)

Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kuala Muda ialah seramai 443,488 orang dengan kepadatan penduduk 480 orang perkilometer persegi. Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 278,999 orang. Terdapat sebanyak 105,429 isi rumah dengan 135,237 tempat kediaman.[7]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Warganegara Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Melayu 278,999
Bumiputera lain 1,403
Cina 82,249
India 58,986
Lain-lain 2,099
Bukan warganegara tiada data 19,752
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Jumlah
70 tahun dan ke atas 14,475
60 hingga 69 tahun 21,378
50 hingga 59 tahun 41,940
40 hingga 49 tahun 57,602
30 hingga 39 tahun 62,144
20 hingga 29 tahun 70,762
10 hingga 19 tahun 93,406
9 tahun dan ke bawah 81,781
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Jumlah
Lelaki 224,626
Perempuan 218,862

Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat

Parlimen Kerusi Ahli Parlimen Parti
P12 Jerai Sabri Bin Azit Perikatan Nasional (PAS)
P14 Merbok Nor Azrina Binti Surip @ Nurin Aina Pakatan Harapan (PKR)
P15 Sungai Petani Johari Abdul Pakatan Harapan (PKR)

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Parlimen DUN Kerusi Ahli DUN Parti
P12 N22 Gurun Johari Abdul Pakatan Harapan (PKR)
P14 N25 Bukit Selambau Summugam A/L Rengasamy Pakatan Harapan (PKR)
P14 N26 Tanjung Dawai Hanif Bin Ghazali Perikatan Nasional (PAS)
P15 N27 Pantai Merdeka Ahmad Fadzli Bin Hashim Perikatan Nasional (PAS)
P15 N28 Bakar Arang Ooi Tze Min Pakatan Harapan (PH)
P15 N29 Sidam Robert Ling Kui Ee Perikatan Nasional (PPBM)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah rendah di Gurun.
Sebuah sekolah rendah di Sungai Lalang.

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kuala Muda sehingga tahun 2019[8];

Sekolah*

Jenis sekolah Bilangan
sekolah
Jumlah murid Jumlah guru
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Sekolah rendah 105 23,450 22,579 951 2,788
Jumlah 105 46,029 3,739
Sekolah menengah 38 17,090 18,377 890 2,251
Jumlah 38 35,467 3,141
Keseluruhan 143 40,540 40,956 1,841 5,039
Jumlah keseluruhan 143 81,496 6,880

*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri

Pengajian Tinggi

Institusi Jumlah staf
akademik
Jumlah
pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 116 126
Kolej Komuniti Sungai Petani 68 844
Jumlah 184 970

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Agama[sunting | sunting sumber]

Terdapat kira-kira 54 buah masjid di sekitar daerah Kuala Muda.[9]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah hospital kerajaan[10], empat klinik kesihatan, tiga poliklinik komuniti[11] dan 23 buah klinik desa[12] di daerah Kuala Muda.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jalan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Jata Kod Nama[13] Nama lain Panjang (km)[13] Info[14][15] Gambar
Jkr-ft1.svg FT1 Jalan Butterworth–Alor Setar Jalan Badlishah, Jalan Kampung Baru, Jalan Gurun 39.022 Kilometer sifar FT1 terletak di sempadan dua negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang, di Jambatan Merdeka. Signboard to Gurun - panoramio.jpg
Jkr-ft67.png FT67 Jalan Sungai Petani–Baling Jalan Market, Jalan Kuala Ketil 17.098 Kilometer sifar FT67 terletak di persilangan FT1 di Sungai Petani.
Jkr-ft175.svg FT175 Jalan Gurun–Kepala Batas Jalan Jeniang, Jalan Sik 51.423 Kilometer sifar FT175 terletak di persilangan FT1 di Bandar Gurun. Ia bertindih dengan Jalan Negeri Kedah K10. Jalan Gurun-Kepala Batas 3.jpg
Jkr-ft225.png FT225 Jalan Lencongan Timur Jalan Lencong Timur, Lencongan Timur, Jalan Pintasan Timur Sungai Petani 15.738 Kilometer sifar FT225 terletak di persilangan FT1 di Kampung Padang Temusu.
Jkr-ft252.png FT252 Jalan Gunung Jerai 12.000 Kilometer sifar FT252 terletak di kawasan meletakkan kenderaan di kaki Gunung Jerai.[16] Ia merupakan bekas Jalan Negeri Kedah K159. Rimba Rekreasi Mount Jerai - panoramio.jpg
Jkr-ft253.png FT253 Jalan Pintasan Semeling Jalan Pintas Semeling 13.899 Kilometer sifar FT253 terletak di persilangan FT1 di Bedong. Ia bertindih dengan Jalan Negeri Kedah K1. Jalan Pintas Semeling 1.jpg
Jkr-ft257.png FT257 Jalan Lencongan Barat Jalan Lencong Barat, Lencongan Barat, Jalan Pintasan Barat Sungai Petani 12.110 Kilometer sifar FT257 di Kampung Padang Temusu.[17][18] Kedah State Road K160 Intersection 2.jpg

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Perutusan Ketua Jabatan". Dicapai pada 2020-05-14.
  2. ^ "Kuala Muda, district in Malaysia". Dicapai pada 2017-12-30.
  3. ^ "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". m/s. 266.
  4. ^ Mior, Ahmad Noor (Disember 2002). Kesultanan Kedah : Satu Pengenalan. m/s. 123.
  5. ^ "Tragedi Tsunami 2004 Masih Segar Dalam Ingatan Penduduk Kota Kuala Muda". BERNAMA. 26 Disember 2013. Dicapai pada 5 Januari 2022.
  6. ^ "Kuala Muda, district in Malaysia". Dicapai pada 2017-12-30.
  7. ^ a b "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". m/s. 266.
  8. ^ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  9. ^ "Direktori Masjid Malaysia - Masjid di Kuala Muda". mymasjid.net.my. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  10. ^ "Hospital kerajaan di Kedah". myhealth.gov.my. Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  11. ^ "Klinik Kesihatan/Poliklinik Komuniti - Kedah". myhealth.gov.my. Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  12. ^ "Klinik Desa - Kedah". myhealth.gov.my. Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  13. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda/Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  14. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  15. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  16. ^ @THBM_HQ (7 November 2020). "#Trivia Jalan Persekutuan #Kedah FT252 J. Gunung Jerai sek. 0.00" (Tweet). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  17. ^ @THBM_HQ (13 Mac 2018). "120318 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 0.00" (Tweet). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  18. ^ @THBM_HQ (4 Ogos 2020). "03082020 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 0.00" (Tweet). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.