Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siti Hajar (Arab: هاجر) ialah isteri kedua Nabi Ibrahim. Kisahnya disebut dalam al-Quran walaupun namanya tidak disebut. Selain dalam Islam, kisah beliau juga disebut dalam tradisi agama Yahudi dan Kristian.

Menurut Islam[sunting | sunting sumber]

Asalnya, Hajar pembantu Siti Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim. Siti Hajar yang berkulit hitam dan berasal dari Qibti, Mesir, dayang hadiah daripada raja Mesir.[1] Pada mulanya, Siti Sarah setuju Siti Hajar berkahwin dengan Ibrahim kerana dia sendiri tidak dapat beranak (mandul).

Kemudian, rasa cemburu timbul apabila dia melihat Siti Hajar sedang mengandung. Walaupun Sarah cantik tetapi terasa dikalahkan kerana belum mengandung. Keretakan rumah tangga berlaku. Oleh itu, dia menyarankan suaminya membawa bekas hambanya itu jauh-jauh. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Sarah pula mengandung lalu mendapat anak lelaki bernama Ishaq.

Sebenarnya Sarah tidaklah cemburu kerana dia salah seorang wali Allah di kalangan wanita. Tetapi yang mengarahkan Hajar menuju padang pasir (Makkah) ialah Allah. Nabi Ibrahim diwahyukan oleh Allah, bukan kerana Nabi Ibrahim takut bini. Penulis di atas yang mengatakan 'Sarah cemburu' telah terkeliru.

Dari Syam, Nabi Ibrahim membawa Siti hajar dengan unta ke selatan hingga ke tapak kota purba bernama Faran yang kini ialah lokasi Makkah. Tiada seorang manusia pun ada di situ ketika itu dan hal ini menimbulkan rasa bimbang kepada Siti Hajar. Nabi Ibrahim meminta Siti Hajar bertawakal kerana "Dialah (Allah) yang memerintahkan aku membawamu ke sini". Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dan kembali ke Palestin. Pada saat genting kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari 7 kali dari Bukit Safa ke Marwah.

Pada saat inilah munculnya Telaga Zam-Zam. Air zamzam yang memancut keluar ini menarik perhatian burung-burung. Kafilah Arab juga terperasan dengan kehadiran burung-burung lalu pergi ke sana. Akhirnya, mereka setuju menetap di sana dan membangunkan kota.

Tiga belas tahun kemudian, Nabi Ibrahim kembali menemui isterinya Siti Hajar dan Ismail dan sama-sama membina Baitul Haram yang berbentuk empat segi. Sebelum ini, ia telah dibina oleh Nabi Adam. Setelah itu Nabi Ibrahim kembali semula ke utara iaitu di Palestin di mana isteri Siti Sarah dan anaknya Nabi Ishak tinggal.[2]

Pendapat bahawa Siti Hajar bukanlah hamba[sunting | sunting sumber]

Salomon bin Ishak dalam Targumnya menulis dalam tafsirnya. Dalam tafsir itu, Salomon bin Ishak berpendapat bahwa Hagar (Siti Hajar), ialah puteri seorang Penguasa Mesir.

Berdasarkan analisis Ustadz H. M. Nur Abdurrahman, Penguasa Mesir yang menjadi mentua Nabi Ibrahim, ialah Raja Salitis yang berasal daripada Dinasti Hyksos.

Dalam sejarah, Dinasti Hyksos memiliki keyakinan Tauhid, yang berasal daripada Kaum ‘Ad yang bernabikan Nabi Hud.

Mereka beremigrasi dan mendirikan kerajaan-kerajaan di Babylonia, kemudian juga di Kan’an, sebahagian lagi ke Mesir mendirikan Dinasti Hyksos setelah berhasil menundukkan penguasa setempat.

Anggapan Hagar seorang hamba[sunting | sunting sumber]

Dianggap sepeninggalnya Nabi Sulaiman, Bani Israil terperangkap dalam sifat kebanggaan yang berlebih-lebihan (chauvinism) yang menghasilkan sikap perkauman.

Hal ini, menyebabkan Ismail (saudara Ishaq), tidak dipandang sebelah mata. Dari sinilah kemudian muncul anggapan Hagar, ibunda Ismail hanya seorang hamba dari Mesir.

Daripada tafsiran yang keliru ini, muncul kesalahan biasa di kalangan Bani Israil. Mereka beranggapan bahawa Nabi Ismail tidak berhak menyandang putera Nabi Ibrahim, lantaran ibunya seorang hamba.

Kekeliruan yang bersikap perkauman ini, tentu perlu diluruskan kerana dalam Bible sendiri, baik Ismail mahupun Ishaq, ialah dua orang yang disebut “putera Ibrahim”, sebagaimana tertulis.[3][sumber tak boleh dipercayai?]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Afnan H. Fatani (2006). Oliver Leaman (penyunting). The Qur'an: an encyclopedia. Great Britain: Routeledge. m/s. 234–236.
  2. ^ [Abu Mazaya Al-Hafiz, 'Sejarah Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al Quran', Al hidayah Publication, Kuala Lumpur, hlm 313, 379]
  3. ^ https://kanzunqalam.com/2014/04/06/siti-hajar-hagar-ibunda-nabi-ismail-bukanlah-seorang-budak/