Sukan Olimpik Musim Panas 1996

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sukan Olimpik Atlanta 1996)
Sukan Olimpik XXVI
Hos BandarAtlanta, Georgia, Amerika Syarikat
Cogan kataThe Celebration of the Century (Inggeris)
Negara197
Atlet10,320
(6,797 lelaki, 3,523 perempuan)
Acara271 acara dalam 26 sukan
Pembukaan19 Julai 1996
Penutupan4 Ogos 1996
Dibuka oleh
Kawah Obor
StadiumStadium Olimpik Centennial
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1996

Sukan Olimpik Musim Panas 1996 (bahasa Inggeris: 1996 Summer Olympics) atau secara rasminya Sukan Olimpiad XXVI (bahasa Inggeris: Games of the XXVI Olympiad) dan juga dikenali sebagai Centennial Olympics atau Atlanta 1996, merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa yang telah dilangsungkan dari 19 Julai hingga 4 Ogos 1996 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.[2][3][4] Temasya ini merupakan kali keempat Amerika Syarikat menganjurkan Sukan Olimpik dan turut merupakan ulang tahun keseratus Sukan Olimpik sejak Sukan Olimpik yang pertama. Edisi Sukan Olimpik ini turut merupakan kali pertama Sukan Olimpik Musim Panas dianjurkan pada tahun yang berbeza dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk ekoran daripada keputusan baharu IOC yang dibuat pada 1994.

Sukan Olimpik 1996 juga merupakan Sukan Olimpik yang pertama bagi 24 buah negara, termasuklah 11 buah bekas negara Kesatuan Soviet.[5] Amerika Syarikat telah memperoleh tempat pertama dari segi pungutan pingat dalam edisi ini dan ini merupakan kali pertama Amerika Syarikat memperoleh keputusan tersebut sejak Sukan Olimpik 1984.

Pembidaan[sunting | sunting sumber]

Atlanta telah dipilih daripada Athens, Belgrade, Manchester, Melbourne dan Toronto sebagai tuan rumah pada 18 September 1990 semasa Sesi IOC ke-96 yang dianjurkan di Tokyo, Jepun.[6] Pada asalnya, ramai orang menggangap Athens, tempat asal Sukan Olimpik, sebagai pilihan tuan rumah Sukan Olimpik 1996 yang terbaik.[7] Namun, rancangan pembidaannya dikatakan terlalu "sombong dan kurang bersedia" oleh ramai pihak dan mempunyai banyak masalah seperti ketidakstabilan politik, masalah keselamatan, pencemaran udara, kesesakan jalan raya dan lain-lain menyebabkan pembidaan tersebut gagal.[8][9] Athens akan menganjurkan Sukan Olimpik pada 2004.

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik 196[10]
Bandar Nama JOK Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 Peringkat 4 Peringkat 5
Atlanta  Amerika Syarikat 19 20 26 34 51
Athens  Yunani 23 23 26 30 35
Toronto  Kanada 14 17 18 22
Melbourne  Australia 12 21 16
Manchester  United Kingdom 11 5
Belgrade  Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia[11] 7

Temasya[sunting | sunting sumber]

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 1996

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1996

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Atlanta 1996 dikritik oleh ramai pihak disebabkan oleh masalah penyediaan makanan dan pengangkutannya.[12] Pada masa yang sama, ramai pihak berpandangan bahawa temasya ini telah diperdagangkan sehingga ke tahap yang terlampau oleh penaja-penaja Atlanta 1996 seperti Coca-Cola dan Nike yang menggunakan cara pengiklanan yang agresif dan teknik "pemasaran serang hendap" (Ambush marketing).[13][14][15]

Selain itu, serangan bom yang berlaku pada 27 Julai di Taman Olimpik Centennial telah menyebabkan dua orang mati dan 111 orang cedera. Bom tersebut ditemui oleh pegawai keselamatan, Richard Jewell. sebelum bom tersebut meletup dan beliau telah menghubungi pasukan keselamatan dan membantu memindahkan orang ramai ke kawasan yang selamat.[16] Namun, bom tersebut telah meletup sebelum semua orang berjaya melarikan diri.[17] Eric Rudolph telah dikenal pasti sebagai perancang serangan bom ini dan telah ditangkap pada 31 Mei 2003.[18] Rudolph telah mengakui bahawa dia yang merancang serangan tersebut atas sebab politik dan beliau telah diberi hukuman pemenjaraan seumur hidup.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Factsheet - Opening Ceremony of the Games of the Olympiad" (PDF) (Siaran akhbar). International Olympic Committee. October 9, 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada August 14, 2016. Dicapai pada December 22, 2018.
  2. ^ Glanton, Dahleen. "Atlanta debates how golden it was". Chicago Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-28.
  3. ^ "Live From PyeongChang". TvTechnology (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-28.
  4. ^ "Atlanta: 20 years later". Sports Business Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-28.
  5. ^ "Atlanta 1996, Games of the XXVI Olympiad". Olympic.org. Diarkibkan daripada yang asal pada August 22, 2008. Dicapai pada 2007-05-19.
  6. ^ Payne, Michael (2006). Olympic turnaround: how the Olympic Games stepped back from the brink of Extinction to Become the Best Known Brand. Westport, Ct.: Praeger Publishers. ISBN 0-275-99030-3.
  7. ^ Weisman, Steven R. (1990-09-19). "Atlanta Selected Over Athens for 1996 Olympics". The New York Times. Dicapai pada 2008-09-23.
  8. ^ Longman, Jere (1997-08-03). "Athens Pins Olympic Bid to World Meet". The New York Times. Dicapai pada 2008-09-23.
  9. ^ "1996 Olympic Games". Georgia Encyclopedia. Dicapai pada February 24, 2013.
  10. ^ "IOC Vote History". www.aldaver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 25, 2008. Dicapai pada June 10, 2008.
  11. ^ The Socialist Federal Republic of Yugoslavia was still in existence at the time of bidding for the 1996 Olympics, although it would cease to exist by the time of the 1996 Summer Olympic games
  12. ^ "Olympic Games: Maligned Atlanta meets targets". The Independent. United Kingdom. November 15, 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada January 30, 2012. Dicapai pada October 25, 2010.
  13. ^ Collins, Glenn (1996-03-28). "Coke's Hometown Olympics;The Company Tries the Big Blitz on Its Own Turf". New York Times. Dicapai pada November 3, 2013.
  14. ^ Heath, Thomas (July 17, 1996). "An Olympic-Size Ambush". Washington Post. Dicapai pada November 26, 2018.
  15. ^ Emmett, James (2010-06-16). "Rise of the pseudo-sponsors: A history of ambush marketing". SportPro. Dicapai pada January 3, 2015.
  16. ^ "Olympic park bombing brought terror close to home". politics.myajc (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 1, 2018.
  17. ^ "When Terror Struck the Summer Olympics 20 Years Ago". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 1, 2018.
  18. ^ "Profile: Eric Rudolph". BBC News. April 14, 2005. Dicapai pada April 9, 2021.
  19. ^ Cummings, Denis (July 27, 2011). "On This Day: Bomb Explodes in Atlanta's Olympic Park". findingdulcinea.com. Dicapai pada September 28, 2015.
Didahului oleh
Barcelona
Sukan Olimpik Musim Panas
Atlanta

XXVI Olympiad (1996)
Diikuti oleh:
Sydney