Sukan Para Malaysia 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Para Malaysia XIX
Bandar tuan rumahPerak
Cogan kataWow! Kita Hebat!
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet1968
Sukan10
Acara310
Upacara pembukaan21 November 2018
Upacara penutupan28 November 2018
Pembukaan dirasmikan olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
(Menteri Belia dan Sukan Malaysia)
Tempat upacaraStadium Indera Mulia, Ipoh

Sukan Para Malaysia 2018, juga dikenali sebagai Para SUKMA ke-19 merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Perak dari 21 hingga 28 November 2018. Temasya ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Stadium Indera Mulia, Ipoh.[1]

Pembangunan dan persiapan[sunting | sunting sumber]

Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar daerah Kinta, Perak; [2]

Tempat Sukan
Arena Badminton Kompleks Sukan MBI Badminton
Dewan Gimnasium Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Boccia
Arena Boling Padang Perak Boling padang
Ampang Superbowl, Ipoh Parade Boling sepuluh pin
Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Catur
Stadium Ragbi Perak Memanah
Stadium Perak Olahraga
Stadium Indera Mulia Ping pong
Dewan Gimnasium Majlis Sukan Negeri Perak Powerlifting
Pusat Akuatik Tuanku Zara Renang

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Cogan kata rasmi temasya sukan tersebut ialah "Wow! Kita Hebat!". Wow merupakan singkatan World of Wonders, sebuah pengiktirafan diberikan oleh Lonely Planet kepada Perak semasa kempen pelancongan Tahun Melawat Perak 2017.

[sunting | sunting sumber]

Logo rasmi temasya ini merupakan sebuah imej yang menggabungkan elemen manusia dan gelombang air. Elemen manusia mewakili semangat juang para atlet di tahap tertinggi bagi mencapai kejayaan serta kepositifan mereka, manakala elemen gelombang air mewakili Sungai Perak sebagai sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menjadi sumber keperluan asas bagi rakyat negeri Perak. Logo ini dilancarkan pada 21 Januari 2018 di Bulatan Amanjaya di Ipoh berserta cogan kata, maskot dan lagu tema.[3][4]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot rasmi temasya ini merupakan seekor seladang yang bernama "Chor". Di Perak, "chor' merupakan sebuah nama yang diberikan kepada mana-mana orang dalam masyarakat tempatan yang merupakan anak sulung dalam keluarga dalam dialek Melayu Perak. Maskot direkakan untuk memakai baju sukan berwarna putih, dengan pipinya berwarna kuning, kedua-dua warna merupakan warna bendera negeri Perak. Ia terpilih untuk memaparkan kekuatan fizikal dan mental dan semangat jiwa yang membara melangkaui batas dalam sukan.

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Lagu tema temasya ini ialah “Wow! Kita The Greatest!” (Wow! Kita Yang Teragung!). Ia digubah dan dinyanyikan oleh pencipta lagu dan penyanyi terkenal Datuk Wah Idris.[5]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan.

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 310 acara yang dipertandingkan dalam 10 sukan di temasya ini;[2]

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Perak)

Pungutan pingat Para SUKMA 2018
KedudukanNegeriEmasPerakGangsaJumlah
1 Sarawak616241164
2 Sabah36283094
3 Perak*29332284
4 Johor29323495
5 Terengganu28162367
6 Kelantan20111849
7 Kuala Lumpur19252165
8 Selangor17172761
9 Kedah16162658
10 Perlis1316534
11 Pulau Pinang13131440
12 Negeri Sembilan11151642
13 Pahang96722
14 Melaka6101531
15 Labuan1214
Jumlah (15 negeri)308302300910

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.facebook.com/sukmaperak2018
  2. ^ a b "Para SUKMA XIX Perak 2018 membuka tirai". Berita Harian. 24 November 2018. Dicapai pada 17 Februari 2023.
  3. ^ "Chor, mascot of the 19th Sukma in Perak".
  4. ^ "MB: Events for Sukma 2018 to be held in every district of state".
  5. ^ "Pengenalan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2018-12-13.