Pergi ke kandungan

Sunway Carnival Mall

Koordinat: 5°23′55.6″U 100°23′53.0″T / 5.398778°U 100.398056°T / 5.398778; 100.398056
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sunway Carnival Mall
LokasiSeberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia
Koordinat5°23′55.6″U 100°23′53.0″T / 5.398778°U 100.398056°T / 5.398778; 100.398056
Tarikh pembukaanJun 2007
PemajuKumpulan Sunway
PengurusanRHB Trustees Berhad
PemilikKumpulan Sunway
Bil. gedung dan perkhidmatan200+
Bil. penyewa utama3 (Parkson Grand, Noko, dan Golden Screen Cinemas)
Keluasan lantai peruncitan800,000 ka2 (74,000 m2)
Bil. tingkat4
Laman websunwaycarnival.com

Sunway Carnival Mall adalah pusat membeli-belah terletak di Seberang Jaya, Pusat Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia.

Gedung empat tingkat berkeluasan 800,000-kaki-persegi (74,000 m2) dibuka pada Jun 2007.[1] Ia terletak di sebelah Hotel Sunway di pusat bandar Seberang Jaya, sebuah bandar yang dimulakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan sektor pentadbiran, kediaman, perindustrian dan komersial di rantau utara Malaysia. Kos pelaburannya kini berjumlah RM156 juta dengan pembinaan kasar 800,000 kaki persegi (74,000 m2).

Gedung beli-belah Parkson, Golden Screen Cinemas dan Noko adalah penyewa utama. Ia juga mengandungi lebih 150 kedai khusus.

Pada Mac 2018, Sunway REIT bawah Kumpulan Sunway mengumumkan rancangan pengembangan dan facelift Sunway Carnival Mall, menamakan nilai projek sekitar RM500 juta untuk menambah keluasan dan ‘memodenkan’ rupa mall. Projek itu dirancang dilaksanakan berperingkat.Fasa perluasan (Expansion Wing / New Wing) kemudiannya siap dan mula beroperasi sekitar 2022 — manakala facelift/refurbishment bagi bahagian asal (existing wing) dilaksanakan selepas pembukaan wing baru supaya seluruh mall ada identiti dan rekaan konsisten.

Fasa terakhir refurbish telah dibuka lebih awal iaitu 7 Mei 2025 (awalnya dijangka Julai 2025). Ia mempunyai 350 kedai dan menjadikan Sunway Carnival Mall sebagai “lifestyle hub”, bukan sekadar shopping mall di Seberang Perai.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Zulkify Mohamad (23 June 2007). "New mall opens in Seberang Jaya". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2011. Dicapai pada 5 February 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)