Aksaray malaklısı

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Türk mastifi)
Aksaray malaklısı
Nama lainMalaklı karabaş, mastif Turki, singa Anatolia, anjing gembala Turki
Negara asalTurki
Trait
Berat Jantan 65–85 kilogram (143–187 lb)
Betina 60–70 kilogram (130–150 lb)
Tinggi Jantan 75–85 sentimeter (30–33 in)
Betina 70–80 sentimeter (28–31 in)
Bulu pendek
Warna pinto, grizzly, dan brindle
Saiz perinduk sekitar 10 ekor
Jangka hayat 13–15 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Aksaray malaklısı[a] atau malaklı karabaş ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar dari Wilayah Aksaray di Anatolia tengah, sebahagian daripada Turki.[1][2][3] Ia juga dikenali sebagai mastif Turki atau singa Anatolia.[4]

Baka ini telah menjadi anjing penjaga haiwan ternakan yang semakin popular di seluruh dunia.[5] Ia diiktiraf oleh Persekutuan Anjing Turki.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Aksaray di Turki

Aksaray malaklısı dinamai sempena Wilayah Aksaray di Anatolia Tengah. Di sana, tradisi lisan melaporkan bahawa ia dibawa oleh orang Sumeria pada 3,500 tahun lalu.[4] Persatuan Penambahbaikan Baka Aksaray Malaklısı mendakwa bahawa baka ini ialah salah satu yang tertua di dunia, dengan sejarah berusia 3,500 tahun di Anatolia.[4] Menurut tradisi lisan, Aksaray malaklısı telah digunakan sebagai anjing perang oleh orang Asyur pada 2,500 tahun lalu.[4]

Analisis genetik telah menunjukkannya sebagai baka berbeza daripada baka-baka anjing penjaga haiwan ternakan lain Turki, termasuk anjing gembala Kangal, akbash, dan anjing Kars.[3][6]

Bahagian "malaklı(sı)" dalam nama baka dikatakan disebabkan oleh rahang berayunnya.[2][3]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Profil sisi seekor Aksaray malaklısı

Aksaray malaklısı biasanya berdiri setinggi 70–85 sentimeter (28–33 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 60–85 kilogram (132–187 lb),[6] dengan panjang tubuh kira-kira 79–83 sentimeter (31–33 in).[1] Ia biasanya berwarna kelabu dengan topeng hitam; lapis bulunya pendek. Kepala dan telinganya besar, gelambirnya berayun, dan ekornya lurus.[1][2][3]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Anjing ini hanya mematuhi perintah daripada tuannya dan dapat menjadi agresif dengan orang lain. Ia biasanya tidak mentoleransi kerja dengan anjing lain yang sejantina.[3]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Jangka hayatnya ialah 13–15 years.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Aksaray malaklısı digunakan di tanah airnya untuk melindungi kawanan biri-biri daripada pemangsa, terutamanya serigala. Sepasang Aksaray malaklısı, sentiasa seekor jantan dan seekor betina, dapat melindungi kira-kira 700-800 ekor biri-biri.[3]

Ia juga telah mendapat kepopularan sedunia sebagai anjing penjaga rumah.[7]

Persatuan Penambahbaikan Baka Aksaray Malaklısı (AKMID) telah mendakwa baka ini digunakan sebagai anjing perang oleh orang Asyur pada lebih daripada 2,500 tahun lalu.[4]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: اکساراي مالکلىسى

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Ograk, Yusuf Ziya; Öztürk, Nurşen; Akın, Dilara; Özcan, Mustafa (2018). "Comparison various body measurements of Aksaray Malakli and Kangal Dogs". Journal of Istanbul Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). 2 (3): 86–91. doi:10.30704/http-www-jivs-net.462546. Dicapai pada 2 April 2024.
  2. ^ a b c Büyükleblebici, Olga (2019). "Determination of Some Serum Biochemical Parameters of Aksaray Malakli Breed of Turkish Shepherd Dog". Turkish Journal of Agriculture - Food Science and Technology (dalam bahasa Inggeris). 7 (10): 1678–1681. doi:10.24925/turjaf.v7i10.1678-1681.2806. S2CID 204914784.
  3. ^ a b c d e f g Aslım, Gökhan; Sinmez, Çağrı Çağlar (2017). "Aksaray ili folklorunda Aksaray Malaklısı yetiştiriciliği" [Breeding Aksaray Malaklısı in folklore of Aksaray Province] (PDF). Eurasian Journal of Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). 33 (3): 148–157. doi:10.15312/EurasianJVetSci.2017.151. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ a b c d e "Turkey's Aksaray Malaklısı used by Assyrians as war dog 2,500 years ago, breeders association says". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
  5. ^ "China's han sheep under protection of Turkish mastiffs". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
  6. ^ a b c "Malaklı". Persekutuan Anjing Turki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  7. ^ "Turkey's Aksaray Malaklısı guard dog enjoys worldwide popularity". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.