Telur pindang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sepinggan telur pindang dijamu

Telur pindang (Jawi: تلور ڤيندڠ) adalah makanan tradisi orang Cina[1] terhasil dari perebusan telur dengan sebatian rempah atau herba khusus tertentu sehingga memiliki rasa, aroma, dan kenampakan yang khas. Ia lazim dimakan dalam kalangan orang Cina sebagai suatu makanan ringan dijual di pasar malam dan tepi jalan, namun ia sudah dilanjutkan sebagai hidangan istimewa dalam perayaan tertentu termasuk kenduri kahwin (khususnya dalam kalangan orang Melayu Johor)..

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat sejarah yang jelas bagi masakan ini. Namun, dianggap telur pindang ini dibuat pada zaman dahulu sebagai lauk bekalan bagi pedagang-pedagang serta pengembara, sesuai dengan sifatnya yang tahan lama. Masyarakat Johor silam banyak terdiri daripada pedagang (orang Arab) serta pengembara dan pelaut (orang Bugis dan Jawa), yang memerlukan makanan bekal yang tahan lama serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. Telur pindang memenuhi ciri-ciri ini.

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Telur ayam merupakan jenis telur yang lazim digunakan, namun ada juga resipi telur pindang yang menggunakan telur itik seperti di Jogjakarta.[2][3]

Telur mentah yang sudah dibersihkan direbus dengan dain herba rempah ratus dan daun-daun tertentu untuk seberapa waktu yang lama, biasanya dalam 3 hari atau sehingga seminggu. Kandungan kimia tanin dalam air rebusan ini menyebabkan protein di permukaan telur terdenaturasi atau menggumpal sehingga semua liang dalam telur tertutup melindungi isi telur yang dimasak daripada sebarang unsur yang mampu merosakkan,[2] kandungan tannin ini juga memberikan warna gelap keperangan cangkerang dan isi telur yang tersendiri. Masa merebus bergantung kepada resipi, namun biasanya melibatkan masa panjang (sehingga beberapa hari). Katekin turut mengikat dengan albumin (protein) telur sehingga menyebabkannya gumpalan dapat memanjangkan hayat telur hingga satu bulan.[4]

Disebabkan rasanya yang unik dan berempah, serta proses masakannya yang agak rumit, telur pindang bukan menjadi menu bagi makanan harian. Telur ini dibuat lebih untuk hari-hari keraian serta untuk kenduri kahwin. Biasanya telur ini akan diberikan sebagai hadiah tradisi di kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Satu lagi kelebihannya ialah telur pindang ini boleh tahan lama untuk dimakan, dan tidak basi sehingga 2 minggu.

Rempah-rempah utama[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah beberapa herba, rempah dan jenis-jenis daun yang digunakan untuk merebus telur pindang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Buah tangan warisan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-12. Dicapai pada 2014-01-12.
  2. ^ a b Jurusan Teknologi Pangan dan Gizi-IPB. Cookies, Pengolahan Jamur Komersial, Jahe Instan, Ikan Asap, Telur Pindang Diarkibkan 2014-04-13 di Wayback Machine, hal. 103-104. Bogor.
  3. ^ Sajian Sedap. PINDANG TELUR Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine.
  4. ^ Prasetyo. Peternakan (Animal-Husbandry), Teknik Pengawetan Telur.
  5. ^ Roswita Sunarlim dan Celly H. Sirait. Balai Penelitian Ternak, Bogor. Survei Pengolahan Telur dan Daging Itik Tradisional di Daerah Hulu Sungai Kalimantan Selatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]