Tengku Fahd Mua'adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Fahd Mua’adzam
Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong
Tengku Fahd Muadzam Shah.jpg
Keputeraan (1994-02-10) 10 Februari 1994 (umur 27)
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
Nama penuh
Tengku Fahd Mua’adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
KerabatIstana Abu Bakar, Pekan, Pahang
AyahandaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
BondaSultanah Hajah Kalsom
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (diputerakan pada (1994-02-10)10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan anakanda baginda bongsu dan putera tunggal kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Cik Puan Besar Kalsom binti Abdullah. Yang Amat Mulia ialah kerabat bergelar Pahang dengan gelaran Tengku Arif Temenggong.[1]

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Tengku Fahd Mua’adzam telah diputerakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang seberat 3.5kg pada jam 9:30 pagi tanggal 10 Febuari 1994 dan merupakan putera tunggal kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Cik Puan Besar Hajah Kalsom.

Pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Fahd Mua’adzam mendapat pendidikan di Garden International School, Kuantan, Pahang. Baginda seterusnya menyambung pelajaran di Eton College, United Kingdom. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Fahd Mua’adzam
Coat of arms of Pahang.svg
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 10 Februari 1994 – 25 Oktober 2002 : Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 25 Oktober 2002 - 22 Mei 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Arif Temenggong
  • 22 Mei 2019 – kini : Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Arif Temenggong

Penganugerahan Kurniaan Darjah[sunting | sunting sumber]

Tengku Fahd Mua’adzam telah dianugerahkan.

  • MY-PAH Family Order of the Crown of Indra of Pahang - DK II.svg Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K II), 24 Oktober 2008
  • Fellowship Diraja Pertubuhan Perubatan Sukan dan Senaman Dunia[3]

Nama penuh Tengku Fahd Mu’adzam berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Tengku Arif Temenggong, D.K

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kerabat Bergelar
  2. ^ "Tuanku terima kejutan istimewa". 15 November 2015. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  3. ^ "Sultan Ahmad Shah terima dua anugerah". Utusan Online. 20 November 2017. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  4. ^ Salasilah Pahang 10

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Darul Makmar Tengku Fahd Mua'adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Tarikh keputeraan: 10 Februari 1994
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Tengku Ahmad Firman Shah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan kelapan
25 Oktober 2002- Kini
Diikuti oleh:
Tengku Datuk Ahmad Faisshal