Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Darul Makmur
Hassanal Ibrahim 200120022 (cropped).jpg
Tengku Hassanal pada tahun 2022
Pemangku Raja Pahang
Pemerintahan31 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehTengku Abdullah
Tengku Mahkota Pahang
Pemerintahan22 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehTengku Abdullah
Tengku Panglima Besar Pahang
Pemerintahan18 Jun 2018 - 22 Januari 2019
Pemasyhuran18 Jun 2018
Didahului olehTengku Ibrahim
Diikuti olehTengku Azlan
KeputeraanTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Abdullah
(1995-09-17)17 September 1995 (Umur 27 tahun dan 12 hari
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia
Nama penuh
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
KerabatPahang Darul Makmur
AyahandaAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
BondaTunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
AgamaIslam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan2019 – kini
PangkatMalaysia-army-OF-1b.svg Leftenan
UnitRejimen Askar Melayu Diraja
Instagram Profile

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan pada (1995-09-17)17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah St Thomas dari 2002 hingga 2004 dan seterusnya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2005 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2007 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Pada Mei 2018, Tengku Hassanal telah menamatkan pengajiannya di Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hubungan Antarabangsa.[2] Baginda juga berjaya menamatkan tempoh latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Pada 13 September 2022, baginda kemudiannya melanjutkan pengajian pasca siswazahnya di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda). Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden ke-5, Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden ke-4, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom.

Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kehidupan diraja[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Adinda lelaki ialah Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan Tengku Ahmad Ismail Muad'zam Shah. Adinda perempuan pula ialah Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pewarisan takhta[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal merupakan pewaris takhta kesultanan Pahang Darul Makmur.

Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa pada 18 Jun 2018.[3]

Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.[4]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Hassanal Ibrahim Alam shah
Personal Coat of Arms of Regent of Pahang.svg
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 17 September 1995 – 18 Jun 2018: Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj
  • 18 Jun 2018 – 15 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj, Tengku Panglima Besar Pahang
  • 15 Januari 2019 – 22 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Besar Pahang
  • 22 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang
  • 31 Januari 2019 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang

Kurniaan Pahang[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang :
    • MY-PAH Family Order of the Crown of Indra of Pahang - DK I.svg Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (DKI, 29.1.2019)
    • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP, 24.10.2016)
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Grand Knight - SIMP.svg Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' (SIMP)

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tugas isteri, ibu jadi keutamaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 2017-07-29.
  2. ^ "Tengku Hassanal Bergelar Graduan, Peroleh Ijazah Bidang Hubungan Antarabangsa". Portal Diraja Pahang. 1 Julai 2018. Dicapai pada 28 Januari 2019.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tengku-hasanal-diisytihar-tengku-panglima-besar-pahang-1.704110#ixzz5KUvojZtR Diarkibkan 2019-01-29 di Wayback Machine © Utusan Melayu (M) Bhd
  4. ^ Ishak, Amin Ridzuan (22 Januari 2019). "Tunku Azizah Aminah Maimunah dimasyhurkan Tengku Ampuan Pahang". BHarian. Dicapai pada 22 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Abdullah
Tarikh keputeraan: 17 September 1995
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Al-Sultan Abdullah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan Pertama
22 Januari 2019 - Kini
Pemegang jawatan kini