Abdul Hadi bin Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tuan Guru Datuk Seri

Haji Abdul Hadi Awang
Hj-hadi39.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
14 September 2003
Didahului oleh Dato' Fadzil Mohd Noor

Ahli Parlimen
untuk P37 Marang, Terengganu
Penyandang
Tempoh jawatan 
5 Mei 2013
Majoriti 5, 124[1]

Penyandang
Tempoh jawatan 
5 Mei 2013
Majoriti 2, 819 [2]

Menteri Besar Terengganu
Tempoh jawatan
1999–2004
Didahului oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
Diganti oleh Datuk Seri Idris Jusoh

Lahir 20 Oktober 1947 (68 tahun)
Terengganu Marang, Terengganu
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Zainab Awang Ngah & Norzita Taat
Anak 14 orang
Kediaman Terengganu Rusila, Terengganu
Pekerjaan Ahli politik, Ulama
Agama Islam
Laman web Laman Presiden PAS.

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Jawi: حاج عبد ﺍﻟﻬﺎدي اوڠ, lahir pada 20 Oktober 1947) merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004).[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Haji Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia. [4]

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila tempat beliau tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di Kampung Rusila, juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin Terengganu [5] . Begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama. [6]

Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah, atas kehendak parti pemerintah. Beberapa tahun selepas pengharaman itu, Haji Awang Mohammad muncul pula sebagai salah seorang yang paling awal memperkenalkan perjuangan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di Terengganu.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 dari isteri pertama dan 3 dari isteri kedua. [7]

Anak sulung beliau, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi merupakan alumni Universiti Al-Iman, Yaman [8] dan kini menggalas jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia[9] dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955. [10] kemudian, beliau mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila, tidak berapa jauh dari rumahnya. Beliau kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang, sebelum mengambil Sanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari tahun , di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

Setelah kira-kira empat tahun berada di Semenanjung Arab (1969-1973), beliau berjaya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974-1976.

Penglibatan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Tidak berapa lama selepas menamatkan pelajarannya dan kembali ke tanah air, pada tahun 1976, bapanya yang dikasihi telah pulang ke rahmatullah. Maka tinggallah Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menyambung tugas suci dan mulia yang telah ditinggalkan oleh ayahnya. Tugas menjadi imam dan memberi kuliah di setiap pagi Jumaat mesti diteruskan oleh beliau.

Pada mula-mula beliau menjalankan pengajian itu, hanya kira-kira 200 orang sahaja yang hadir setiap minggu. Tetapi apabila semakin ramai yang mengetahui ‘anak Allahyarham Haji Awang telah pulang dari Mesir’, maka minggu ke minggu bilangan jemaah di Masjid Rusila semakin meningkat. Semua yang hadir semakin tertarik dengan ketokohan seorang anak muda yang padat dengan ilmu, fasih pula membaca ayat-ayat al-Quran dan Hadith.

Namanya pun mulai dikenali ramai. Panggilan ‘Tuan Guru Haji Abdul Hadi’ mula menjadi popular di kalangan pengikut-pengikutnya dan para hadirin jemaah di Masjid Rusila. Manakala di kalangan murid-murid dan penyokong-penyokong yang rapat dengannya, dia lebih mesra pula dipanggil dengan panggilan ‘Ayah Cik’.

Badan bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu [11].

Pada tahun 1978, beliau mula menjadi tenaga pengajar Maahad Al-Ikhwan (Institut Berakan), sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh beberapa anak muda PAS di Mengadang Akar, Kuala Terengganu.

Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad [12].

Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS selain mereka bertiga, antaranya, Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Datuk Paduka Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muhammad Mustafa, Datuk Mohammad Daud Iraqi dan ramai lagi. [13]

Politik[sunting | sunting sumber]

Parti PAS[sunting | sunting sumber]

Mula aktif dalam politik sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar di sekolah menengah lagi. Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang.

Pada tahun 1976, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, beliau dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pada tahun 1978, dilantik menjadi pemangku Naib Yang Dipertua PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1983, beliau bersama Datuk Nakhaei Ahmad sekali lagi terpilih sebagai Naib Presiden PAS. Pada tahun 1989, beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS. [14]

Berikutan kematian Ustaz Fadzil Mohd Noor, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2003. [15] Beliau menjadi Presiden PAS selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005.[16]

Dalam Muktamar PAS ke-61, buat pertama kalinya beliau dicabar untuk jawatan Presiden PAS oleh Ustaz Ahmad Awang. Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengalahkan pencabar beliau dengan majoriti 695 undi.[17]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978. Diamanahkan oleh PAS untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa. Pada Pilihanraya Umum Malaysia 1982, beliau dicalonkan mewakili PAS bagi DUN Marang dan berjaya merampasnya dengan majoriti 320 undi, tetapi tewas di Parlimen Dungun yang turut ditandinginya di tangan Haji Awang Jabar.

Dalam Pilihanraya 1982 itu, empat orang lagi tokoh pimpinan PAS Terengganu turut memenangi kerusi DUN. Mereka ialah Haji Mustafa Ali (DUN Wakaf Mempelam), Haji Harun Taib (Manir), Haji Abu Bakar Chik (Jeram), dan Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Batu Burok). Kelima-lima mereka ibarat lima jari yang jika digenggam akan menjadi penumbuk yang sangat menyakitkan kerajaan BN ketika itu.

Dan kebimbangan itu menjadi realiti, terutama pada setiap kali berlangsungnya sidang DUN Terengganu. Diceritakan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad sampai menitiskan airmata apabila wakil-wakil rakyat PAS membaca ayat-ayat suci al-Quran dan Hadith perihal kemungkaran dan dosa tidak melaksanakan perintah dan hukum Allah dalam sesebuah pemerintahan.

Pada 1986, beliau menang sekali lagi di Dun Rhu Rendang (Nama baru bagi Dun Marang selepas persempadanan semula) dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang. Namun, bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Datuk Abdul Rahman Bakar dan kembali merebutnya pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999.

Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November 1999, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac, 2004 di samping menjadi Ahli Parlimen Marang. Beliau turut dipertanggungjawabkan menjadi Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004, menggantikan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Beliau tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 dan memenanginya semula pada 2008. [18]

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, beliau berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi yang ditandingi. Beliau menang di Parlimen Marang dengan majoriti 5124 undi [19] , menewaskan Datuk Yahya Khatib Muhammad dari BN [20]. Manakala beliau menang di DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2819 , menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari BN [21] .

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Parliamen Malaysia
Tahun Kerusi Parti Pembangkang Undi Peratus Parti Pemerintah Undi Peratus Jumlah

Pengundi

Majoriti Peratusan

Turun Mengundi

1982 Dungun Abdul Hadi Awang (PAS) 10,172 Awang Abdul Jabar (UMNO) 13,447 24,789 3,275 79.79%
Abdul Hamid Embong (PSRM) 337
1986 P034 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 13,015 48.80% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 13,654 51.20% 27,433 639 82.61%
1990 Abdul Hadi Awang (PAS) 17,736 49.98% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 17,575 49.53% 36,172 161 84.70%
Wan Deraman Wan Nik (BEBAS) 176 0.50%
1995 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 21,945 51.03% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 21,063 48.97% 44,212 882 81.69%
1999 Abdul Hadi Awang (PAS) 30,183 63.18% Muda Mamat (UMNO) 17,483 36.60% 48,611 12,700 83.05%
2004 Abdul Hadi Awang (PAS) 27,913 49.56% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 28,076 49.85% 57,186 163 88.84%
2008 Abdul Hadi Awang (PAS) 33,435 52.08% Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (UMNO) 30,688 47.80% 65,008 2,747 86.89%
2013 Abdul Hadi Awang (PAS) 42,984 53.04% Yahya Khatib Mohamad (UMNO) 37,860 46.72% 81,836 5,124 90.13%
Dewan Undangan Negeri, Negeri Terengganu
Year Constituency Opposition Votes Pct Government Votes Pct Ballots cast Majority Turnout
1978 Marang Abdul Hadi Awang (PAS) 2,618 Tengku Zahid Tengku Musa (UMNO) 2,686 7,142 68
1982 Abdul Hadi Awang (PAS) 3,606 Tengku Zahid Tengku Musa (UMNO) 3,473 7,251 133 85.33%
1986 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 3,470 54.14% Abdul Latif Muda (UMNO) 2,939 45.86% 6,567 531 82.68%
1990 Abdul Hadi Awang (PAS) 4,750 54.93% Abdul Latif Muda (UMNO) 3,897 45.07% 8,799 853 83.54%
1995 Abdul Hadi Awang (PAS) 6,285 56.24% Abu Bakar Othman (UMNO) 4,891 43.76% 11,348 1,394 80.73%
1999 Tengku Zainuddin Tengku Zahid (UMNO) 4,038 33.83% Abdul Hadi Awang (PAS) 7,881 66.02% 12,125 3,843 81.37%
2004 Abdul Hadi Awang (PAS) 7,736 54.06% Tengku Zainuddin Tengku Zahid (UMNO) 6,301 44.04% 14,446 1,435 89.38%
2008 Abdul Hadi Awang (PAS) 9,379 58.36% Razali Idris (UMNO) 6,693 41.64% 16,209 2,686 86.23%
2013 Abdul Hadi Awang (PAS) 11,468 56.83% Nik Dir Nik Wan Ku (UMNO) 8,649 42.86% 20,347 2,819 89.78%

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Abdul Hadi Awang telah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ke-11 dengan rasminya pada hari Selasa, 22 Syaaban 1420 bersamaan 30 November 1999, ketika berusia 52 tahun. Istiadat pengisytiharan pelantikan Menteri Besar dan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, pada 2 Disember 1999.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Dato’ Seri Wan Mokhtar Ahmad setelah PAS berjaya memenangi 28 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu dalam pilihan raya ke-10.Parti itu juga memenangi tujuh daripada lapan kerusi Parlimen sementara satu lagi kerusi Parlimen dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. [22]

Berikut merupakan portfolio kepimpinan Kerajaan Terengganu tahun 1999 - 2004

1. Abdul Hadi Awang, YAB Datuk Seri Tuan Guru Haji

- Menteri Besar

- Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Galian dan Perhutanan, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan

2. Mustafa Ali, YB Dato' Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia

3. Harun Taib, (Allahyarham) YB Dato' Tuan Guru Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah

4. Wan Abdul Mutalib Embong, YB Dato' Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar)

5. Abu Bakar Chik, (Allahyarham) YB Dato' Ustaz

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Ternakan

6. Mohd Salleh Abas, YB Tun Dato'

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas

7. Mohd Abdul Wahid Endut, YB Tuan Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna

8. Yahaya Ali, YB Tuan Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi

9. Abu Bakar Abdullah, YB Ustaz Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Sosial dan Kesihatan

10. Awang Dagang Jusoh, (Allahyaham) YB Ustaz Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Hak-Ehwal Wanita dan Bukan Islam

11. Wan Hassan Mohd Ramli, YB Ustaz Haji

- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

- Pengerusi Jawatankuasa Beliau, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan

Penglibatan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ketika menjadi mahasiswa luar negara[sunting | sunting sumber]

Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah. Selain itu, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.

Semasa di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan Sheikh Said Hawwa menjadi mentor Siasah Syar'iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.

Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Mewakili gerakan Islam Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru bukan sahaja memimpin gerakan Islam dalam Malaysia, tetapi juga terlibat dengan aktif di pentas antarabangsa bersama-sama gerakan Islam lain menangani permasalahan ummah.

  1. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin, berpusat di Amman, Jordan pada 1990.
    1. Memberi sokongan terhadap Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS)
    2. Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin
    3. Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.
    4. Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang. [23]
  2. Ahli al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), berpusat di Tehran, Iran. [24]
  3. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Islam Antarabangsa bagi Mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
  4. Anggota Delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.[25]
  5. Anggota Delegasi Ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr Necmettin Erbakan.
  6. Anggota Delegasi pemimpin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
  7. Anggota Delegasi pemimpin gerakan Islam dunia ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk. [26]
  8. Anggota Delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara Islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan. Selain Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Fadzil Mohd Noor, selaku Presiden PAS waktu itu turut menyertainya.[27]
  9. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Islam Antarabangsa yang berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.[28]
  10. Sering diundang menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan Jamaat-e-Islami Pakistan, dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.[29]
  11. Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.[30]
  12. Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.[31]
  13. Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
  14. Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013. Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran). [32]
  15. Dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, bersama-sama Dr Ahmad Raysuni dan Sheikh Al-Khalili yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pada tahun 2014.[33]
  16. Diberi penghormatan menyampaikan Syarahan Perdana di Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 28 April 2015. [34]

Anugerah & Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  1. Pada 20 Julai 2001, beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T) yang membawa gelaran "Dato' Seri" di Istana Maziah, Terengganu oleh Paduka Seri Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu, sempena Hari Keputeraan ke-39 Sultan Terengganu Darul Iman.[35] [36]
  2. Pada 15 April 2011, beliau telah dianugerahkan anugerah 'Tokoh Alim Rabbani' oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand sempena Multaqa Muslimat Universiti Islam Yala. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut [37] . Mislah (Jubah Anugerah) telah dipakaikan oleh Dr Ismail Lutfi bin Abdul Rahman Japakiya, Rektor Universiti tersebut [38] .
  3. Pada 26 September 2014, beliau dipilih sebagai Ikon Tani Terengganu 2014 dalam Karnival Petani, Penternak dan Nelayan Terengganu 2014 di Dataran Itqanul Muluk , Kuala Berang, Terengganu anjuran PAS Terengganu.[39]
  4. Pada 16 Mei 2015, beliau dianugerahkan dengan Anugerah "Tokoh Murabbi Ummah" sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Kompleks PAS Negeri Kedah.[40]

Pengiktirafan Melalui Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Jamhuri Badiuzzaman, Haji Abdul Hadi Awang : Hamba Allah Pemimpin Ummah, Pustaka Bunda, 1984.[41]
  2. Riduan Mohamad Nor, Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Jundi Resources, 2011[42]

Hasil Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Fiqh Al-Solaah : Bagi Memahami Ibadah Sembahyang, 2015
  2. Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
  3. Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 83-160, Penerbitan Harakah, 2014
  4. Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014
  5. Tafsir Surah Al-Kahfi, Aisyah Humaira Publications, 2014
  6. Fiqh siyasah Khulafa ar-Rasyidin : Amirul Mukminin Umar ibn Alkhatab : MDQ Enterprise, 2013
  7. Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta : Akademi Tarbyah Dewan Pemuda PAS Malaysia, 2013
  8. Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor ) : Jundi Resources, 2012[43]
  9. Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012 [44]
  10. Islam dan Nasionalisme : Jundi Resurces, 2012
  11. Tafsir At-Tibyan dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Al Hujurat, Jundi Resources, 2011
  12. Konsep Asas Negara Berkebajikan, Dewa Ulama PAS Pusat, 2011
  13. Tafsir At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011[45]
  14. Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam : Jundi Resources, 2011
  15. Maqasid Syariah : Dewan Ulama PAS Pusat, 2011
  16. Qazaf : Dalam Isu Fitnah Zina dan Liwat, Jundi Resources, 2011
  17. Meniti Kehidupan Insan (Koleksi Terbaik Khutbah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang), WNS Publicators & Distributors, 2010
  18. Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
  19. Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010 [46]
  20. Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
  21. Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
  22. Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
  23. Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008
  24. Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
  25. Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
  26. فلسطين من قطاع الطريق إلى خريطة الطريق Muassisah Al-Risalah Al-Alamiyah, 2007 
  27. Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.
  28. Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
  29. Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
  30. Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
  31. Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
  32. Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
  33. Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
  34. Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
  35. Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
  36. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
  37. Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
  38. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
  39. شبهات وعقبات حول تطبيق الشريعة في ماليزيا  : Darul Tauzi' wal-Nasyr al-Islamiyyah, 2004
  40. اهمية الموقف الاسلامي الموحد تجاه العولمة  : Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd, 2003
  41. Globalisasi : Pendirian Islam Mengenainya, Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, 2003
  42. Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) Khianat Amalan Demokrasi Berparlimen? : Angkatan Edaran Enterprise, 2003
  43. Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
  44. Tafsir Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
  45. Dari Mimbar Masjid Rusila : Khutbah Jumaat & Hari Raya : As-Syabab Media, 2002
  46. Tafsir Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
  47. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Luqman : As-Syabab Media, 2002
  48. Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
  49. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002
  50. Ketaatan dan Ubudiyah : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, 2002.
  51. Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
  52. Angkara Minyak : Tumbangkan Kerajaan Haji Hadi (Bersama Dato' Tarmizi Mohd Jam), Rangkaian Minda Pubs, 2000
  53. Tafsir Surah Yaasin : Menyelami Lubuk Hati Al-Quran : Penerbitan Muttaqin, 2000
  54. Medan Kehidupan : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, 2000
  55. Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 6 (Jihad Di Jalan Allah): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 2000
  56. Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 5 (Mencapai Dua Kemenangan): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 2000
  57. Lahirnya Beberapa Firqah di Kalangan Umat Islam : Darul Huda Enterprise, 1999.
  58. Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 4 (Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999
  59. Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 3 (Usaha Jahat Yahudi): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999
  60. Tafsir Surah Yasin : Menyelami Lubuk Hati Al-Quran, Penerbitan Muttaqin Sdn Bhd. 1999
  61. Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 2 (Umat Yang Dimurkai): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1998
  62. Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 1 (Petunjuk Golongan Muttaqin): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1998
  63. Khutbah Jumaat dan Hari Raya, Institut Tarbiah Johor & An-Naas Enterprise, 1996
  64. Sistem Pemerintahan Negara Islam : Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1995
  65. Penghujung Kehidupan : Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1995
  66. Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
  67. Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993
  68. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Al-Hasyr : Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, 1993
  69. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Al-Saff : Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, 1993
  70. Aqidah dan Kepimpinan, Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1992
  71. Beriman kepada Rasul : Pustaka Aman, 1992
  72. Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah (Jilid 2) : Dewan Pustaka Fajar, 1992
  73. Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk (Siri Suara PAS di Parlimen) : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991.
  74. Beriman kepada Hari Akhirat : Pustaka Aman Press Sdn Bhd, 1991
  75. Beriman kepada Qada dan Qadar : Pustaka Aman, 1990
  76. Beriman kepada Malaikat dan Beriman kepada Kitab : Pustaka Aman, 1990
  77. Beriman kepada Allah (Siri Aqidah Muslimin), Pustaka Aman Press Sdn Bhd, 1988
  78. Dari Mimbar Masjid Rusila : Iman dan Amal, Pustaka Istiqamah, 1988
  79. Muqaddimah Aqidah Muslimin : Pustaka Aman, 1988
  80. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988
  81. Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah (Jilid 1) : Dewan Pustaka Fajar, 1987
  82. Tarbiah Islamiah Harakiah : Peranannya dalam Pembentukan Jamaah : GG Edar, 1987
  83. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : GG Edar, 1986
  84. Uslub Dakwah : GG Edar, 1986
  85. Muqaddimah Aqidah Muslimin : Gedung Gua, 1985
  86. Konsep dan Matlamat Negara Islam : Simposium Negara Islam, 1985
  87. Rahsia Kekuatan Tentera Allah : Penerbitan Mujahid, 1984
  88. Hizbullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
  89. Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
  90. Islam Tulen : Himpunan Khutbah : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
  91. Siapa Menganut Ajaran Sesat? : GG Edar, 1984
  92. Batas-batas Iman dan Kufur : Pustaka Damai, 1983
  93. Era Generasi Gemilang (bersama Fathi Yakan), Penerbitan Gedung Ummah, 1983
  94. Islam : Menyelesaikan Masalah Ummat dan Negara : Media Islam, 1981
  95. Kebangkitan Ummat Islam : Satu Gagasan : Media Islam, 1981
  96. Ke arah penyelarasan dan pengembelingan tenaga ahli dan masyarakat untuk memperkuatkan gerakan dakwah Islamiah : Seminar Pembangunan Islam Terengganu, 1977

Menteri Besar Terengganu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.

Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun);

Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%;

Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.[47]

Muslim Berpengaruh Dunia[sunting | sunting sumber]

Abdul Hadi Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkalan di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016.[48]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sinar Harian, 5 Mei 2013, Hadi Awang kekal di Marang.
  2. Sinar Harian, 21 Jun, N19 Ru Rendang.
  3. "Laman Presiden, Latar Belakang". 
  4. Laman Presiden, Latar Belakang
  5. Riduan Mohamad Nor. 2009. Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Kuala Lumpur: Jundi Resources. hlm. 6.
  6. op. cit.
  7. Laman Presiden, Latar Belakang
  8. TranungKite, Al Mahdi dan Anak Tuan Guru Hj Abdul Hadi
  9. Suhaizan Dipilih Ketua Pemuda PAS
  10. Hooker, Virginia Matheson; Norani Othman. Malaysia: Islam, society and politics. Diperoleh pada 5 Septemvber 2011. In his early childhood, Hadi Awang was taught by his own father  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  11. Laman Presiden, Pendidikan.
  12. AnwarAIDC, Ibrahim Ali pernah tegur Anwar semasa Presiden ABIM.
  13. Blog Anwar Ibrahim, Ucapan Pimpinan ABIM Era 70-an dan 80-an.
  14. PAS Johor Bahru, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang - Tokoh Gerakan Islam Yang Hebat.
  15. Malaysiakini, Presiden PAS Fadzil Noor meninggal dunia, 23 Jun
  16. Liow, Joseph, Dr. The 49th PAS Congress: Politics behind the Retorics. Diperoleh pada 24 May 2013. confirmed Trengganu Mentri Besar and cleric Abdul Hadi Awang as party president 
  17. Tuan Guru Abdul Hadi Awang Mempertahankan Jawatannya
  18. Sinar Harian, 2 Oktober 2012, Giant Killer sedia cabar Presiden PAS di Marang.
  19. Sinar Harian, 5 Mei 2013, Hadi Awang kekal di Marang.
  20. Sinar Harian, 21 Jun, P37 Marang.
  21. Sinar Harian, 21 Jun, N19 Ru Rendang.
  22. Abdul Hadi dilantik MB baru Terengganu.
  23. Riduan Mohamad Nor. 2009.Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Kuala Lumpur: Jundi Resources. Hlm. 32
  24. ibid. Hlm. 33
  25. ibid. Hlm. 34
  26. ibid.
  27. ibid.
  28. ibid.
  29. ibid.
  30. ibid. Hlm. 35
  31. ibid.
  32. TranungKite, Pemimpin-pemimpin Islam berkumpul di Istanbul.
  33. MB ucap tahniah Hadi Awang terpilih Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia
  34. RSIS Distinguished Public Lecture by Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, President, Pan-Malaysian Islamic Party (PAS)
  35. PTS Portal, Biodata Penulis : Abdul Hadi Awang.
  36. Hadi Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Terengganu.
  37. Harakahdaily, 15 April, Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani.
  38. Islah Perlis, Oktober 2011, Dr Ismail Lutfi "Haji Eae" : Permata Ilmu Pattani Darus Salam.
  39. Ustaz Abdul Hadi "Ikon Tani Terengganu" 2014
  40. Guru : Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak
  41. Abdul Hadi Awang : Hamba Allah, Pemimpin Ummah
  42. Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin
  43. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  44. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  45. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  46. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  47. HarakahDaily, Mengenali Abdul Hadi Awang.
  48. The Muslim 500, Abdul Hadi Awang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden PAS
14 September 2003 – Kini
Penyandang Kemudian
Dato Haji Fadzil Mohd Noor Penyandang


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
2 Disember 199925 Mac 2004
Penyandang Kemudian
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad Datuk Seri Idris Jusoh