Pilihan raya umum Malaysia 1964

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum ini dan oleh itu, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat dikekalkan pada bilangan 104.

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 85.6% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi. Bagaimanapun, prestasi ini merupakan satu perbaikan yang amat besar, iaitu satu kenaikan sebanyak 20.3% dalam bilangan kerusi berbanding pilihan raya umum yang dahulu. Pencapaian 85.6% ini juga adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan.

Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang tinggal, berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang dahulu. Dengan kata yang lain, kekuatan mereka dalam Dewan Rakyat dikurangkan menjadi hanya separuh.

Jadual keputusan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1964: Parlimen

Parti  % undi Kerusi
Parti Perikatan (Alliance): 58.37 89
   Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 38.14 59
   Persatuan Cina Malaysia (MCA) 18.68  27
   Kongres India Se-Malaysia (MIC)  1.55   3
Parti Tindakan Demokratik (DAP)  2.06   1
Parti Progresif Penduduk (PPP)  3.65   2
Parti Islam SeMalaysia (PMIP) 14.45  9
Barisan Sosialis 16.15   2
Parti Negara 0.36   0
UDP 4.30   1
Calon bebas 0.66   0
Jumlah besar 100.0 104
Sumber: 5 Men & 5 Ideas oleh Hng Hung Yong

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh:
1959
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1969