Bahasa-bahasa Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa-bahasa Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut
Bahasa-bahasa Batak-Kepulauan Sawar
Taburan
geografi:
Sumatera
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut Proto
Glottolog:nort2829[1]

Bahasa-bahasa Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut ialah kumpulan di bawah keluarga bahasa Polinesia-Melayu yang dituturkan oleh orang Batak dan serumpunnya di pedalaman Sumatera Utara dan oleh orang Nias, orang Mentawai, dan lain-lain di kepulauan sawar Indonesia (Pulau Simeulue, Pulau Nias, dan Kabupaten Kepulauan Mentawai) berdekatan dengan pantai barat Sumatera.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Bahasa subkumpulan Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut ialah:

Subkumpulan ini pertama kali diusulkan oleh Lafeber (1922), yang memanggilnya "bahasa-bahasa Batak-Nias".[2] Nothofer (1986) membentangkan bukti kosa kata dan fonologi untuk menyokong subkumpulan ini, memanggilnya "bahasa-bahasa Batak-Kepulauan Sawar".[3]

Kedudukan bahasa Enggano yang sangat berbeza adalah berkontroversi. Kedua-dua Lafeber (1922) dan Nothofer (1986) memasukkan bahasa Enggano sebagai bahasa turunan yang berkemungkinan.[2][3] Susunan ini ditolak oleh Edwards (2015) yang menganggap Enggano sebagai cabang utama dalam keluarga bahasa Polinesia-Melayu.[4] Kajian terkini oleh Smith (2017) bagaimanapun menyokong kemasukan bahasa Enggano dalam tentatif subkumpulannya "bahasa-bahasa Sumatera", yang merupakan gubahan lanjutan bahasa-bahasa Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut yang seterusnya merangkumi bahasa Nasal yang dituturkan di Bengkulu di barat daya Sumatera.[5]

Kosa kata[sunting | sunting sumber]

Edwards (2015: 78)[4] menyediakan jadual berikut yang membandingkan kosa kata bahagian badan dalam pelbagai bahasa kepulauan sawar di Sumatera. Edwards (2015: 89) menganggap bahasa Enggano yang menyimpang itu bukan sebahagian daripada bahasa-bahasa Kepulauan Sawar-Batak.

Perkataan PMP Enggano Mentawai Nias Sikule Simeulue
kepala/hulu *qulu e-(ʔ)udu uteʔ həɡə tuhu ulu
rambut *buhek e-pududui alai bu bu buʔ
muka *daqih e-baka mata bava muko bobaŋon
mata *mata e-baka mata hərə mata mata
hidung *ijuŋ ẽ-pãnũ asak ixu nixu ixuŋ
mulut *baqbaq e-kaʔa ŋaŋa bava bafa ba(ʔ)ba
bibir *biRbiR e-ukudipo bibo beve befe befil
lidah *dilaq e-dio† lila, ʤala lela l/nela dila
gigi *nipen e-kaʔa ʧon ifɨ ifɨ ehen
telinga *taliŋa e-kadiha taliŋa taliŋa ɡuɡuyu (k)oeuʔ
leher *liqeR ẽ-ũʔũ lolokat baɡi ʔoɡu leŋɡəl
tangan *kamay/*lima e-ʔapo kabei bələxa,taŋa taŋa kaoʔ,siʔu
kuku *kanuhkuh ẽ-kanũʔũnũ sulet siʔa tena tenab˺
buah dada *titi(q)/*susu e-koko tottot susu totoʔ totuʔ
perut *tian e-kitai baɣa talu amatan besil
kaki *qaqay e-ae dere ahe ae haɨ
lutut *tuhud ẽ-pũʔũ u-ae bókolo tuhi bohun boxul
bulu *bulu e-pududui bulu bu bu buʔ
kulit *kulit e-ʔudi kulit uli bebi bebiʔ
daging *hesi e-heda akkelak naɡole ö(h)i isi
lemak *miñak/*himaR ẽ-mĩnãʔ㇠lainak tavə tafɨ tafɨ
tulang *tuqelaŋ e-ʔaa tolat təla tɨ/öla sod˺
jantung *pusuq e-báhau, ẽ-kẽmã teinuŋ tədə ɨlaxa, oho ate
darah *daRaq e-kiaki loɣau do do dala
hati *qatay ẽ-nĩũnĩũ atei ate bala
kencing *iheq ẽ-ĩkõ kia xiɨ k/xiɨ
tahi *taqi e-kai tanai tai tai tai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Northwest Sumatra–Barrier Islands". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ a b Lafeber, Abraham (1922). Vergelijkende klankleer van het Niasisch. s'-Gravenhage: Hadi Poestaka.
  3. ^ a b Nothofer, Bernd (1986). "The Barrier Island Languages in the Austronesian Language Family". In Geraghty, P., Carrington, L. and Wurm, S.A. (eds.) Focal II: Papers From the Fourth International Conference on Austronesian Linguistics, pp. 87–109. Pacific Linguistics, Series C, No. 94, Canberra, Research School of Pacific and Asian Studies, The Australian National University.
  4. ^ a b Edwards, Owen (2015). "The Position of Enggano within Austronesian". Oceanic Linguistics 54(1): 54-109
  5. ^ Smith, Alexander D. (2017). "The Western Malayo-Polynesian Problem". Oceanic Linguistics 56(2): 435-490

Templat:Austronesian languages