Gempa bumi 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gempa bumi 2009 mencatatkan tarikh-tarikh berlakunya gempa bumi kecil di seluruh dunia.

  • 17 Jun 2009, gempa bumi sederhana melanda Sumatera Selatan, 56km Baratdaya Bukit Tinggi, Indonesia dan 443km Baratdaya Melaka,Malaysia pada pukul 8.12 Rabu malam.Ukurannya 5.6 pada Skala Richter.Pusat buminya ialah 0.8 darjah selatan dan 99.8 darjah timur, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Tiada ancaman tsunami.[1]
  • 19 Jun 2009, gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter dikesan di Kepulauan Mariana, 2,298km timur laut Davao, Filipina, pada pukul 11.06 malam. Lokasinya di 13.9 darjah Utara dan 145.6 darjah Timur iaitu 3,151km dari Sandakan, Sabah, menurut Jabatan Meterologi Malaysia.Tiada tsunami berlaku.
  • 20 Jun 2009, Gempa bumi magnitud 5.6 dikesan di Sumatera Selatan dengan pusat gempa di 158km tenggara Bengkulu, Indonesia dan 730km baratdaya Johor Baharu pada pukul 5.21 petang. Tiada tsunami dikesan.[2]
  • 21 Jun 2009, Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku di Kalimantan pada 10.07 malam ini. Pusat gempa terletak di 61km ke barat daya Beluran, Sabah.Tiada ancaman tsunami.[3]
  • 23 Jun 2009: Gempa bumi 5.7 skala Richter menggegarkan utara Alaska berhampiran bandar Anchorage. Gempa yang berlaku jam 11.28 pagi waktu tempatan (1928 GMT) itu di kedalaman 56 kilometer (km) yang berpusat di 93km di barat daya Anchorage. Laporan itu dibuat oleh Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).[4]
  • Pada 23 Jun 2009, Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter melanda New Ireland Region pada 10.19 malam Selasa.Gempa bumi itu berpusat di 5.3 darjah Selatan dan 153.6 darjah Timur iaitu 841km dari barat laut Honiara, Kepulauan Solomon dan 4,079km dari tenggara Kunak, Sabah.Tiada ancaman tsunami.[5]
  • 2 September 2009, gempa bumi 7.3 pada skala richter berlaku di alur gempa Tasik Malaya, Bandung, pulau Jawa, Indonesi jam 2.55 petang. Gempa bumi itu berlaku ketika umat Islam sedang berpuasa. Sebuah masjid runtuh tetapi penduduk masih bersembahyang dalam runtuhan itu.78 terbunuh, 50 tertimbus.88,000 orang hilang rumah.54,000 rumah dan bangunan rosak teruk.Cianjur merupakan paling teruk musnah.Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia melaporkan tsunami kecil berlaku di Pelabuhan Ratu, Jawa Barat.Kampung Rawa Hideung di Cibinong tertimbus akibat tanah bukit yang bergelongsor. Pasukan bantuan daripada pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia . Rakyat Malaysia melancarkan Tabung Gempa Nusantara Utusan Maybank.
  • 30 September 2009, jam 6.16 petang, gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia. Gegaran turut dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan pusat gempa bumi di lokasi 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka. Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.[6] Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan 13 orang telah terbunuh.Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Dr. Junaidi Abu Bakar menyatatakan 80 % berkumpul di kampus perubatan Universiti Andalas, Padang.
  • 9 Oktober 2009, gempa bumi lemah menggegar di Bukit Tinggi, Pahang sekitar jam 4.45 pagi - 12.05 tengah hari. Jabatan Metereologi Malaysia memantau perkembangan itu.[7]
  • 24 Oktober 2009, Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia jam 10.40 pada malam Sabtu. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan pusat gempa bumi itu terletak di 371km dari tenggara Ambon, Indonesia dan 1,797km dari tenggara Tawau, Sabah.Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.[8]
  • Gegaran 3.3 pada skala Richter di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 8 Oktober 2009. Titik pusat terletak di 22km timur Seremban mula dikesan jam 2.30 petang Ahad. Sejak 2007, Malaysia berlaku 40 gempa bumi lemah. 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi di Bentong, Pahang. 3 lagi gempa bumi berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang). Dari Novemnber 2007 hingga 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di kawasan Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.JMM mempunyai 17 stesen pengesan gempa bumi di seluruh Malaysia.
  • Pada 5 Disember 2009, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) merekodkan gempa 2.2 pada skala Richter terjadi 9.41 pagi , berpusat 9km tenggara Janda Baik, Pahang.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]