Kunak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Kunak
Lokasi bandar dan daerah Kunak
Geografi
Status Daerah
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Daerah Daerah Kunak
Keluasan N/A

Kunak ialah sebuah bandar dan daerah di Bahagian Tawau, Sabah.

Isi kandungan

Pentadbiran [sunting]

Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 18 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung.

Senarai kampung 'Mukim Pangi'

  • Kampung Airport Bt. 10
  • Kampung Cenderawasih
  • Kampung Getah
  • Kampung Giram
  • Kampung Hampilan
  • Kampung Jaya Baru
  • Kampung Kadazan
  • Kampung Kansuri
  • Kampung Mostyn
  • Kampung Pangi
  • Kampung Pangi Hujung
  • Kampung Pengkalan
  • Kampung Sapang Air
  • Kampung Selamat
  • Kampung Skim Kokos
  • Kampung Sungai Atas
  • Kampung Sungai Langgas
  • Kampung Telaga Tujuh

'Mukim Madai'

  • Kampung Asli Baru
  • Kampung Cina
  • Kampung Dasar Baru
  • Kampung Dasar Lama
  • Kampung Kabog
  • Kampung Kunak Darat
  • Kampung Kunak Jaya
  • Kampung Kunak Tiga
  • Kampung Lormalong
  • Kampung Madai
  • Kampung Ulu Madai

Demografi [sunting]

Banci Penduduk Dan Perumahan Daerah Kunak Tahun 2000.

Di bawah adalah statistik Banci Penduduk dan Perumahan bagi daerah Kunak mengikut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2000:-

Tempat Kediaman; Didiami = 5,372, Kosong = 1,029, Jumlah = 6,402

Dengan isi rumah berjumlah 5,568.

Penduduk (Hari Banci); Lelaki = 13,641 orang, Perempuan = 11,273 orang, Jumlah = 24,907 orang.

penduduknya terdiri daripada suku kaum bajau, suluk, kadazan, bugis dan bumiputera lain.

Ekonomi [sunting]

Pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar (listed companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak

Koko

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke Tawau dimana terdapat kilang memproses biji koko.

Perikanan

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000


Dipetik daripada: http://www.sabah.gov.my/pd.knk/

Pautan luar [sunting]