Hubungan Malaysia - Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hubungan Malaysia - Perancis semakin baik walaupun Perancis menggunakan bahasa Perancis, sedangkan Malaysia menggunakan bahasa Inggeris dalam hubungan antarabangsa kerana pernah dijajah oleh British.

Malaysia dan Perancis berhubung dari segi perdagangan, pendidikan, kebudayaan, pertahanan, pelancongan, latihan dan pengangkutan.

Bendera Malaysia
Bendera Perancis

Keselamatan sejagat[sunting | sunting sumber]

Perancis mempunyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB. Secara umumnya rakyat Malaysia tidak mencurigai sejarah lampau Perancis. Perancis pernah menjajah Vietnam, Kemboja dan Laos serta beberapa negara di utara Afrika. Perancis kemudian Amerika tewas dalam Perang Vietnam 1975.

Komander Armada Tentera Laut Perancis di Lautan Hindi, Laksamana Madya Gerard Valin menyatakan Perancis mengutamakan keselamatan sejagat. Angkatan Tentera Laut Perancis bekerjasama dengan Rejimen Renjer Diraja Ke-6 di Pulau Berhala, Sandakan, Sabah. Kerjasama dari segi kapal laut, kapal selam dan helikopter. Armada tentera Perancis berkawal dari Terusan Swiss hingga ke Laut China Selatan.

Malaysia mendapatkan senjata berteknologi tinggi seperti kapal selam Scorpene dari Perancis kerana lebih dipercayai berbanding dengan British dan Amerika Syarikat. Dasar politik Perancis lebih baik berbanding Amerika Syarikat dan British yang telah menjarah Afghanistan dan Iraq.

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Dalam ASEAN, Malaysia merupakan rakan perdagangan kedua terbesar Perancis. Terdapat 165 syarikat Perancis beroperasi di Malaysia. Syarikat Perancis utama yang beroperasi di Malaysia ialah Lafarge (simen), Technip (eksplorasi gas dan minyak), Alcatel (telekomunikasi), Alstom (tenaga dan peralatan kereta api) dan Carrefour (peruncitan), Thales (peralatan elektronik bagi kegunaan orang ramai dan tentera) dan syarikat pengeluar kenderaan Puegeot, Renault serta Citreon. Nilai dagangan dua hala pada 2008 bernilai RM13.9 bilion.

Malaysia Airlines membeli enam pesawat Airbus A380, pembelian 200 pesawat Airbus A320 dan A350 oleh AirAsia. Selain itu TLDM membeli dua kapal selam Scorpene.[1]

Syarikat Perancis boleh melebarkan sayap perniagaan kerana kerajaan Malaysia meliberalisasikan 27 sub-sektor perkhidmatannya. Contohnya boleh membina hotel dan pusat konvensyen antarabangsa. Antaranya ialah syarikat Carrefour, Accor, EADS dan anak syarikatnya, Eurocopter, dan Lafarge. Dr Jean-Francois Bijon, pesuruhjaya perdagangan di Kedutaan Perancis di Malaysia menyatakan beberapa syarikat Perancis berpengkalan di Singapura dan Shanghai boleh memindahkan operasi ke Malaysia.[2]

Pada 30 November 2008, Carrefour yang merupakan pasar raya hiper kedua terbesar di dunia menerima "Anugerah Tanggung Jawab Sosial Korporat. Peugeot dan Nasim Sdn Bhd memenangi Anugerah Perkongsian Bijak Malaysia-Perancis.Anugerah Komitmen kepada Malaysia diberikan kepada Technip (minyak dan gas). Anugerah diberikan oleh MFCCI, yang ditubuhkan pada Oktober 1991. MFCCI mempunyai 210 ahli.[3]

Hubungan sosial[sunting | sunting sumber]

Duta Malaysia ke Perancis Datuk S.Thanarajasingam menyatakan terdapat 1000 warga Malaysia berada di Perancis. Antaranya ialah penyanyi Dato Shake.

Rakyat Perancis suka melancong ke Sandakan dan pulau-pulau di Sabah, Malaysia beruntung kerana adanya "syurga kecil di Sabah".P elancong kagum dengan terumbu karang dan kehidupan laut yang indah di dunia.[4]

Pada 3 Oktober 2007, bintang filem antarabangsa Datuk Michelle Yeoh menerima anugerah The Legion of Honour daripada kerajaan Perancis. Anugerah itu disampaikan oleh Duta Perancis ke Malaysia Alain du Boispean. Tunang beliau Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Datuk Seri Jean Todt. Penerima sebelum ini ialah Datuk Dr Norraesah Mohamed pada 2003.[5]

Mahadzir Lokman merupakan pengacara yang mahir bahasa Perancis. Sementara Nor Zihan Hussin merupakan pegawai Kementerian Pelajaran diberi anugerah "Knight of the Order of the Palmes Academiques" kerana mendedahkan pengajaran bahasa Perancis di sekolah menengah di Malaysia.[6]

Malaysia France Institute[sunting | sunting sumber]

Malaysia France Institute merupakan institut kejuruteraan hasil kerjasama MARA dengana kerajaan Perancis. Malaysia France Institute terletak di [Bandar Baru Bangi]] memberi latihan kemahiran peringkat diploma.

Beberapa pelajar tajaan MARA pernah dihantar ke Perancis.

Era Najib Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Oktober 2009, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak bersama rombongan menteri dan usahawan ke Paris bagi membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Perancis Francois Fillion.

Najib akan berucap pada Persidangan UNESCO ke-35. Beliau adalah pemimpin Malaysia yang pertama diundang berucap di Paris.[7]

Pada Jun 2009, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat Perancis bagi merapatkan kerjasama ekonomi dan hubungan dua hala. Muhyiddin berbincang dengan Menteri Pelajaran Xavier Darcos, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) Koichiro Matsuura, Presiden Kumpulan Persahabatan Malaysia-Perancis, Jean-Marie La Guen dan Presiden Konfederasi Perdagangan Antarabangsa Perancis, Jean Burelle. Terdapat 1,000 warga Malaysia termasuk 450 pelajar.[8]

Kerjasama pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kerjasama pendidikan Malaysia=Perancis jelas nyata semasa Hishamuddin Tun Hussein lagi. Malaysia menduduki kerusi lembaga eksekutif itu untuk tempoh empat tahun menerusi Menteri Pelajaran , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menang semasa pemilihan dalam Persidangan Agung UNESCO pada 24 Oktober 2007. Tempoh tersebut bermula 2008 hingga 2011.

Pada 7 April 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri mesyuarat ke-184 Lembaga Eksekutif Unesco di ibupejabat Unesco di Paris. Selepas itu berunding dengan Menteri Pelajaran Perancis Luc Chatel. Beliau turut menemui Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova. Malaysia akan berkongsi pengalaman dalam membangunkan bidang pendidikan menerusi program Pendidikan Untuk Semua (EFA).

Malaysia mengambil pendekatan sistem Perancis yang menekankan pendidikan vokasional. Hampir 50 % pelajar Perancis disalurkan ke aliran vokasional. Sedangkan di Malaysia hanya 10 % sahaja. Ini kerana sekolah vocasional belum dibangunkan. Turut serta ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran, Ali Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba.[9]

Pada 2010, terdapat 420 pelajar Malaysia belajar bidang kejuruteraan dan perubatan dan lain-lain di Perancis.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]