Fiqh jenayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jenayat)
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang

Fiqh jenayah (فقه العقوبات) ialah undang-undang jenayah mengikut Syariat Islam. Jenayah menurut fuqaha' adalah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman Qisas atau Diyat.[1]

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jenayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman mengikut al-Quran:[2][3]

  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Diyat
  4. Takzir

Manfaat pengajaran fiqh jenayah[sunting | sunting sumber]

  1. Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
  2. Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
  3. Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
  4. Berhubung dengan keamanan Daulah Islamiyah dan menyelenggarakan keselamatan diri.
  5. Berhubung dengan pembunuhan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam Daulah Islamiyah.

Tujuan fiqh jenayah[sunting | sunting sumber]

Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir diperuntukkan dalam qanun fiqh jenayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

  1. Menjaga agama - iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.
  2. Menjaga nyawa - iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman Qisas atau Diyat.
  3. Menjaga akal fikiran - iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat.
  4. Menjaga keturunan - iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam.
  5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Jinayat - Islam - Cara Hidupku...| www.al-azim.com
  2. Between Vision and Reality: Law in the Arab World, Guy Bechor, IDC Projects Publishing House, 2002. m/s. 105-110
  3. The Constitution of Iran : politics and the state in the Islamic Republic / oleh Asghar Schirazi, London ; New York : I.B. Tauris, 1997. m/s. 223-4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]