H. S. Lee
| Tun Sir H. S. Lee |
|
![]() |
|
|
Kementerian Pengangkutan
|
|
| Tempoh berjawat 1955 – 1957 |
|
| Digantikan oleh | Abdul Rahman Talib (1958) |
|---|---|
|
|
|
| Tempoh berjawat 1957 – 1959 |
|
| Digantikan oleh | Tan Siew Sin |
|
|
|
| Tarikh lahir | 19 November 1900 |
| Tempat lahir | Hong Kong |
| Meninggal | 1988 Malaysia |
| Parti politik | MCA |
| Pekerjaan | Usahawan |
Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.
Sejarah [sunting]
H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Dia dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900.[1] Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.
Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.[2]
Rujukan [sunting]
- ↑ Wong Siu-lun; Sun Wenbin & Dr. Victor Zheng. "The H.S Lee Family" (dalam Bahasa Inggeris). Studies on Chinese Family Enterprises. The Univeristy of Hong Kong. http://www.hku.hk/cas/cfe/3/3.1.2.html.
- ↑ Lee Kam Hing. "A key man behind the alliance", The Founding Fathers, TheStar Online, 30 Julai 2007. Dicapai pada 11 September 2008. (bahasa Inggeris)
