Mustapha bin Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuan Yang Terutama Tun Datu Mustapha Datu Harun
Yang DiPertua Negeri Sabah I
Datu Mustapha Datu Harun.jpg
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Datu Harun SMN, SPDK, SIMP, PNBS, SPMJ, SPMP, SPCM, KCRL (Lubnan), KVO, OBE (England).
Pemerintahan Yang Di Pertua Negeri Sabah pertama (16 September 1963 - 16 September 1965)
Pertabalan 16 September 1963
Pengganti Tun Pengiran Ahmad Raffae
Pasangan Toh Puan Hjh Rahmah Hj Zulkarnain
Anakanda Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah,Dayang Zauyah, Datuk (Datu) Amir Kahar, Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin,Dayang Zulfah,Allayarhamah Dayang Rosnah, Dayang Aminah, Dayang Marina, Datu Harun
Ayahanda Datu Harun Datu Nasaruddin
Bonda Norani Abdul Rahim
Datu Mustapha Datu Harun

Ketua Menteri Sabah ketiga
Tempoh berjawat
1967 – 1975
Didahului oleh Datuk Peter Lo Sui Yin
Digantikan oleh Tun Said Keruak

Tarikh lahir 31 Julai 1918
Tempat lahir Borneo Utara Kudat, Borneo Utara
Meninggal 2 Februari 1995
Parti politik USNO, Barisan Nasional
Pasangan Rahmah Zulkarnain
Agama Islam

Tun Datu Mustapha Datu Harun (31 Julai 1918-2 Februari 1995) merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' dan 'Bapa Pembangunan Sabah'.

Kehidupan dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran.Beliau mempunyai 8 adik-beradik. Adik-beradiknya; Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah. (sumber lisan dari adik bongsunya, Dayang Khadijah) Beliau mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Isteri yang pertama meninggal (tiada anak). Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (dari isteri ke-2)(sumber lisan dari anaknya, Dayang Maimunah), Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin ( dari isterinya ke-5, Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk),Dayang Zulfah (dari isteri berbangsa Cina),Dayang Zauyah,Dayang Rosnah,Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun ( dari isterinya orang Inggeris).


Isterinya , Hawia Panglima Mohd (82 tahun ) meninggal dunia pada 13 Disember 2011 di Penambang.Hawia berasal dari Kampung Pulau Mandidara, Banggi .Anaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zaman penjajahan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu.

Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Alber Kwork.

Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina)bersama-sama sahabatnya Haji Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina. Sewaktu di Pulau Balambangan ( Banggi ) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung( senjata pusaka dari Datu Paduka Mat Salleh )dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun. Tun Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral Mac Arthur ( Ketua Tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapatkan bantuan senjata bagi menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina bapanya telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabatnya ( sepupunya ) Alibasa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau Banggi sewaktu mengintip pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha ke Palawan selamat. Pada waktu itu, pihak Jepun menyangka bahawa yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha, tetapi mereka tidak tahu. (sumber lisan adik bongsu Tun). Datu muhamadun telah disiksa oleh tentera Jepun dengan diikat dipalang kayu.Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau dijemur dipanas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya oleh tentera Jepun. Alibasa pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki terikat di atas. Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari Alibasa dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah memberikan amanta akhir kepada Alibasa agar beliau mencari jalan untuk melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau berpesan agar membela kematiannya nanti.

Ali basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-balak Banggi dalam keadaan kaki tangan terikat dan telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut ikan yu hanya mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air.Air laut tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan tangannya dan berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam laut, beliau telah dihujani dengan peluru meriam dan senapang tentera Jepun namun tidak langsung mengenai tubuh badannya.Keberanian Datu Muhamadun dan Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.

Sewaktu Tun Mustapha telah kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya. Tun Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat Kapten. Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau Bannaran, Kagayan, orang sungai dan orang Brunai dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.

Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Belaiu telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.

Zaman kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Selepas 2 tahun memerintah negeri Sabah, akhirnya pada 16 September 1965, beliau meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menyerahkan jawatan kepada Tun Pengiran Ahmad Raffae. Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1965-1973. Beliau adalah pengasas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Beliau juga pernah menjadi Presiden PERKIM (1977-1979) dan Presiden Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA). Beliau juga ahli Royal Commonwealth Association dan Commonwealth Parliamentary Association. Pada tahun 1972, beliau menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah dan dianugerahkan Pingat 'SEMANGAT PADI'. Sekitar November 1973 - Februari 1990, beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Pertanian Malaysia.

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Gelaran Tarikh
KVO & Officer of Order of British Empire (OBE) Tiada Tidak diketahui
Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) Tun 26 November 1964
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) Datuk Seri Panglima Tidak diketahui
Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Dato' 20 September 1969
Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) Datuk Seri 20 Ogos 1971
Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Dato' 27 Oktober 1971
Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) Dato' Seri 29 Mac 1971

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sakit tua: Isteri Tun Datu Mustapha meninggal dunia