Mohammad Fuad Stephens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

{{Infobox President | name =Tun Mohd. Fuad Stephens
Donald Aloysius Marmaduke Stephens | image =FuadStephens.jpg | order =Ketua Menteri Sabah ke-1 | term_start =1963 | term_end =1964 | deputy = | predecessor = | successor =Tan Sri Peter Lo Sui Yin | order2 =Ketua Menteri Sabah ke-5 | term_start2 =1976 | term_end2 =1976 | deputy2 = | predecessor2 =Tun Mohd. Said Keruak | successor2 =Datuk Harris Mohd. Salleh | order3 =[[Yang di-Pertua Negara Sabah ke-3 | term_start3 =April 1973 | term_end3 =Jun 1975 | deputy3 = | predecessor3 =Tun Pengiran Ahmad Raffae | successor3 =Tun Mohd Hamdan ullah | birth_date = 14 September 1920(1920-09-14) | birth_place =Borneo Utara Kudat, Borneo Utara | death_date =6 Jun 1976 (umur 55) | death_place =Kota Kinabalu, Sabah | spouse = | religion =Roman Katolik (1920-1970)
Islam (1971-1976) | constituency = | party =UNKO, BERJAYA | languagesspoken = | signature = }} Tun Haji Mohammad Fuad Stephens (14 September 1920, Kudat - 6 Jun 1976, Kota Kinabalu), sebelum ini dikenali sebagai Donald Stephens, merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga.

Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau terlibat dalam beberapa perundingan tentang penubuhan Malaysia. Tun Fuad ialah seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Sabah, dan Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pilihan raya 1976[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya negeri Sabah pada 5-14 April 1976, Tun Fuad Stephens bertanding atas tiket Berjaya di kawasan N15 Kiulu. Datuk Payar Juman dari USNO . Tun Fuad menang mudah.Parti Berjaya menewaskan USNO setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Tun Mohd Fuad bersama anggota kabinet mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Sabah.

Tragedi Double Six[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 1976, pesawat kecil jenis GAF Nomad buatan Australia menjunam terpacak di Kampung Sembulan , 2km dari Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pesawat ini dikendalikan oleh Sabah Air dari Lapangan Terbang Labuan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu . 11 orang terkorban termasuk anak kapal. Berikut adalah senarai mereka yang terkorban dalam nahas itu :

  1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
  2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
  3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Thain Vun
  4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
  5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
  6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
  7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Dr Syed Hussein Wafa
  8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
  9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
  10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
  11. Johari Tun Fuad Stephens

Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.[2]

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Jenazah Tun Mohammad Fuad telah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku 'Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu' oleh Syed Abdullah