Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
United Sabah National Organisation
USNO
Ketua Tun Datu Mustapha bin Harun (Presiden)
Diasaskan 1961
Dibubarkan 1991
Ibu pejabat Kota Kinabalu Sabah
Tapak web
http://kelabusnosabah.blogspot.com
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Inggeris: United Sabah National Organisation (USNO) adalah parti politik yang berpusat di Sabah, Malaysia. Parti ini diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri ketiga Sabah. Parti itu berjaya memerintah selepas memenangi pilihanraya negeri 1967. USNO kekal berkuasa sehingga 1975 di bawah kepimpinan Tun Mustapha, dan sehingga 1976 di bawah Mohamed Said Bin Keruak.

Sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September, 1963, USNO memainkan peranan penting dalam kerjasama dengan UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation), yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens, dan dalam Persekutuan Tanah Melayu, dalam mendapat kemerdekaan daripada Great Britain.

Pada tahun 1975, setiausaha agung USNO Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Parti baru ini berjaya mengalahkan USNO pada pilihanraya negeri 1976 untuk membentuk kerajaan sehingga 1985. Selepas kekalahan itu, USNO seringkali meneruskan untuk menyertai pilihanraya negeri 1981, 1985, 1986, dan 1990, memenangi beberapa buah kerusi, tetapi tidak pernah cukup untuk membentuk kerajaan semula.

Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah Usno dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]