Kampung Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Pertama merupakan sebuah kampung Melayu yang terletak di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Ia terletak berhampiran dengan Permatang Pauh, Seberang Jaya dan juga Bukit Mertajam. Kampung ini juga sebahagian daripada Kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim hasil kemenangannya pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan juga di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya yang dimenangi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Pulau Pinang juga terletak bersebelahan kawasan kampung ini.