Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Universiti Antarabangsa Picoms (PIUC)
MotoKe Arah Kecemerlangan Holistik dalam Pendidikan dan Penjagaan Pesakit.
JenisIPTS di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Ditubuhkan padaApril 1993
CanselorProf Madya Dr Wan Azizi Wan Sulaiman
Lokasi
Malaysia
KampusNo.3, Jalan 31/10A,

Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan

Google map: https://goo.gl/maps/tJDuEUkV1P8TzAT49
Laman sesawanghttps://www.picoms.edu.my

Kolej ini telah ditubuhkan pada April 1993 dan hanya bermula sebagai sebuah Pusat Latihan Jururawat atau lebih dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Pusrawi ataupun Kolej Pusrawi di bawah pentadbiran Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd (PUSRAWI) atau kini dikenali sebagai Hospital Pusrawi Sdn Bhd. Peringkat awal penubuhannya adalah untuk menyediakan keperluan tenaga kerja di Hospital Pusrawi sahaja dengan hanya menawarkan kursus bagi Pembantu Klinik untuk menjadi Penolong Jururawat. Pada tahun 1997, kolej ini diberi peluang mengendalikan kursus Sijil Kejururawatan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan pelajar mendapat kelayakan sebagai Jururawat Terlatih berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) yang hanya diberi kuota pengambilan setahun seramai 40 orang pelajar sahaja pada masa itu.

Pada tahun 2003 di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, memerlukan semua Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Maka setelah didaftarkan sebagai IPTS, kolej ini boleh menawarkan kursus Diploma Sains Kejururawatan kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam pada itu, MAIWP yang merupakan pemilik penuh kolej telah menubuhkan syarikat Anggun Mulia Sdn Bhd bagi mentadbirurus kolej.

Perkembangan yang amat sederhana sejak didaftarkan sebagai IPTS, menuntut satu transformasi menyeluruh dimana pada tahun 2010 dengan pelantikan YBhg. Datuk Haji Mahamad Zubir bin Sheikh Saad sebagai Pengerusi Eksekutif telah mengubah senario pengurusan kolej. Pendekatan pertama yang telah dilakukan adalah dengan penjenamaan semula pada Mac 2011 dimana kolej ini dikenali dengan nama baru sebagai Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi atau Pusrawi International College of Medical Sciences dengan singkatannya PICOMS. Manakala, syarikat Anggun Mulia Sdn Bhd kemudiannya digantikan kepada Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn Bhd dan pada tahun itu juga dengan penjenamaan semula kolej, maka lahirlah nama PICOMS.

Bermula dengan satu program pengajian iaitu Diploma Sains Kejururawatan, kini PICOMS menawarkan sebanyak 11 program pengajian dan bilangan pelajar sehingga kini adalah lebih daripada 3,860 orang. Program-program ini dijalankan di empat buah kampus iaitu Kampus Jalan Ipoh, Kampus Jalan Rahmat, Kampus Plaza Permata, dan Kampus Batu Muda (Kampus Induk) yang telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 20 Julai 2012.

Pada 1 April 2019, Pengarah Eksekutif yang baharu, Prof Madya Dr Wan Azizi Wan Sulaiman telah dilantik setelah mendapat perkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Jawi: السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله).

Beliau telah menggariskan 10 Pelan Transformasi dalam menaik taraf PICOMS sebagai Kolej Universiti yang terkenal bertaraf antarabangsa yang di ideakan oleh beliau sendiri iaitu: 1) Gagasan Rahmatan Lil Alamin dalam pendidikan & menyantuni asnaf. 2) Pendidikan berkualiti tinggi dalam Sains Perubatan. 3) Sebagai pusat CERIA (Centre for Islamization & Rahmatan Lil Alamin. 4) Mewujudkan universiti berkonsepkan waqaf. 5) Menambah baik Kolej Universiti selari dengan kemodenan dan berpusat. 6) Melahirkan graduan yang kebolehpasaran, berkualiti tinggi & memiliki nilai keusahawanan. 7) Menubuhkan pusat perniagaan perubatan serta perkhidmatan kesihatan berpiawaian tinggi. 8) Menjalin kerjsama kolaborasi dengan Institusi Pendidikan setempat dan antarabangsa. 9) Meluaskan jalinan program Smart-Partnership dalam bidang industri. 10) Penjenamaan semula sebagai Universiti Kolej bertaraf antarabangsa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]