Kolej Tentera Udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kolej Tentera Udara atau KTU merupakan satu pusat latihan yang ditubuhkan bagi mengeluarkan pegawai dan krew udara untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia. Ia kini menempatkan beberapa unit latihan TUDM seperti Pusat Latihan Pegawai, Institut Teknologi Aerospace dan Pusat Latihan Terbang 2. Kolej ini terletak berdekatan dengan Pangkalan TUDM Alor Setar iaitu kira-kira 12 kilometer daripada bandaraya Alor Setar, Kedah dan memiliki keluasan seluas 65 hektar persegi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah KTU bermula dengan penubuhan Sekolah Latihan Penerbangan TUDM pada tahun 1963. Tujuan utamanya penubuhan sekolah ini adalah untuk mengambil alih Lapangan Terbang Alor Setar daripada Tentera Udara Diraja Britain. Bermula 1 Julai 1964, Skuadron Leader Fj Woodard yang dipinjam daripada Tentera Udara Diraja Britain dilantik sebagai pegawai memerintah sekolah ini yang pertama. Pada 10 Mei 1965, sekolah ini telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussain. Pada 21 Februari 1966, kuasa memerintah pangkalan ini telah diambil alih oleh pegawai tempatan iaitu Skuadron Leader Sulaiman bin Sujak.

Pada tahun 1971, kursus latihan lanjutan yang sebelumnya dijalankan di Kuala Lumpur telah dipindahkan ke sini. Pada Januari 1978, Institut Latihan Instruktor Terbang pula telah ditubuhkan di sini. Sekolah ini kemudian dinaik taraf menjadi Kolej Tentera Udara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]