Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
| Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor | |
|---|---|
| Selangor International Islamic University College | |
|
|
|
| Moto: | The Catalyst of Knowledge Tradition |
| Ditubuhkan pada: |
1995 |
| Jenis: | Kolej Universiti Swasta |
| Pengerusi: | Menteri Besar Selangor |
| Rektor: | Prof. Dato' Dr. Aziuddin Ahmad |
| Lokasi: | Bandar Seri Putra Bangi, Selangor, Malaysia |
| Laman sesawang: | http://www.kuis.edu.my |
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Inggeris: Selangor International Islamic University College; pernah dikenali sebagai: Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR)) telah ditubuhkan pada 1995 sebagai kolej swasta dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk meneruskan pembelajaran integrasi dalam bidang pengetahuan agama Islam.
Ia mempunyai kampus sementara yang mana SIIUC memulakan operasi di bangunan sementara di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) di Shah Alam, Selangor. Pada tahun 2000, SIIUC berpindah ke kampus baru yang dibina meliputi seluas 104 ekar di kawasan yang strategik yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Malaysia, kira-kira 25 km dari selatan Kuala Lumpur dan 20 km dari utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
Kampus ini secara rasmi dibuka oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan pada 25 Mei 2002. Aspirasi dan komitmen SIIUC ialah supaya menjadi institusi bertaraf dunia dan memimpin dalam pendidikan Islam swasta di Malaysia.
Sejak penubuhan, SIIUC mengalami pertumbuhan populasi pelajar daripada hanya memiliki 60 orang pelajar pada 1995 meningkat kepada lebih daripada 4,500 pelajar termasuk kemasukan 200 pelajar antarabangsa dari negara ASEAN dan benua Afrika seperti China. Kini, SIIUC telah menghasilkan seramai 2,800 graduan.
SIIUC kini menawarkan 2 jenis program ijazah sarjana, 8 jenis program ijazah sarjana muda dan 20 program diploma yang merangkumi bidang Ilmu Perniagaan, Perakaunan, Perbankan Islam, Pengurusan Sumber Manusia, Informasi dan Teknologi, Multimedia, Penyiaran, Komunikasi, Kejururawatan, Pengajian Islam dan Bahasa.