Universiti Nilai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kolej Antarabangsa Nilai)
frames
frames
Kolej Antarabangsa Nilai


Kolej Antarabangsa Nilai ialah sebuah kolej swasta yang diasaskan di Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia pada tahun 1997. Kampus yang luasnya sebanyak 105 ekar terletak 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 40 minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Kolej Antarabangsa Nilai merupakan salah sebuah kolej pertama yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk mengajar program ijazah 3+0. Sejak penubuhannya, kolej ini telah mengendalikan program 3+0 yang ditauliahkan oleh Lembaga Pentauliahan Negara (LAN). Program itu dikendalikan bersama dengan Universiti Oxford Brookes dari United Kingdom dan Universiti La Trobe dari Australia. Kini, Kolej Antarabangsa Nilai telah menghasilkan diploma sendiri yang diterima oleh universiti-universiti di United Kingdom, Australia, New Zealand, Switzerland, dan Kanada.

Kolej Antarabangsa Nilai merupakan salah satu kolej terawal yang merekrut pelajar-pelajar antarabangsa. Kini, pelajar-pelajar dari 50 buah negara di seluruh dunia merupakan hampir 40% daripada jumlah pelajar kolej ini. Sebagai pengakuan kepada mutu pendidikannya, Kolej Antarabangsa Nilai telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Industri (Sektor Pendidikan) oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]