Lebuhraya Kajang-Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mes-e21.png

Lebuhraya E21
Lebuhraya Kajang-Seremban
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas)
Panjang: 44.3 km (27.5 bt)
Wujud: 2002 – sekarang
Sejarah: Mula dibina pada tahun 2006–2010, siap sepenuhnya tahun 2010
Persimpangan utama
Penghujung
utara:
Persimpangan Kajang Perdana,
Kajang, Selangor
  Jkr-ft--.png Jalan Pintasan Kajang
Mes-e18.png Lebuhraya Penyuraian Trafik Kajang
Jkr-ft1.png Laluan Persekutuan 1
Jkr-ft3265.png Jalan Nilai-Pajam
Jkr-ft86.png Laluan Persekutuan 86
Jkr-ft51.png Laluan Persekutuan 51
Jkr-ft97.png Jalan Seremban-Paroi
Penghujung
selatan:
Persimpangan Paroi,
Seremban, Negeri Sembilan
Lokasi
Destinasi
utama:
Kuala Lumpur, Cheras, Semenyih, Pajam, Nilai, Mantin, Temiang, Kuala Klawang
Sistem jalan raya

Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuh raya Kajang Seremban (E21) atau LEKAS merupakan lebuh raya tol sepanjang 48.5 kilometer dari Kajang ke Seremban yang diberi konsesi kepada Lebuharaya Kajang-Seremban Sdn. Bhd, anak syarikat IJM Corporation oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di antara Kuala Lumpur dan Seremban (E2) menyebabkan sebuah lagi lebuh raya diperlukan pada tahun 1998.

Berikutan itu Kerajaan Malaysia memberi hak konsesi secara pakej kepada syarikat baru iaitu KASEH Sdn. Bhd. pada Julai 1997 untuk tempoh konsesi selama 33 tahun.

Cadangan projek ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya dari Kajang ke Seremban. Lebuh raya ini bersambung dengan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang‎ dan Lebuh raya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur. Terlalu ramai penduduk Seremban yang bekerja setiap hari di Kuala Lumpur. Kesesakan memuncak di Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Senawang.

Sebahagian lebuh raya ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya baru dari Kajang hingga ke Seremban melalui Bangi, Semenyih, Beranang, Pajam, Nilai dan Mantin. Ia bermula dari Persimpangan Bertingkat `clover-leaf' dengan Lebuhraya Lingkaran Kajang dan Jalan Pintasan Kajang dan menuju ke selatan hingga berakhir di Jalan Persekutuan FT 51 sejauh 5 km dari Bandar Seremban. Keseluruhan jarak lebuhraya ini adalah sepanjang 46 km.

Sebanyak tujuh (7) buah Persimpangan Bertingkat akan dibina di sepanjang lebuhraya ini seperti yang berikut:

  1. Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan
  2. Persimpangan Bertingkat Semenyih
  3. Persimpangan Bertingkat Pajam
  4. Persimpangan Bertingkat Mantin
  5. Persimpangan Bertingkat Setul
  6. Persimpangan Bertingkat Ampangan
  7. Persimpangan Bertingkat Paroi

Pada dasarnya lebuh raya ini beroperasi secara Sistem Tol Tertutup kecuali di antara Persimpangan Bertingkat Setul dan Persimpangan Bertingkat Ampangan yang dikendalikan secara Sistem Tol Terbuka.

Sebanyak 5 buah plaza tol (termasuklah Plaza Tol Kajang Selatan dan Plaza Tol Setul) didirikan di setiap persimpangan bertingkat bagi jajaran yang akan dikendalikan secara Sistem Tol Tertutup, manakala sebuah plaza tol akan didirikan di Persimpangan Bertingkat Ampangan bagi sistem tol terbuka.

Lebuh raya ini merupakan laluan alternatif kepada pengguna-pengguna yang menuju ke selatan selain daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Persekutuan sedia ada. Ia juga diharap dapat menjana pembangunan di kawasan persekitarannya khususnya di Nilai, Semenyih, Beranang, Mantin, Pajam dan Batang Benar.

Kemajuan projek[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan jajaran lebuh raya ini siap sepenuhnya pada tahun 2010.

Kadar tol[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dibuka secara rasminya pada 22 Ogos 2008. Bayaran tol mula dikenakana pada hari Ahad, 4 Oktober 2008.Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Mohamad Razali Othman menyatakan lebuh raya 18.20 km mempunyai 3 palza tol iaitu di Kajang Selatan, Semenyih dan Pajam. Bayaran tol antara 40 sen hingga RM5.60 bergantung kepada kelas kenderaan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]