Samy Vellu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato' Seri
 Samy Vellu A/L Sangalimuthu
Samy Vellu

Presiden Kongress India Malaysia ke-7
Tempoh berjawat
12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010
Naib Presiden S. Subramaniam (1976-2006) & G. Palanivel (2006-sekarang)
Didahului oleh Tan Sri Dato' V. Manickavasagam
Digantikan oleh G. Palanivel

Tarikh lahir 8 Mac 1936 (78 tahun)
Tempat lahir Kluang, Johor
Parti politik MIC logo.gifBarisan Nasional -MIC
Pasangan Datin Seri Indrani Samy Vellu (kedua)
Pekerjaan Arkitek, Ahli politik
Agama Hindu

Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu (Lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Dengan tidak putus asa beliau belajar sambil masa sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah. Ini bukanlah satu pencapaian yang mudah terutama sekali kepada anak keluarga India Malaysia yang bukan sahaja miskin malah dari keluarga estet.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Vell Paari dan seorang anak perempuan. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani, isteri kedua beliau yang merupakan seorang pemilik restoran. Menantunya, Shaila Nair merupakan penyanyi terkenal yang selalu mengadakan persembahan di Malaysia dan Singapura. Shaila Nair dikatakan terlibat dengan skandal aksi berahi.Samy Vellu dikatakan tidak tinggal bersama Datin Seri Indrani.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada 1961, beliau bertanding kerusi di MIC Selangor tetapi kalah. Tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC. Pada 1967, belaiu dilantik memegang jawatan Setiausaha MIC Selangor dan pada 1972, beliau ditauliahkan sebagai seorang arkitek. Dua tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput.

Dengan sokongan dan popularitinya dalam parti, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden MIC. Beliau mengalahkan pencabarnya, S. Subramaniam, yang ketika itu Setiausaha Agung MIC dengan majoriti 26 undi. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dan pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Presiden MIC berikutan kematiann Tan Sri Manickawasagam.

"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la..." [1]
Samy Vellu ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tanah runtuh di Sungai Siput

Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum. Jawatan beliau sebagai Menteri kabinet mewakili parti MIC digantikan oleh setiausaha parti tersebut, Dato' Dr. S. Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia.

Berikutan berlakunya peristiwa Hindraf, Samy Vellu telah pergi ke India untuk menerangkan perkara sebenar kepada Ketua Menteri Tamil Nadu, M.Karunanidhi tetapi Ketua Menteri tersebut enggan berjumpa dengannya kerana menyokong Hindraf.[perlu rujukan]

Beliau juga pernah memecat beberapa pemimpin parti tersebut. Antaranya termasuklah bekas Naib Presiden, Tan Sri M. G. Pandithan kerana dikatakan telah menggunakan perkataan perkauman. Selain itu, beliau juga pernah menjadi punca kekalahan Timbalan Presiden Parti tersebut, Dato' S. Subramaniam dengan menyokong Dato' G. Palanivel untuk bertanding jawatan tersebut.[perlu rujukan]

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika ditemuramah telah menyatakan bahawa beliau tidak dapat menggugurkan Samy Vellu daripada kabinetnya kerana khuatir akan mendapat tentangan daripada masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC.[perlu rujukan]

Kekalahan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput telah dijangkakan oleh ramai pihak. Ada yang mengatakan bahawa ini berpunca daripada peristiwa Hindraf.[perlu rujukan] Bagaimanapun, sebelum pilihan raya diadakan, Samy Vellu dikatakan berkata: "Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".[2] Akan tetapi selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beliau dikatakan berkata pula: "Rakyat marah sama BN, bukan sama saya".[2] Dilihatkan daripada segi yang lain, komen itu membayangkan pengakuan bahawa kemenangannya dalam pilihan raya disebabkan oleh Barisan Nasional dan bukan kerananya, iaitu "rakyat pilih BN, bukannya".

Isu-isu kontroversi[sunting | sunting sumber]

Hospital dicemari kulat & keretakan MRR2[sunting | sunting sumber]

Sejak memegang portfolio sebagai Menteri Kerjaraya, Samy didakwa oleh pihak pembangkang sebagai terlibat dengan beberapa skandal wang dan penyelewengan kerja dalam beberapa projek pembinaan di Malaysia, termasuklah penemuan kulat yang tumbuh di sistem hawa dingin pada teater operasi di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru pada 2004.[3]

Selain itu, keretakan dan kerosakan beberapa jejambat di lebuh raya MRR2 turut menyebabkan Samy Vellu dikecam dan dimarahi oleh sebilangan besar pengguna, sekalipun semasa kerosakan terakhir berlaku beliau tidak lagi merupakan menteri yang berkait.[4] Walaupun kerosakan tersebut mungkin akibat kontraktor projek tersebut, Samy dikatakan cuai.

Kolej TAFE dan MAIKA Holdings[sunting | sunting sumber]

Walaupun beberapa projek komuniti gergasi beliau gagal tetapi terdapat juga yang berjaya seperti institut AIMST dan Kolej TAFE. Samy juga selalu dituduh memiliki banyak saham pada syarikat-syarikat Malaysia.[5]

Bagaimanapun skandal saham Telekom-MAIKA Holdings masih menghantui beliau. Ramai kaum India didakwa kecewa dan marah dengan tahap pencapaian MAIKA Holding selama hampir 20 tahun yang tahun demi tahun mencatat kerugian.[6][7] Ketika anak Samy, Vel Pari dilantik sebagai Pengarah Urusannya pada 1999, Maika secara teknikal adalah muflis, tetapi kini mempunyai asset RM150 juta. Ini terjadi dengan bantuan kerajaan melalui bantuan pengurusan syarikat pengurusan Danaharta.[8][9]

Tol lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Lebuh Raya PLUS dan kutipan tol untuknya pada mulanya merupakan projek mega yang menerima publisiti yang negatif di kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Ia bertambah teruk bila kadar tol dinaikkan secara berperingkat-peringkat. Ketika itu Samy Vellu yang menjadi Menteri Kerjaraya, memperolehi publisiti buruk kepadanya seolah-olah Samy Vellu mengutip tol untuk mengisi koceknya sendiri. Rakyat seolah-olah tidak mahu menerima hakikat bahawa projek tersebut adalah kehendak dan arahan kerajaan dan Samy Vellu, selaku menteri berkenaan, terpaksa melaksanakannya.

Gerakan Anti Samy Vellu[sunting | sunting sumber]

Kekalahan dalam Pilihan Raya Umum 2008[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, yang turut merupakan hari ulang tahun ke-72nya, Samy Vellu yang bertanding untuk Parlimen Sungai Siput telah dikalahkan oleh lawannya Dr Michael Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia.


Penyandang Terdahulu Presiden Kongres India Se-Malaysia
1979–Kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Dato V. Manikavasagam Penyandang
Penyandang Terdahulu Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1989–1995
Penyandang Kemudian
???
???
Penyandang Terdahulu Menteri Kerja Raya
1995 – 8 Mac 2008
Penyandang Kemudian
???
Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed
Penyandang Terdahulu Menteri mewakili MIC
1979 – 8 Mac 2008
Penyandang Kemudian
' Dato' Dr. S. Subramaniam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mingguan Wasilah. Terbitan 25-31 Oktober 2009, m.s. 6. Juga terdapat di Alkerohi: Samy ada di mana-mana
  2. 2.0 2.1 Mingguan Wasilah. Terbitan 25-31 Oktober 2009, m.s. 6.
  3. Tiada kompromi dengan Perangsang sekalipun ia anak syarikat kerajaan negeri AgendaDaily.com
  4. Media Statement by Lim Kit Siang Dapmalaysia.org
  5. Is Samy Vellu really innocent? Aliran Monthly
  6. Maika: Bleeding Again Aliran Monthly
  7. A clarification 14 years later Aliran Monthly
  8. Vell Paari: Let me clean up Maika first - malaysiakini
  9. Vell Paari: Let me clean up Maika first bertarikh (27 November 2008)