Pasir Hor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasir Hor merupakan sebuah mukim di daerah Kota, Kota Bharu, Kelantan. Pasir Hor terletak dalam Parlimen P 020 Kota Bharu. Mukim-mukim lain di daerah Kota ialah Pintu Geng, Kota Jelasin, Padang Enggang, Kampung Sireh, dan Pasir Jelatang Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Pasir Hor
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Pasir Hor
Mohor rasmi Kampung Pasir Hor
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Kota Bharu
KampungKampung Pasir Hor
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
15200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Pasir Hor di Peta Google

Kampung Pasir Hor terletak bersempadan dengan Kampung Pasir Jelatan di sebelah Timur, Kampung Jaya di sebelah Selatan, Kampung Pasir Lada di sebelah Barat dan Kampung Lundang di sebelah Utara dengan dipisahkan oleh sebatang sungai Lundang di sebelah utara yang menghubungkan laut di sebelah Timur dengan Sungai Kelantan di sebelah Barat.

Tentang perihal maklumat tarikh serta tokoh yang bertangungjawab mengasaskan kampung ini masih tidak ada lagi maklumat detail mengenainya. akan tetapi, Kampong ini pernah didiami oleh seorang golongan bangsawan iaitu seorang pembesar Kelantan bergelar Paduka Raja. beliau adalah anakanda Tuan Lebar iaitu Raja Lundang ke II dan merupakan kekanda kepada pengasas Kampung Pasir Jelatang bernama Wan Ku Sulaiman gelar Dato Lela Perkasa Tua. Nama kepada Paduka Raja ini adalah Wan Ku Abdullah Bin Tuan Lebar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]