Kok Lanas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kok Lanas
كوك لانس
Subbandar & Bandar Satelit
NegaraMalaysia Malaysia
Negeri Kelantan
JajahanKota Bharu
DaerahKetereh
Mukim/PekanKok Lanas
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
16450
Kod kawasan09 788 xxxx

Kok Lanas (Tulisan Jawi: كوك لانس) merupakan sebuah mukim berstatus sebagai subbandar yang terletak di negeri Kelantan dalam daerah Ketereh di bawah jajahan Kota Bharu. Kawasan Kok Lanas ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan dibawah kelolaan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Kok Lanas merupakan salah satu antara bandar satelit di Kelantan, yang jaraknya sekitar 27KM dari bandaraya Kota Bharu[1]. Terdapat sebuah kem Tentera Darat ATM di sini iaitu Kem Desa Pahlawan. Tan Sri Abdullah Ahmad yang merupakan bekas setiausaha politik kepada Tun Abdul Razak berasal dari sini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, pada satu hari Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas. Tiba di satu tempat, buah lanas (nanas) tersebut telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh. Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut 'kok lanas'.[2]

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • N25 KOK LANAS - Datuk Md Alwi Che Ahmad (Barisan Nasional BN)

Mukim/Kampung[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Kok Lanas
  • Kampung Guntong
  • Kampung Kuali
  • Kampung Setek
  • Kampung Baloh
  • Kampung Sokor
  • Kampung Che Arus
  • Kampung Bukit Cina
  • Kampung Lubuk Besar
  • Kampung Batu Tinggi
  • Kampung Bukit Kerotok
  • Kampung Banggol Pauh
  • Kampung Banggol Saman
  • Kampung Jal
  • Kampung Jelutong
  • Kampung Banggol Chicha
  • Kampung Perah
  • Kampung Bukit Tegayong
  • Kampung Membatu
  • Kampung Bechah Hangus
  • Kampung Bechah Paku
  • Kampung Padang Palas
  • Kampung Durian Hijau

Kemudahan & Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Awal Kanak-Kanak[sunting | sunting sumber]

  • Kelas PKK PKM Kok Lanas

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Institusi Pengajian Tinggi[sunting | sunting sumber]

Bank[sunting | sunting sumber]

Agensi Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Ketereh
  • Balai Polis Kok Lanas
  • Pejabat RISDA Stesen Ketereh

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pusat Beli-belah[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Saidina Ali Kok Lanas
  • Pasaraya Econjaya
  • Pasaraya Salamku Xtra
  • Pasaraya Jelira
  • Dragon Hypermart Bukit Cina
  • Setia Rm2.00
  • Pasaraya WLS

Restoran[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Ayesha
  • Masjid Al Muhaimin, Mukim Kok Lanas
  • Masjid Ar Rahman, Mukim Mahang Barat 2
  • Masjid Ar Rahmah, Mukim Pangkal Kalong
  • Masjid Kem Desa Pahlawan
  • Masjid Jamek Mukim Batu Tinggi
  • Masjid Ar Rahim, Mukim Sokor
  • Masjid Tok Guru, Bukit Cina
  • Masjid Ar-Rahim, Taman Sri Kalong (dalam pembinaan)

Stesen minyak[sunting | sunting sumber]

  • Petronas Kok Lanas
  • Petron Kok Lanas

Pos & Kurier[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Distance between from Kota Bharu Kelantan Malaysia to Kok Lanas Ketereh Kelantan Malaysia is 17 Miles/27 Km. Diakses 25 Jun 2014.
  2. ^ Ali, A.A.[Abd Aziz]. Kok Lanas Village. (2014, Februari 15). Asal usul nama kok lanas adalah seperti berikut :Pada masa dulu semasa negeri kelate diperintah oleh kerajaan siam .Suatu hari satu rombongan raja siam dari kota baru nak gi kekuala kren dengan menaiki gajah ,masa itu mereka membawa bare dagangan [kemaskini status Facebook]. Didapati di https://www.facebook.com/groups/klvillage/permalink/10152248585018987/. Diakses 24 Jun 2014.
  3. ^ Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]