Pasukan Simpanan Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anggota FRU semasa dalam perbarisan.

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang boleh dikerah tanpa mengira waktu untuk bertindak secara tegas dan sistematik terhadap sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan ini ditubuhkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada 5 Disember, 1955. Bermula dengan 3 terup di awal penubuhannya, FRU telah menempa kejayaan mengatasi masalah ketenteraman awam seperti pemogokan, tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlaku di awal tahun 1950-an. Pada akhir tahun 1990-an, FRU juga memainkan peranan yang penting dalam menangani rusuhan yang tercetus akibat penangkapan Anwar Ibrahim.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Remaja Kadet Polis ini menggayakan peralatan FRU. Adakah remaja-remaja ini bakal menjadi pelapis kepada pasukan ini dimasa yang akan datang?

Peranan pasukan ini khusus untuk menyuraikan perhimpunan haram, penumpasan rusuhan dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan dengan keadaan Ketenteraman Awam. Unit ini adalah serba lengkap dan berkemampuan, bermobiliti tinggi dan menjadi Unit Simpanan Ketenteraman Awam. Apabila unit ini tidak terlibat dalam tugas-tugas Ketenteraman Awam, mereka boleh digunakan oleh Pegawai Memerintah dalam tugas membantu Ketua Polis Daerah, Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas yang merangkumi:-

  • Tugas mencegah jenayah seperti rondaan khas sebagai tambahan kepada rondaan Bit/Patrol di kawasan yang sering berlaku jenayah;
  • Bantuan keanggotaan semasa bencana (banjir, kebakaran, tanah runtuh, nahas udara dan lain-lain ) untuk menyelamatkan nyawa, memindahkan penduduk, mengepong kawasan dan mencegah rompakan;
  • Operasi polis secara besar-besaran seperti kepongan dan pemeriksaan, penapisan, rondaan intensif dan lain-lain
  • Tugas Kawalan Orang Ramai semasa lawatan orang kenamaan, sukan, perarakan, perhimpunan dan lain-lain.

Oleh sebab peranannya yang semakin penting, pasukan ini telah diperbesarkan kepada 7 unit, dengan jumlah keanggotaan pada 2003 seramai 2,481 orang. Setiap unit, mengandungi 3 terup. Di samping itu FRU juga mempunyai unit water canon, unit berkuda dan institusi latihan di Sungai Senam, Ipoh, Perak. Sejajar dengan keperluan semasa dan tuntutan undang-undang, serta bagi melicinkan perlaksanaan tugas, satu terup khas wanita telah diwujudkan dan terup ini berpengkalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Prestasi FRU ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini jelas apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon kepada PDRM bagi menempatkan pasukan pencegah rusuhan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste. Pasukan ini ditugaskan untuk mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Setiap pangkalan FRU mempunyai sayap ibupejabatnya sendiri dengan tiga terup (iaitu trup 'A', 'B' dan 'C'). Setiap trup terdiri dari dua seksyen Baton, iaitu seksyen senjata rifel/gas pemedih mata/grened, seksyen pengawal kenderaan, dan anggota lain seperti pemandu, pencatat buku harian, jurugambar, penterjemah, penembak tepat, pengendali semboyan dan mempunyai pasukan simpanannya yang sendiri.

Selain itu pasukan ini juga menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah bg membantu ketua polis daerah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.Di samping itu FRU telah menunjukkan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk mengarak Panji-Panji DiRaja ketika menjalankan tugas kawalan kehormatan.

Penugasan[sunting | sunting sumber]

Beberapa Terup PSP sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Jabatan KDN/KA hendaklah dikekalkan sebagai Simpanan KPN.Mereka tidak boleh ditugaskan kecuali dengan arahan atau dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah Jabatan KDN/KA.

Ibupejabat[sunting | sunting sumber]

Rusuhan 13 Mei menggambarkan bagaimana anggota FRU diaturgerakan ke kawasan operasi yang dikatakan berprofil tinggi dalam PDRM.

Setiap Unit FRU ditempatkan secara strategik dibeberapa kawasan bandar utama diseluruh Malaysia:-

Operasi yang diketahui[sunting | sunting sumber]

  • Peristiwa 13 Mei 1969 - Rusuhan perkauman yang mengorbankan seramai 196 orang, dan 149 orang cedera. Pasukan polis dan tentera (terdiri daripada Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja) berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.
  • Terlibat dalam operasi penangkapan Ibrahim Libya ketika insiden Memali di Baling, Kedah.
  • 1997 - Operasi mengawal rusuhan akibat penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Anwar Ibrahim.
  • 2007 - terlibat dalam operasi menangani rusuhan daripada kumpulan Hindu Right Action Force (HINDRAF) yang memprotes dasar ketidakdiskriminasi terhadap kerajaan. Para perusuh yang melibatkan kaum Hindu seramai 8, 000 orang berjaya disuraikan oleh polis dengan lima ahli kumpulan Hindraf ditahan dan dibicarakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]