VAT 69/UTK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
VAT 69&UTK
69logo.jpgUtklogo.JPG
Logo Pasukan Elit Komando 69&UTK.
Aktif 23 Oktober 1969 - VAT 69

Januari 1975 - UTK

Negara Malaysia
Cawangan Polis Diraja Malaysia
Jenis Pasukan Elit
Peranan Pencegah keganasan dalam negara dan penguatkuasa undang-undang
Keanggotaan Sulit
Sebahagian daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA
Markas/Ibu pejabat Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan
Ibu Pejabat Unit B PGK Briged Utara Ulu Kinta, Perak
Gelaran Task Force, 69 Komando , Charlie Force - 69, Special Project Unit, PGK B - VAT 69

PGK A - UTK

Cogan kata Warisan Darah Perwira - VAT 69
Tangkas Banteras Ganas - UTK
Perang/pertempuran Insurgensi Komunis,
Penumpasan Lanun,
Pencegahan Jenayah,
Militan Rizal Aleh (MNLF)
PARA Challenge (Bagi 69 Komando)


VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anggota 69 Komando semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.
Anggota 69 Komando bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di Kompleks CQB Cawangan Latihan 69 Komando Briged Utara.
Anggota 69 Komando Menggunakan Kereta Perisai untuk merempuh sekatan jalan yang dibuat oleh musuh dalam demonstrasi 69 Komando Pada Hari Penganugerahan Beret PGK.


69 Komando

69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969 di kawasan Perak. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri. 69 komando jugak sering dinamakan sebagai Unit Tindakan Khas Ulu Kinta semasa mereka masih memakai beret Merun Unit itu suatu masa dahulu. Kini 69 Komando lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas (PGK) dikalangan Pasukan Sahabat dalam PDRM.

Unit Tindak Khas

Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas PDRM. Unit ini ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Kemahiran unit ini dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

Penggabungan
Rencana utama: Pasukan Gerakan Khas

Pada 20 Oktober 1997, bermulanya detik-detik bersejarah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia apabila kedua-dua unit disatukan ke dalam satu unit baru dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas, dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Dr Mahathir bin Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. Dibawah tanggungjawab pengarah jabatan yang sama, pasukan ini menjalankan operasi-operasi khas sepertimana statusnya sebagai pasukan elit.

Lambang/maksud yang tersirat VAT 69/PGK Bravo[sunting | sunting sumber]

Salah seorang anggota CIW Komando 69 bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Motto
Warisan Darah Perwira
Hitam
Simbolik kepada penugasan 69 Komando dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
Merah
Melambangkan keberanian bagi Perwira - perwira 69 Komando
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
2 Bilah Kerambit
Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap

Latihan[sunting | sunting sumber]

Latihan asas 69 Komando terdiri daripada 3 fasa;

Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.


Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.
Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.

Payung Terjun[sunting | sunting sumber]

Pasukan payung terjun 69 Komando bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota 69 Komando dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).
Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara fakta, 69 Komando juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.
Selain itu Unit Tindakan Khas (UTK) juga turut mendapatkan sayap Payung Terjun PGK dan RGK dengan mengikuti kursus Asas Payung Terjun yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando (PGK).Setelah mendapat latihan dari PULPAK Sungai Udang Melaka.

Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan[sunting | sunting sumber]

Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih 69 Komando sendiri setelah mendapat latihan dan tunjuk ajar dari British Special Air Service (SAS). Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.

Selam Tempur/Combat Diving[sunting | sunting sumber]

Keanggotaan lain yang diterapkan dalam 69 Komando adalah selam tempur, semua pegawai dan anggota 69 Komando mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota 69 Komando berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.

Keputusan 69 Komando untuk menjadikan kemampuan cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota 69 Komando juga turut dihantar untuk mengikuti kursus di luar negara.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Pasukan 69 Komando dan Unit Tindak Khas dilengkapi dengan peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.

Senjata[sunting | sunting sumber]

Data Persenjataan Khas
Pistol Senapang Patah SMG/PDW Raifal/Karbin Penembak Tepat Mesingan Grened
Beretta M92F/S1 Remington M870 HK MP5A3 Colt M16A1 Acc-Int. PM M60E1 M79
Browning HP Mk.3 Remington M1100 HK MP5-K HK 331 HK G3/SG-1 HK 11A1 M203
Colt M1911A11 Winchester M12 HK MP5SD2 Steyr AUG A2 HK 33 Sniper1 Grened Kuasa Tinggi
Glock 19 Franchi SPAS 12 HK MP7 PDW HK 416 Sig SSG 2000 Grened Cahaya
HK P9S Franchi SPAS 15 HK G36C Remington 700 Grened Asap
Sig Sauer P226
Steyr M-9
Vektor SP1
Yavuz 16 Compact

1 Pistol Colt M1911A1 berkaliber .45 ACP buatan Amerika Syarikat pernah digunakan oleh para pegawai tentera British, askar Melayu dan pegawai polis Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Polis Diraja Malaysia) semasa Perang Dunia Kedua dan Darurat di Tanah Melayu. Manakala Beretta M92F/S digunakan oleh Komando 69,Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1970an semasa penugasan menentang pengganas komunis. Apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan sistem persenjataan terbaru yang terdiri daripada jenis Glock, Sig Sauer dan Steyr pada tahun 1980an, Beretta dan Colt telah dihentikan perkhidmatannya, tetapi hanya 1% pegawai dan anggota sahaja yang masih menggunakannya terutamanya dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Persenjataan, malahan Cawangan Battalion Perisikan 165 Angkatan Tentera Malaysia juga turut menggunakannya. Manakala raifal HK 33 dan HK G3 dihentikan perkhidmatannya pada tahun 1990 dan digantikan dengan raifal Colt M4A1, HK G36C, HK MSG 90 dan HK PSG-1 sebagai senjata utama.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

  • Alat Pandang Malam (Night Vision Goggle, NVG)
  • Pejera Laser
  • Pejera EO Tech
  • Ves Kalis Peluru

Misi dan operasi[sunting | sunting sumber]

Pasukan elit 69 Komando dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah.

  • Sebagai 'pasukan khas' yang menganggotai Pasukan Mencegah Keganasan bersama tiga unit elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah arahan no. 18 iaitu pengurusan dan pengendalian krisis, 69 Komando PGK merupakan responder keempat dan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan selepas Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) untuk menangani krisis dan keganasan yang kritikal.


  • 1969 - 69 Komando memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.


  • 19 November 1985 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas (UTK) bersama seluruh formasi PDRM dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) di Kampung Memali, Baling, Kedah yang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.


  • Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, Pasukan 69 Komando telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.


  • Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.


  • 2001 Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun. Apabila 69 Komando yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah dalam Operasi yang digelar OPS Rambo II, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.


  • 2005 - Lima pegawai dan 32 anggota dari Pasukan Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta telah diterbangkan ke Kukup bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yang telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam, Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Operasi ini juga melibatkan anggota dari Pasukan Khas Pasukan Gerakan Marin.


  • 29 Jun 1994 - Unit Tindak Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara, Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis ini berjaya ditembak mati.


  • 1 April 2009 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas bersama Cawangan Khas PDRM dalam operasi pada waktu Subuh melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari di Kampung Tawakal, Skudai, Johor yang menyebabkan beliau berjaya ditangkap bersama 2 orang kanannya, Abdul Matin dan Johar. Penangkapan pemimpin JI dan juga pengganas berbahaya Asia ini merupakan satu kejayaan besar PDRM dalam usaha membanteras keganasan.


  • 69 Komando juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bersama anngota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam seperti Kes Orang Hilang, Pesawat Terhempas dan Lemas. Antaranya ialah Misi Mencari dan Menyelamat pesawat helikopter milik Hornbill Skyways yang terhempas di Sarawak, insiden jambatan gantung runtuh di Perak dan pesawat Nuri yang terhempas yang telah mengorbankan anggota TUDM di Pahang.


  • 1 Mac 2013 Pegawai anggota 69 Komando terlibat dalam pertempuran di Lahad Datu yang mengorbankan 2 orang pegawai dan anggota 69 Komando akibat serangan hendap Askar Diraja Sultan Sulu pada 1 Mac 2013. 69 Komando berjaya membunuh 12 orang penceroboh dalam serangan hendap itu.


  • 2 Mac 2013 Pegawai dan anggota 69 komando yang baru tiba di tawau bagi menambah keanggotaan PDRM di Lahad Datu telah diterbangkan ke Semporna bagi menyelamatkan dan mengeluarkan pegawai serta anggota yang terperangkap dalam serang hendap di Kg Seri Jaya Siminul, Semporna. Dalam kejadian serang hendap tersebut 6 orang anggota polis telah terkorban.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]