Pengguna:Liger~mswiki/test

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liger~mswiki/test

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Asal Usul[sunting | sunting sumber]

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menerima pendidikan awal di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Malangnya pendidikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia ke II. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terus menyertai Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyertai Regimen Hyderabad ke 19. Perkhidmatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sebagai Kapten tentera membawa beliau ke Mesir, Syria, Palestine, Iran dan Iraq. Bermula tahun 1942 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun. Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Kemudiannya Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dihantar ke beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Allahyaraham Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Disamping penglibatannya dalam politik, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor. Walau bagaimanapun penglibatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya meninggalkan alam politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang anak.Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang DiPertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Walaupun Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas kebolehan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969.

Masa muda[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.







Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan oleh ayahandanya.

Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur.

Kebangkitan untuk berkuasa[sunting | sunting sumber]

Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. [1]

Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui dasar-dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masyarakat. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain pada waktu itu. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Hussein Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia juga diperbesar dan dipermodenkan kerana kekalahan Vietnam Selatan oleh pihak komunis yang menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara.

Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu, beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya, Mahathir bin Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.










Peranan dan Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'. Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.







Selepas persaraan[sunting | sunting sumber]

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein dengan Dr. Mahathir menjadi buruk, dan beliau menyokong 'Team B' bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Mahathir.

Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki serta empat anak perempuan. Isterinya Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah. Pada 30 Mac 2004, anak lelakinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.Kemudian selepas Permulaan pentadbiran Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Dato' Seri Hishamuddin dilantik pula sebagai Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya, anak perempuan sulungnya, Datin Roqiyah Hanim, meninggal di Kuala Lumpur pada 17 September 2005 sewaktu berumur 56, kerana menghidap penyakit barah payu dara.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang pemimpin. Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.










Garis masa[sunting | sunting sumber]

  • 1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
  • 1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
  • 1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
  • 1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.
  • 1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
  • 1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
  • 1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
  • 1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO
  • 1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertiggi UMNO) pada Jun.
  • 1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
  • 1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
  • 1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
  • 1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
  • 1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
  • 1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
  • 1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Perdana Menteri Malaysia
1976–1981
Penyandang Kemudian
Tun Abdul Razak Dato' Hussein Tun Dr. Mahathir Mohamad
Penyandang Terdahulu Presiden UMNO
14 Januari 197628 Jun 1981
Penyandang Kemudian
Tun Abdul Razak Dato' Hussein Tun Dr. Mahathir Mohamad