12 Februari
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Februari 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | |||
| MMXII | ||||||
12 Februari merupakan hari ke-43 dalam kalendar Gregory. Tinggal 322 hari (atau 323 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Darwin dan Hari Tangan Merah.
[sunting] Peristiwa
- 1429 - Perang Seratus Tahun: Angkatan Inggeris di bawah John Fastolf berjaya mempertahankan konvoi bekalan tentera mereka daripada serangan Perancis.
- 1502 - Penjelajah Portugis Vasco da Gama mula berlayar dari Lisbon, dalam pelayaran keduanya ke India dengan tujuan memperkukuh kepentingan Portugal di Timur Jauh.
- 1541 - Kota Santiago di Chile diasaskan oleh Pedro de Valdivia.
- 1689 - Parlimen Konvensyen bersidang untuk memastikan sama ada Raja England Katolik terakhir, James II telah mengosongkan takhta dengan melarikan diri ke Perancis pada 1688.
- 1733 - Hari Georgia: James Oglethorpe mendirikan bandar Savannah dan Wilayah Georgia, satu koloni jajahan untuk penempatan semula orang-orang penjara penghutang di United Kingdom.
- 1771 - Gustav III menjadi Raja Sweden.
- 1818 - Di bawah pimpinan Jeneral Bernardo O'Higgins, Chile secara rasminya mengisytiharkan kemerdekaannya dari Sepanyol.
- 1912 - Revolusi Xinhai: Maharaja China terakhir, Maharaja Xuantong (gambar) turun dari takhta di bawah satu urus janji yang dibroker oleh Yuan Shikai, secara rasminya menamatkan Dinasti Qing dan menggantikannya dengan suatu republik.
- 1912 - Republik China yang baru diasaskan memakai takwim Gregory.
- 1961 - Kesatuan Soviet melancarkan Venera 1 ke planet Zuhrah.
- 1997 - Hwang Jang-yop, setiausaha di Parti Buruh Korea dan seorang jurubina utama doktrin Juche Korea Utara, lari ke kedutaan Korea Selatan di Beijing bersama pembantunya, Kim Dok-hong.
- 1999 - Presiden Bill Clinton didapati tidak bersalah oleh Senat Amerika Syarikat di perbicaraan pencabarannya.
- 2001 - Kuar NASA NEAR Shoemaker mendarat di Eros, menjadikannya kapal angkasa lepas pertama mendarat di atas asteroid.
- 2002 - Perbicaraan bekas Presiden Republik Persekutuan Yugoslavia Slobodan Milošević bermula di tribunal perang jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Den Haag. Beliau meninggal dunia empat tahun kemudian tanpa sempat mendengar keputusannya.
- 2010 - Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||