Parti Kemerdekaan Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Parti Kemerdekaan Malaya (Bahasa Inggeris: Independence of Malaya Party, IMP) ialah sebuah parti politik di Malaya British yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu.

Parti ini ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar setelah beliau menyatakan hasrat membuka keahlian UMNO kepada kaum lain. Hal ini menyebabkan tentangan daripada ahli UMNO dan beliau terpaksa keluar UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada 1951. Beliau bagaimanapun membubarkan parti ini pada 1953 selepas tidak berapa mendapat sambutan dan menubuhkan Parti Negara.