Perkhidmatan bas RapidKL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perkhidmatan Bas Rapid KL)
Lompat ke: pandu arah, cari
Hab LRT/bas bersepadu di Stesen Maluri.

RapidKL merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali RapidKL, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006. Bas-bas RapidKL terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan operasinya ke RapidKL tahun berikutnya.

Isi kandungan

[sunting] Pembaharuan Perkhidmatan Bas

Pada Januari 2006, RapidKL memulakan pembaharuan menyeluruh bagi laluan-laluan bas bekas Intrakota dan Cityliner yang diwarisi RapidKL. Sewaktu RapidKL mengambil alih pengendalian bas daripada kedua-dua syarikat tersebut pada Oktober 2003, terdapat 98 laluan stage bus dan 39 laluan feeder bus.

Pembaharuan tersebut melibatkan melakar semula kesemua laluannya dan mengaturkannya semula berdasarkan konsep "hub and spoke". Empat jenis perkhidmatan dihasilkan, iaitu laluan Ekspres, Bandar, Utama dan Tempatan.

Perkhidmatan laluan Ekspres beroperasi dari suatu tempat ke suatu tempat tanpa atau dengan sedikit hentian di tengah laluan. Perkhidmatan bandar beroperasi dalam pusat niaga Kuala Lumpur yang menghubungkan lima hab utama bandar. Bas laluan utama melalui perjalanan dari hab-hab ini ke hab-hab subbandar atau setempat di luar pusat bandaraya dan cuma berhenti di hentian bas tertentu di sepanjang perjalanan. Perkhidmatan tempatan pula beroperasi dari hab subbandar/setempat ke kawasan perumahan.

Bas tempatan mengambil penumpang dari pelbagai kawasan perumahan dan membawa mereka ke hab subbandar/setempat. Perkhidmatan utama seterusnya membawa mereka ke hab bandar di mana perkhidmatan bandar akan menamatkan perjalanan mereka di destinasi mereka. Ini akan diulang dalam perjalanan balik ke arah yang lain.

Menurut RapidKL, terdapat 3 laluan ekspres, 15 laluan pengantara bandar, 19 laluan utama dan 140 laluan tempatan secara keseluruhannya. Pada September 2006, RapidKL mengendali 849 buah bas yang berkhidmat di laluan-laluan tersebut.

RapidKL juga membahagikan Lembah Kelang kepada enam kawasan dan sistem penomboran bas banyak menuruti nombor zon masing-masing.

Pembaharuan ini menerima reaksi bercampur-campur dari para pengguna.

[sunting] Menggunakan Bas RapidKL

Terdapat empat jenis perkhidmatan bas yang disediakan (diikuti istilah bahasa Inggeris dan tanda warnanya), iaitu:

  • Perkhidmatan bandar (City Shuttle, merah)
  • Perkhidmatan utama (Trunk Routes, biru)
  • Perkhidmatan tempatan (Local Shuttle, hijau)
  • Perkhidmatan ekspres (Express Route, jingga)

Rangkaian bas dibahagi kepada enam kawasan (diikuti dengan tarikh pelancaran):

Mulai 21 April 2007, seiring dengan satu langkah peningkatan mutu perkhidmatan bas, kini nombor-nombor laluan disertakan satu huruf antara berikut yang menandakan jenis laluan:

  • B:Bandar (cth: B101)
  • U:Utama (cth: U1)
  • T:Tempatan (disusuli angka kawasan, cth: T201 berkhidmat di Kawasan Dua)
  • E:Ekspres (cth: E1)

Sesetengah penumpang RapidKL perlu menaiki lebih daripada satu bas untuk melengkapkan perjalanan. Beberapa perhentian bas disediakan berdekatan dengan stesen LRT sebagai ciri-ciri utama kemudahan integrasi RapidKL.

[sunting] Tambang

Mulai 1 September 2009, pas harian yang digunakan sejak Janurai 2006 dimansuhkan, oleh itu hanya tiket sehala akan dijual di semua bas. Tambang konsesi dikenakan kepada pelajar sekolah kerajaan yang berpakaian seragam, golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan warga emas yang memiliki Kad Warga Emas RapidKL.

Tambang bas perjalanan sehala rapidKL mulai 1 September 2009 [1]
Jenis Pas Dewasa Konsesi
Bas Bandar RM 1.00 RM 0.50|
Bas Tempatan RM 1.00 RM 0.50|
Bas Ekspres RM 3.80 RM 1.90|
Tambang bas perjalanan sehala Utama rapidKL mulai 1 September 2009[1]
Dewasa Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 ke atas
Zon 1 RM 1.00 RM 1.90 RM 2.50 RM 3.00
Zon 2 RM 1.90 RM 1.00 RM 1.90 RM 2.50
Zon 3 RM 2.50 RM 1.90 RM 1.00 RM 1.90
Zon 4 ke atas RM 3.00 RM 2.50 RM 1.90 RM 1.00
Konsesi Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 ke atas
Zon 1 RM 0.50 RM 0.90 RM 1.20 RM 1.50
Zon 2 RM 0.90 RM 0.50 RM 0.90 RM 1.20
Zon 3 RM 1.20 RM 0.90 RM 0.50 RM 0.90
Zon 4 ke atas RM 1.50 RM 1.20 RM 0.90 RM 0.50

Kad perjalanan bulanan atau rapidpass juga boleh dibeli di semua stesen tren dan terminal bas pada 24 hingga 7 hari bulan setiap bulan.

Tambang Bulanan Tanpa Had rapidKL[1]
Jenis Pas Tambang Catatan
rapidpass Integrasi RM 150.00 Sah di semua laluan bas BANDAR, UTAMA, TEMPATAN & EKSPRES dan juga rapidKL Laluan Kelana Jaya,Laluan Ampang, dan KL Monorail.
rapidpass Integrasi LRT RM 100.00 Sah di laluan-laluan Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang, dan KL Monorail sahaja.
rapidpass Semua RM 100.00 Sah di laluan-laluan bas BANDAR, UTAMA & TEMPATAN sahaja.
rapidpass Bas Konsesi RM 50.00 Sah di laluan-laluan bas BANDAR, UTAMA & TEMPATAN serta pemegang konsesi sahaja.
rapidpass Bas Tempatan RM 40.00 Sah di laluan-laluan bas TEMPATAN sahaja.

Isteri/suami dan sejumlah empat orang anak bawah umur 15 tahun boleh mengiringi pemegang pas secara percuma pada hujung minggu dan cuti umum.

[sunting] Penjadualan

Meskipun tiada jadual kehadiran bas yang tetap, namun terdapat maklumat kekerapan (headway) dan waktu operasi. Kekerapan bas adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan bandar: 10–20 minit
  • Perkhidmatan utama: 15–30 minit
  • Perkhidmatan tempatan: 15–30 minit
  • Perkhidmatan ekspres: 30–60 minit

Terdapat perjalanan berjadual yang tidak tertakluk kepada kekerapan tersebut. Maklumat lanjut mengenai kekerapan bas boleh diperoleh di laman web RapidKL.

[sunting] Laluan bas

Berikut ialah senarai penuh laluan bas RapidKL mulai 16 November 2009.

Untuk butiran laluan, sila layari laman web RapidKL.

[sunting] Kawasan 1

Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (Daerah Perniagaan Pusat)
Nombor
Laluan
Mulai Melalui Hingga Catatan
B103 Titiwangsa Hospital Pusrawi - Jalan Raja Muda Abdul Aziz - Jalan Tun Razak - Ampang LRT - Jalan Sultan Ismail Bukit Bintang melalui KLCC
B112 KL Sentral Pasar Seni - Tung Shin Hospital - Pudu LRT - Jalan Loke Yew - Hang Tuah LRT - SMK Cochrane Perkasa - Jusco Taman Maluri Maluri LRT
B114 Maluri LRT Stadium Badminton Kuala Lumpur - Jusco Taman Maluri - Jalan Tun Razak - KLCC LRT - Ampang Park LRT - Jalan Yap Kwan Seng - Jalan Tun Razak - Menara TH Selborn - Institut Jantung Negara (IJN) - Perpustakaan Negara Titiwangsa
B115 Pasar Seni Jalan Tun Tan Cheng Lock - Kota Raya - Jalan Tun Perak - Masjid Jamek LRT - Jalan Sultan Salahuddin - Jalan Duta - Duta Vista Condominium - Jalan Khidmat Usaha - Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kompleks Kerajaan Jalan Duta (Isnin hingga Jumaat sahaja)

[sunting] Kawasan 2

Selayang, Kepong dan Gombak[2]
Nombor
Laluan
Mulai Hingga Catatan
U1 Pinggiran Batu Caves Pasar Seni
U2 Taman Greenwood Pasar Seni
U2A Pinggiran Batu Caves Pasar Seni
U3 Bandar Baru Selayang Medan Pasar
U4 Desa Aman Puri Medan Pasar
U5 Taman Melati LRT Lebuh Ampang
U6 Taman Jasa Utama Medan Pasar melalui Taman Batu Muda
U7 Segambut Dalam Bangkok Bank
U8 Damansara Damai Medan Pasar
U10 Pinggiran Batu Caves Pasar Seni melalui Taman Batu Muda
U11 Taman Sri Sinar Bangkok Bank melalui Medan Pasar
U12 Universiti Islam Antarabangsa Lebuh Ampang UIA Gombak
U13 Taman Ehsan Medan Pasar
U14 Taman Sri Segambut Bangkok Bank
U201 Batu 12,Gombak Chow Kit melalui Bandar Baru Sentul
U209 Taman Selayang Jaya Medan Pasar
U222 Jinjang Utara Medan Pasar
U224 Bandar Dato' Senu Pasar Seni
T203 Terminal PUTRA LRT Pinggiran Batu Caves
T204 Kampung Nakhoda Taman Greenwood
T205 Taman Melati LRT Danau Kota
T223 Taman Dato Senu Titiwangsa
T225 Kompleks Sungai Mas Taman Mastiara
T226 Taman Melati LRT Taman Melewar
T229 Jusco Metro Prima Warta Lama
T231 Terminal PUTRA LRT Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

[sunting] Kawasan 3

Setapak, Wangsa Maju dan Ampang[3]
Nombor
Laluan
Mulai Hingga Catatan
BET7 Sri Nilam Lebuh Ampang melalui AKLEH
U20 Taman Melawati Titiwangsa melalui Jalan Genting Klang
U21 AU3 Keramat/Ukay Perdana Chow Kit melalui KLCC LRT
U22 Sri Nilam Apartment Lebuh Ampang melalui Bandar Baru Ampang
U23 Taman Melawati Lebuh Ampang melalui Jalan Enggang
U24 Section 2 Wangsa Maju Bukit Bintang KL monorail melalui Kotaraya
U25 Wangsa Walk Mall/ Section 10 Wangsa Maju Lebuh Ampang melalui Sri Rampai LRT
U26 Taman Bukit Indah Lebuh Ampang melalui Ampang Jaya
U27 Sri Nilam Apartment Bukit Bintang KL Monorail melalui Jalan Cheras
U28 Taman Mulia Jaya Lebuh Ampang melalui Kampung Lembah Jaya
U29 Taman Mulia Jaya Lebuh Ampang melalui Kampung Baru Ampang
U30 Pandan Mewah Lebuh Ampang melalui Pangsapuri Sri Nilam
U31 Pandan Indah Bukit Bintang KL Monorail
U32 Taman Dagang Bukit Bintang KL Monorail melalui Kampung Pandan
U33 Ayer Panas Lebuh Ampang melalui Kampung Baru
U34 Wangsa Maju LRT Ampang Point
U35 Pandan Indah Kotaraya melalui Bukit Bintang KL Monorail
U36 Taman Dagang Chow Kit melalui Kotaraya
U332 Lembah Jaya Utara Lebuh Ampang melalui KLCC LRT
T301 Taman Permata Wangsa Maju LRT
T302 Section 10,Wangsa Maju Wangsa Maju LRT
T304 Taman Melawati Wangsa Maju LRT
T305 Ukay Perdana Wangsa Maju LRT
T307 Ampang Point Dato' Keramat LRT
T309 AU3 Jentayu Setiawangsa LRT
T312 Jalan Genting Kelang Wangsa Maju LRT
T320 Ampang Point Ampang LRT melalui Taman Bukit Indah
T323 Pangsapuri Sri Nilam Cempaka LRT melalui Taman Mawar
T324 Taman Bukit Peramai Cempaka LRT melalui Pandan Indah
T326 Pandan Indah Maluri LRT
T327 Taman Shamelin Perkasa Maluri LRT
T328 Ampang Point Pandan Indah LRT
T329 Taman Dagang Maluri LRT
T330 Desa Pandan Dato' Keramat LRT

[sunting] Kawasan 4

Cheras, Kajang, Sungai Besi dan Putrajaya[4]
Nombor
Laluan
Mulai Hingga Catatan
BET2 Bandar Sungai Long Pasar Seni melalui Lebuhraya Cheras-Kajang Grand Saga
BET8 Semenyih Sentral Pasar Seni
E1 Pasar Seni Putrajaya Sentral
U40 Terminal Bas Kajang Pasar Seni
U41 Bdr Sg Long Pasar Seni
U42 Putrajaya Sentral Serdang KTM Komuter
U43 Putrajaya Sentral Bandar Utama
U44 Bandar Sri Permaisuri Bukit Bintang KL Monorail
U45 Bandar Tun Razak Bukit Bintang KL Monorail
U46 Bdr Damai Perdana Bukit Bintang KL Monorail
U47 Taman Awana/ Taman Segar Bukit Bintang KL Monorail
U48 Desa Petaling Bukit Bintang KL Monorail
U49 Damai Perdana Pasar Seni
U410 Taman Megah/ Tmn Tun Perak Bukit Bintang KL Monorail
U411 Cheras Perdana/Taman Impian Ehsan Kotaraya
U415 Beranang Prima Saujana
U416 UPM Serdang / Taman Seri Serdang Serdang KTM Komuter
U423 TUDM Sungai Besi Pasar Seni
U429 Putrajaya Sentral Terminal Pengangkutan Cyberjaya (CTT)
U432 Putra Permai Kotaraya
T405 Taman Cuepacs Stesen Bandar Tasik Selatan
T408 Taman Segar Bus Hub Stesen Bandar Tasik Selatan
T410 Bandar Tun Hussein Onn Batu 10
T417 Balakong Jaya Serdang KTM Komuter
T418 Sri Petaling Technology Park Malaysia
T421 Taman Gembira Stesen Bandar Tasik Selatan
T422 Bukit Jalil LRT Stesen Bandar Tasik Selatan
T424 Desa Tasik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM
T430 Kajang Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
T431 Kajang MARA Polytech
T433 Salak Selatan LRT Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) melalui Bandar Sri Permaisuri
Pasar Seni merujuk kepada Terminal Jalan Sultan Mohamad

[sunting] Kawasan 5

Klang, Shah Alam Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Jalan Klang Lama dan Puchong[5]
Nombor
Laluan
Mulai Hingga Catatan
BET3 Subang Mewah, USJ 8 Pasar Seni
BET4 Taman Sri Muda, Shah Alam Pasar Seni
U91 Klang Kotaraya
U60 Puchong Utama Pasar Seni
U62 Klang Sunway Pyramid
U63 USJ 8 Subang Jaya / Subang Mewah Pasar Seni melalui The Summit Subang USJ
U64 Taman Sri Muda, Shah Alam Pasar Seni
U65 Taman Alam Megah, Shah Alam / Putra Height Pasar Seni melalui Section 20 Shah Alam
U66 Taman Medan Pasar Seni melalui Petaling Jaya
U67 USJ 8 Subang Jaya Pasar Seni melalui Subang Parade (dekat Subang Jaya KTM Komuter)
U68 Taman Sri Manja / Taman Sri Sentosa Pasar Seni
U69 Putra Perdana Pasar Seni melalui Batu 14 Puchong
U70 Taman Puchong Prima Pasar Seni
U71 Sri Petaling LRT Pasar Seni melalui Taman Gembira
U72 Taman Desa Pasar Seni
U73 Taman Overseas Union (OUG) Pasar Seni
U74 Pantai Hill Park Pasar Seni
U75 Petaling Jaya Old Town Pasar Seni melalui Pantai Dalam
U75A Pantai Dalam KTM Komuter Pasar Seni
U76 KL Sentral Subang Parade (dekat Subang Jaya KTM Komuter) melalui Jalan Klang Lama
T504 Batu 3 Jalan Klang Lama OG Heights
T505 Taman Jaya LRT Taman Bukit Kuchai melalui Taman Sri Sentosa
T506 TESCO Puchong Bintang Kinrara
T507 TESCO Puchong Bandar Kinrara
T508 IOI Mall Taman Wawasan Puchong
T509 IOI Mall Puchong Utama
T510 Puchong Utama Taman Puchong Prima
T511 IOI Mall Puchong Prima
T513 Puchong Utama Saujana Puchong
T515 Puchong Utama Pulau Meranti
T523 USJ 8 Subang Jaya Subang Parade (dekat Subang Jaya KTM Komuter)
T526 Seksyen 15 Shah Alam Taman Alam Megah
T527 Tesco Shah Alam Subang Mas
T528 Hentian Bandar Shah Alam Taman Sri Muda melalui Section 20 Shah Alam
T529 Hentian Bandar Shah Alam Shah Alam KTM Komuter
T530 Taman Sri Muda, Shah Alam Kota Kemuning

[sunting] Kawasan 6

Shah Alam Utara, Subang, Damansara, Petaling Jaya Utara, Bangsar dan Kota Damansara[6]
Nombor
Laluan
Mulai Hingga Catatan
BET1 Kota Damansara Pasar Seni melalui Penchala Link
U80 UiTM Section 2 Shah Alam Pasar Seni
U81 Mah Sing Pasar Seni melalui Subang Baru
U82 KL Sentral Bandar Utama melalui Pusat Bandar Damansara
U83 KL Sentral Kompleks Kerajaan Jalan Duta melalui Pusat Bandar Damansara (Isnin hingga Jumaat sahaja)
U84 Kelana Jaya, SS 6 & 7 Petaling Jaya Pasar Seni
U85 Taman Paramount LRT Pasar Seni melalui SEA Park, SS 2 Petaling Jaya
U86 Bandar Utama Jusco Metro Prima melalui Bandar Sri Damansara
U87 Bangsar Park Pasar Seni melalui Mid Valley Megamall
U88 Seksyen 8 Kota Damansara Pasar Seni melalui Taman SEA, SS 2 Petaling Jaya /Mid Valley Megamall
U89 Kelana Jaya LRT Seksyen 6 Kota Damansara melalui Damansara Utama
U90 UiTM Puncak Alam Hentian Bandar Shah Alam
U601 Hentian Bandar Shah Alam Jalan Batu Tiga Lama, Klang
U605 Hentian Bandar Shah Alam Puncak Perdana
U618 Titiwangsa Kompleks Kerajaan Jalan Duta / Kuarters Kiaramas (Isnin hingga Jumaat sahaja)
U623 Kelana Jaya LRT Sunway Pyramid - Subang Parade (dekat Subang Jaya KTM Komuter)
T600 UiTM Puncak Alam Bandar Puncak Alam
T602 Hentian Bandar Shah Alam Seksyen 4,6,8,9 Shah Alam
T603 UiTM Section 2 Shah Alam (main campus) Kolej Meranti & Kolej Jati
T604 UiTM Section 2 Shah Alam Seksyen 7 Shah Alam
T607 Kelana Jaya LRT Lembah Subang / Ara Damansara
T608 Subang Perdana Bukit Subang
T610 Subang Perdana Subang Bistari / Taman Perindustrian Mah Sing
T622 Kelana Jaya LRT Taman Mayang Mas
T624 Kelana Jaya LRT SS 7 Kelana Jaya / Stadium MBPJ
T625 Taman Bahagia LRT SS 3,4,5,6 Kelana Jaya
T626 Taman Bahagia LRT Damansara Jaya - Damansara Utama - SS 2 Petaling Jaya
T627 Taman Paramount LRT Sungai Way & Kampung Tunku, Petaling Jaya
T628 Asia Jaya LRT Section 14 & 17 Petaling Jaya
T629 Asia Jaya LRT Phileo Damansara I & II - Hospital Universiti
T631 Universiti LRT Mid Valley Megamall
T632 Bukit Angkasa Universiti LRT
T633 Kerinchi LRT Pantai Hill Park
T634 Bangsar LRT Pusat Bandar Damansara melalui Jalan Maarof
T635 Universiti LRT Universiti Islam Antarabangsa melalui Hospital Universiti

[sunting] RapidBET

BET ialah sistem yang mana bas menggunakan lebuh raya yang kurang sesak untuk menghubungkan pusat bandaraya dengan kawasan jauh yang sangat ramai penduduk. Perkhidmatan ini hanya berhenti di hentian-hentian yang tertentu dan bergantung pada bas penyuap dan kemudahan park-n-ride demi penumpang yang mencukupi. Perkhidmatan RapidBET hanya disediakan pada waktu kemuncak pagi dan petang hari bekerja sahaja.

Laluan-laluannya adalah seperti berikut:

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain