Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Perak ke-XXXV
Perak Darul Ridzuan
Pemerintahan 29 Mei 2014 – kini
Pendahulu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Raja Muda Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa
Pasangan Tuanku Zara Salim Davidson (k. 2007)
Anakanda
YM Raja Azlan Muzzaffar Shah
YM Raja Nazira Safya
Nama penuh
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah
Kediaman Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
Ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Al-Ghafarullahu-lah
Bonda Tuanku Permaisuri Siti Bainun binti Mohd Ali
Keputeraan 27 November 1956 (57 tahun)
Pulau Pinang, Malaysia
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah atau Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (diputerakan 27 November 1956 di Pulau Pinang) ialah Sultan Perak ke-35 yang baharu dilantik setelah kemangkatan ayahanda baginda pada 28 Mei 2014. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Kehidupan Akedamik[sunting | sunting sumber]

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Sultan Perak
2014-kini
Diikuti oleh:
masih menjawat