Istana Negara, Jalan Duta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana Negara
Kuala Lumpur Malaysia-Istana Negara-Jalan-Duta-01.jpg
Bangunan
Jenis Istana
Gaya seni bina Seni bina Islam, Melayu
Lokasi Jalan Duta, Kuala Lumpur
Negara  Malaysia
Penyewa kini Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong
Pembinaan
Dimulakan November 2007
Disiapkan September 2011
Kos RM 800 juta
Lokasi
[[Imej: Malaysia|260pxpx|alt=Peta menunjukkan lokasi Istana Negara|]]

Istana Negara, Jalan Duta ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.

Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama bersemayam istana ini pada 15 November 2011 manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 diadakan buat kali pertama.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iatu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan. Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu-Tetamu Diraja.

Pintu 3 pula yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.[1]

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Malaysian National Palace Main Gate (6758948437).jpg

Kerajaan Malaysia telah mencadangkan pembinaan Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta. Istana baru ini bertujuan untuk menggantikan Istana Negara yang lama yang telah digunakan sejak 1928. Ini adalah kali pertama kerajaan Malaysia membina sendiri istana Yang di-Pertuan Agong memandangkan istana yang terdahulu adalah dibeli dari seorang jutawan China.

Kompleks Istana Negara Baru ini dibangunkan di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagikan kepada empat sayap dan termasuk kawasan meletakkan kenderaan. Ia merangkumi pembinaan Bangunan Utama Istana Negara serta bangunan-bangunan dan kemudahan sokongan yang lain dengan keluasan lantai kasar keseluruhan sebanyak 90,082 meter persegi. Turut dilaksanakan bagi melengkapkan keperluan Kompleks ini ialah pembinaan jalan masuk bertingkat Jalan Duta ke Pintu 1 Istana Negara dan naiktaraf Jalan Changkat Semantan ke Pintu 2 Istana Negara yang diuruskan oleh Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR. Projek ini telah mula dibina pada akhir November 2007 dan siap sepenuhnya pada akhir September 2011. Kompleks ini juga merangkumi bangunan istana, perumahan untuk pekerja istana, pejabat polis dan sekuriti, kem tentera mini dan gerbang masuk dua tingkat dari Jalan Duta. [2]

Istana ini menelan belanja sebanyak RM812 juta dengan Maya Maju Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama yang dilantik dengan kontrak bernilai RM650 juta, manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju ke gerbang masuk istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn. Bhd. pada nilai RM130 juta.

Dengan senibina yang melambangkan Islam dan Melayu, tatarias lampu, pemalapan dan pencahayaan luar dan dalam istana adalah berbeza. Rekaan ini bertujuan untuk mencipta suasana yang tersendiri di samping menjimatkan tenaga. Sistem ini akan dipusatkan dan dikawal oleh 10 butang kawalan di lokasi yang berbeza.

Majlis Penyerahan Istana Negara[sunting | sunting sumber]

Majlis Penyerahan Istana Negara Baru Jalan Duta, Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan Serbaguna DiRaja di antara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pihak Pengurusan Istana Negara pada 18 Oktober 2011.

Aturcara penyerahan bangunan disempurnakan dengan sesi menandatangani penyerahan dan penerimaan Sijil Penyerahan Bangunan di antara Y.Bhg. Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,Y.Bhg. Datuk Othman Bin Haji Mahmood dari Jabatan Perdana Menteri dengan Y.M Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Y.M Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil yang mewakili pihak Pengurusan Istana Negara. Majlis yang diadakan secara sederhana ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan daripada Jabatan Perdana Menteri dan Istana Negara.[3]

Perpindahan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November 2011, Yang di-Pertuan Agong secara rasminya berpindah dari Istana Negara, Jalan Istana ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta. Perpindahan tersebut dilakukan dengan simbolik perpindahan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong. Upacara menurunkan bendera peribadi baginda di Istana Negara, Jalan Istana dilakukan pada jam 9 pagi manakala upacara menaikkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di kompleks Istana Negara baru disempurnakan tepat jam 10.25 pagi.

Acara berlangsung di dataran Istana Negara, menandakan pemindahan secara rasminya. Upacara bermula dengan perbarisan 52 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja serta 12 Skuadron Istiadat Berkuda diiringi tiupan fajar. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Hussein Tengku Abdul Jalil kemudiannya menyerahkan bendera kepada Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Mejar Mohd Kadri Abu Bakar. Bendera Yang di-Pertuan Agong dinaikkan dengan diapit dua bendera Jalur Gemilang serta 14 bendera negeri-negeri. Kaedah menaikkan bendera pada tiang berketinggian 30 meter dilakukan secara automatik, berbeza di Istana Negara lama, yang dinaikkan secara manual.

Upacara diakhiri dengan bacaan doa.[4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Semasa di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng menyatakan kos pembinaan melonjak dari RM400 juta (2006) kepada RM811 juta (2010). Tiga syarikat dipilih melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka. Tujuannya kerana pertimbangan keselamatan dan laluan alternatif.[5]Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan krebiliti kontraktor yang membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun 2009 selepas setahun digunakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]