Ronaldo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ronaldo Luís Nazário de Lima)
Ronaldo
Ronaldo pada tahun 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Ronaldo Luís Nazário de Lima
Tarikh lahir (1976-09-18) 18 September 1976 (umur 47)
Tempat lahir Rio de Janeiro, Brazil
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan [Penyerang (bola sepak)
Kerjaya remaja
1990–1993 São Cristóvão[1]
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993–1994 Cruzeiro 14 (12)
1994–1996 SLG 46 (42)
1996–1997 Barcelona 37 (34)
1997–2002 Inter Milan 99 (59)
2002–2007 Real Madrid 177 (104)
2007–2008 Milan 20 (9)
2009–2011 Corinthians 31 (18)
Jumlah 343 (247)
Pasukan kebangsaan
1993 Brazil B17 7 (5)
1996 Brazil B23 8 (6)
1994–2011 Brazil 98 (62)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ronaldo Luís Nazário de Lima (lahir pada 18 September 1976) atau dikenali sebagai Ronaldo merupakan seorang bekas pemain dan lagenda bola sepak Brazil yang bermain di posisi penyerang. Beliau juga adalah seorang pemilik dan presiden untuk kelab La Liga, Real Valladolid dan Trw Fc. Beliau secara meluas dianggap sebagai salah satu pemain terhebat sepanjang masa dan telah menjadi pengaruh bagi generasi penyerang yang mengikuti. Ronaldo juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali, dan memenangi dua anugerah Ballon d'Or.

Ronaldo memulakan kariernya di Cruzeiro dan berpindah ke PSV pada tahun 1994. Beliau menyertai Barcelona pada tahun 1996 dengan bayaran pindahan rekod dunia pada ketika itu. Pada usia 20 tahun, beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 1996 dan sekaligus menjadikannya penerima termuda penghargaan. Pada tahun 1997, Inter Milan memecahkan yuran rekod dunia untuk menandatangani Ronaldo dengan menjadikannya pemain kedua termahal, setelah Diego Maradona memecahkan rekod perpindahan dunia sebanyak dua kali. Pada usia 21 tahun, beliau menerima anugerah Ballon d'Or 1997 dan tetap menjadi penerima termuda bagi anugerah tersebut. Pada usia 23 tahun, Ronaldo telah menjaringkan lebih dari 200 jaringan gol untuk kelab dan negara. Namun, setelah beberapa kali mengalami kecederaan lutut dan pemulihan, beliau tidak aktif selama hampir tiga tahun. Ronaldo menyertai Real Madrid pada tahun 2002 dan memenangi gelaran kempen La Liga musim 2002–03. Ronaldo juga pernah bermain di A.C. Milan dan Corinthians sebelum bersara pada tahun 2011 kerana mengalami kecederaan lebih lanjut.

Ronaldo bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sebanyak 98 perlawanan dan secara keseluruhan menjaringkan 62 gol. Beliau merupakan pencetak gol kedua tertinggi untuk pasukan kebangsaan Brazil dengan Pelé berada di kedudukan pertama sebagai penjaring terbanyak. Pada usia 17 tahun, beliau adalah anggota termuda skuad Brazil yang memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA 1994. Pada Piala Dunia FIFA 1998, Ronaldo menerima anugerah Bola Emas sebagai pemain kejohanan tersebut dengan membantu Brazil mara ke perlawanan akhir, di mana beliau mengalami kejang beberapa jam sebelum memulakan perlawanan. Ronaldo telah memenangi Piala Dunia FIFA 2002 dengan membintangi tiga barisan depan bersama Ronaldinho dan Rivaldo. Ronaldo menjaringkan dua gol di perlawanan akhir dan sekaligus menerima anugerah Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan. Pada Piala Dunia FIFA 2006, Ronaldo menjaringkan gol ke-15 dalam kejohanan Piala Dunia FIFA sebagai rekod kejohanan pada ketika itu. Beliau juga menjulang piala Copa América 1997, di mana beliau menjadi pemain terbaik kejohanan, serta menjuarai piala Copa América 1999 sebagai pencetak gol terbanyak.

Ronaldo merupakan salah satu ahli sukan yang paling laris di dunia semasa kariernya bermain dengan merasmikan kasut Nike Mercurial pertamanya - R9 - pada tahun 1998. Beliau dinamakan dalam senarai FIFA 100 sebagai pemain hidup terhebat yang disusun pada tahun 2004 oleh Pelé. Beliau dimasukkan ke dalam Dewan Terkenal Muzium Bola Sepak Brazil, Dewan Terkenal Bola Sepak Itali, Dewan Terkenal Inter Milan dan Dewan Terkenal Real Madrid. Selepas bersara, Ronaldo telah meneruskan kerjanya sebagai Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu jawatan yang dilantiknya pada tahun 2000. Beliau juga berkhidmat sebagai duta untuk Piala Dunia FIFA 2014. Kini, Ronaldo menjadi pemilik majoriti Real Valladolid pada September 2018 setelah membeli 51% saham kelab tersebut.

Pada 14 Februari 2011, Ronaldo mengumumkan persaraan dari arena bola sepak dengan aksi terakhirnya bersama skuad kebangsaan Brazil menentang Malaysia pada aksi persahabatan di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Seperti kebanyakan pemain bola sepak Brazil, Ronaldo juga berasal dari keluarga yang miskin. Dia dibesarkan di Bento Ribeiro dan hanya bermain bola sepak di jalanan sekitar rumahnya saja. Dia juga tidak mampu untuk membeli but bola supaya boleh berlatih di kelab kesayangannya Flamengo. Namun bakat yang ada pada dirinya tercium oleh lagenda Brazil Jairzinho yang membawanya untuk menyertai kelab Cruzeiro yang bermain diliga Serie A Itali.

Skuad kebangsaan Brazil[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia 1994 Pada tahun 1994, Ronaldo yang berusia 18 tahun telah dipanggil masuk ke skuad kebangsaan Brazil untuk menghadapi Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Debut perlawanan pertamanya dalam skuad kebangsaan Brazil ialah menentang Argentina di Recife. Bagaimanapun Ronaldo tidak sekali pun diturunkan dalam sebarang perlawanan piala dunia yang mana dimenangi oleh Brazil menerusi gandingan Penyerang Romário dan Bebeto. Perlawanan rasminya bersama Seleção adalah pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Ketika itu dia bermain dengan menggunakan nama Ronaldinho kerana ada juga rakan dalam skuadnya yang juga bernama Ronaldo Guiaro. Brazil mendapat tempat ketiga di acara bola sepak di Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Piala Dunia 1998 Karier Ronaldo yang terus berjaya bersama Barcelona dan Inter Milan membuat dirinya untuk meraih gelaran Piala Dunia yang pertamanya sebagai pemain utama. Tambahan pula, selepas dia mendapat anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dalam dua tahun berturut-turut membuatnya berasa bahawa Seleção akan meraih gelaran juara di Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis. Sepanjang perlawanan piala dunia, Ronaldo menunjukkan corak permainan yang impresif dengan meledak 4 gol dan 3 bantuan. Bergandingan dengan Bebeto di barisan hadapan, Ronaldo berjaya membawa Brazil ke final Piala Dunia menentang Perancis selaku tuan rumah yang berlangsung di stadium Saint Denis. Namun 72 minit sebelum kick-off nama Ronaldo ditarik dari pendaftar startline menentang Perancis yang mana dikatakan Ronaldo diserang penyakit sawan. Walau bagaimanpun, Ronaldo tetap tampil di final itu dan tidak boleh berbuat apa dalam pertandingan sehingga Perancis memenangi trofi Piala Dunia untuk kali yang pertama dengan keputusan perlawanan 3-0.

Piala Dunia 2002 Selepas sembuh dari kecerderaan selama dua tahun. Skuad Seleção kembali semula memanggil Ronaldo kerana prestasinya yang semakin baik bersama Inter Milan. Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meletakkan Ronaldo sebagai trio Penyerang Seleção bersama dengan Rivaldo dan Ronaldinho. Penampilan terbaik trio yang mendapat jolokan 3R itu berjaya membawa Brazil sekali lagi di pentas final Piala Dunia 2002. Kali ini menentang Jerman yang mempunyai seorang Penjaga gol yang hebat iaitu Oliver Kahn. Seleção kali ini meraih kejayaan bermakna dengan mengalahkan Jerman 2-0 hasil kedua-dua gol dijaringkan oleh Ronaldo. Ronaldo juga mendapat anugerah sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 dengan 8 gol dan berjaya menyamai rekod lagenda Brazil, Pele yang telah menjaringkan 12 gol sepanjang penampilan di Piala Dunia.

Piala Dunia 2006 Penampilan Ronaldo di Piala Dunia 2006 dipenuhi kontroversi mengenai berat badannya yang nampak melebihi berat ideal. Dia dikritik kerana tubuh badannya yang dikatakan kurang fit dan penampilannya yang buruk. Walau bagaimanapun, pada perlawanan ketiga separuh masa pertama menentang Jepun, Dia menjaringkan 2 gol yang membawanya sejajar dengan Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia sepanjang sejarah dengan 14 gol. Satu gol yang dijaringkannya ketika menentang Ghana pada 27 Jun telah menjadikannya penjaring gol terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia dengan rekod 15 gol. Skuad eleção pun gagal mempertahankan gelaran juara Piala Dunia setelah kalah dengan Perancis 1-0 pada aksi separuh akhir. Itu adalah penampilan terakhir Ronaldo bersama Skuad Kebangsaan Brazil dan dia telah menjaringkan 62 gol dan penampilan sebanyak 92 kali dalam skuad kebangsaan Brazil.

14 Februari 2011: Persaraan Selepas tamat aksi persahabatan di antara Skuad Brazil dengan Romania di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil. Ronaldo telah mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak.

Kelab[sunting | sunting sumber]

1993-1994: Cruzeiro[sunting | sunting sumber]

Pada awal kemunculannya bersama kelab Cruzeiro, Ronaldo telah menjaringkan 44 gol daripada 47 penampilannya.

1994-1996: PSV Eindhoven[sunting | sunting sumber]

Ketika beraksi bersama PSV Eindhoven Ronaldo telah menjaringkan 54 gol daripada 57 penampilannya selama dua musim.

1996-1997: Barcelona[sunting | sunting sumber]

Di Barcelona, Ronaldo telah menjaringkan 47 gol daripada 49 penampilannya untuk Barca sepanjang dua tahun.

1997-2002: Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Ketika bersama Inter Milan, Ronaldo telah menjaringkan 59 gol daripada 99 penampilannya.

2002-2007: Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Ronaldo telah menjaringkan 104 gol daripada 177 penampilannya bersama Real Madrid dari musim 2002 hingga 2007.

2007-2008: AC Milan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Ronaldo telah berpindah ke AC Milan dan hanya menjaringkan 9 gol daripada 20 penampilannya selama semusim di liga Serie A itu.

2009-2011: Corinthians[sunting | sunting sumber]

Kelab Corinthians merupakan kelab terakhir Ronaldo sebelumnya bersara. Ronaldo telah menjaringkan 35 gol daripada 69 penampilannya sepanjang tiga musim.

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Pada awal kariernya, Ronaldo adalah seorang Penyerang yang memiliki kelajuan maksima yang boleh menewaskan pertahanan lawan sambil mendribble bola. Kedua-dua kakinya merupakan senjata utama untuknya menjaringkan gol demi gol. Manakala kepalanya jarang digunakan untuk menjaringkan gol walaupun dia mempunyai ketinggian yang tinggi. Ketika dia bermain untuk Real Madrid, dia sedikit mengubah gaya permainannya dengan banyak mencari ruang kosong di antara Pertahanan dan melepaskan tendangan jarah jauh ke gawang lawan. Masalah ini kerana tubuhnya yang sudah tidak boleh untuk bermain seperti gaya sebenarnya bermain diawal kariernya. Kelebihan berat badan dan kecerderaan terus menimpanya merupakan alasan kenapa Ronaldo mengubah gaya permainannya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Cruzeiro

  • Piala Copa do Brazil (1993)
  • Liga Campeonato Mineiro (1994)

PSV Eindhoven

  • Piala KNVB (1996)
  • Piala Johan Cruijff-schaal (1996)

Barcelona

  • Piala Supercopa de Espana (1996)
  • Piala Copa de Rey (1997)
  • Piala UEFA (1997)

Inter Milan

  • Piala UEFA (1998)

Real Madrid

  • La Liga (2002)
  • Piala Intercontinental (2002)
  • Piala Supercopa de Espana (2003)

Corinthians

  • Liga Campeonanto Paulista (2009)
  • Piala Copa do Brazil (2009)

Skuad kebangsaan Brazil[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Após início pobre em Bento Ribeiro, Ronaldo conquista o mundo". Globo Esporte. 14 Februari 2011. Dicapai pada 2020-07-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]