Sukhoi Su-30MKM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sukhoi Su-30MKM
Peranan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Pengeluar Sukhoi
Diperkenalkan 18 Jun 2007
Pengguna utama Tentera Udara Diraja Malaysia
Jumlah dibina 18 Unit beroperasi
Dibangunkan dari Sukhoi Su-30MKI
Kelainan Sukhoi Su-30
Sukhoi Su-30MKK

Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003. Dipercayai Rusia mula melatih 4 orang juruterbang dan 2 orang pegawai sistem senjata seawal tahun 2004. Pesawat Su-30MKM merupakan satu lagi variasi pesawat tempur pelbagai peranan yang dibangunkan berasaskan pesawat Sukhoi Su-30MKI, yang mana diubahsuai mengikut keperluan pelanggan dari segi system avioniknya. Sebagai contoh, sistem ECM buatan Israel yang dipasang pada pesawat Su-30MKI telah ditukar dengan sistem-sistem buatan Rusia dan Afrika Selatan. Dua buah pesawat pra-pengeluaran Su-30MKI (dengan nombor badan 04 dan 05) telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pesawat prototaip Su-30MKM bagi menguji integrasi sistem-sistem avionik baru. Su-30MKM dibina di kilang Irkutsk, Siberia dan dua buah pesawat pertama secara rasmi telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 24 Mei 2007[1].

Pada 18 Jun, 2007, dua buah pesawat Su-30MKM (dengan nombor siri M52-01 dan M52-02) telah tiba di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak dengan menggunakan pesawat Antonov An-124-100. Dua buah pesawat kumpulan kedua diserahkan pada Julai/Ogos 2007. Pesawat Su-30MKM dengan nombor siri M52-04 telah dilihat berada Malaysia. Tiga juruterbang ujian Sukhoi berada di Malaysia menguji terbang pesawat ini dan melaksanakan program peralihan juruterbang TUDM. Program latihan peralihan mengambil masa selama 5 bulan yang bermula pada bulan Julai 2007. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah menerima 6 buah pesawat Su-30MKM dan melatih enam orang anak kapal. Malaysia merancang untuk melatih 72 orang pegawai sebagai juruterbang dan pegawai sistem senjata bagi Su-30MKM. Latihan kemungkinan besar akan dibuat dengan kerjasama India. Kesemua pesawat Su-30MKM dijangka akan diserahkan sebelum akhir tahun 2008.

Pembelian Su-30MKM dibuat setelah ia berjaya mengalahkan saingan dari pesawat F/A-18E/F Super Hornet buatan Boeing. Walaupun Malaysia telah memilih untuk memperoleh pesawat Su-30MKM, pilihan untuk perolehan pesawat Super Hornet masih terbuka dengan kemungkinan Malaysia sekali lagi memilih untuk memiliki angkatan pesawat yang bercampur. Pilihan lain adalah kemungkinan Malaysia akan membuat perolehan tambahan ke atas pesawat Su-30MKM. Malaysia pada masa sekarang, memiliki angkatan pesawat yang bercampur-campur, contohnya pesawat MiG-29N Fulcrum dan F/A-18D Hornet. Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia telah menafikan laporan awal yang menyatakan angkatan pesawat Su-30MKM akan mengantikan penggunaan pesawat MiG-29N Fulcrum, dan menegaskan bahawa pesawat MiG-29 akan terus digunakan sebagai pesawat pertahanan udara.

Perjanjian timbal balas[sunting | sunting sumber]

Sebagai program timbal balas di atas pembelian pesawat Su-30MKM, Malaysia telah meminta Rusia untuk membina pusat perkhidmatan di Malaysia dan melatih dan menghantar angkasawan pertama Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Kontrak-kontrak yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

  • Pada 16 Disember 2003, Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai EU€ 150 juta (kira-kira AS$ 193 juta) dengan pengeluar pertahanan elektronik Eropah iaitu Thales Group bagi membekalkan sistem-sistem seperti avionik, navigasi, pengenalan dan optronik dengan kerjasama firma Sukhoi.[2]
  • Semasa LIMA 2007, firma Cobham dari UK telah mengumumkan telah menandatangai satu perjanjian bernilai AS$ 18 juta untuk membekal dan memasang pod-pod Sistem Pengisian Minyak Kembar pada pesawat Su-30MKM. Pada masa yang sama, firma Cobham juga mengumumkan satu perjanjian dengan firma tempatan iaitu Protank Technologies yang bertindak sebagai syarikat sokongan tempatan bagi kelengkapan tersebut.Sekarang TUDM telah menerima keseluruhan 18 unit pesawat Su 30 mkm dan berada pada tahap operasi.

Spesifikasi (Su-27PU/Su-30)[sunting | sunting sumber]

Data dari laman KNAAPO Su-30MK,[3] Sukhoi Su-30MK,[4] Gordon and Davison[5]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 21.935 m (72.97 kaki)
  • Rentang sayap: 14.7 m (48.2 kaki)
  • Tinggi: 6.36 m (20.85 kaki)
  • Sayap luas: 62.0 m² (667 kaki²)
  • Berat kosong: 17,700 kg (39,021 lb)
  • Berat berisi: 24,900 kg (54,900 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 34,500 kg (76,060 lb)
  • Loji kuasa:AL-31FL turbofan saluran rendah
    • Tujahan kering: 7,600 kgf (74.5 kN, 16,750 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 12,500 kgf (122.58 kN, 27,560 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 1x 30-mm meriam GsH30-1 dengan 150 butir peluru.
  • Peluru berpandu:
    • Udara ke udara
      • Peluru berpandu panduan aktif radar jarak sederhana Vympel RVV-AE (R-77).
      • Peluru berpandu inframerah jarak dekat R-73.
      • Peluru berpandu semi-aktif jarak sederhana R-27R1.
    • Udara ke permukaan
      • Siri-siri peluru letupan kuat OFAB 100-120, 25-270 dan FAB 500.
      • Bom panduan TV KAB 500KR dan KAB 1500KR.
    • Persenjataan lain
      • Siri-siri Vympel Kh-29 AGM
      • Versi-versi Kh-29T (pencari TV), Kh-29TE dan Kh-29L (pencari laser).
      • Senjata anti radar Zvezda-Strela Kh-31A (radar aktif) dan Kh-31P (radar pasif).
      • Peluru berpandu panduan TV jarak jauh, Raduga NPO Kh-59ME.

Avionik

    • Paparan Pandang Atas (HUD) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
    • Sistem Inframerah Navigasi Pandang Hadapan (NAVFLIR) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
    • Pod Menandakan Laser Damocles (LDP) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
    • Penderia Amaran Kehadiran Peluru Berpandu (MAWS), MAW-300 - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
    • Penderia Amaran Laser (LWS) - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
    • Radar Jujukan Pengimbas Fasa Pasif (PESA), NIIP N011M BARS - Rusia
    • Penyesak aktif DECM SAP518M - Rusia
    • UV-30MK CMDS - Rusia
    • Penerima Amaran Radar (RWR), L-150-30 Pastel - Rusia
    • Pencari dan Penjejak Inframerah (IRST), UOMZ OLS-30I - Rusia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Maklumat berkenaan Sukhoi Su-30MKM
  2. http://www.strategypage.com/htmw/htecm/articles/20040117.aspx Rencana berkaitan sistem-sistem yang dibekalkan oleh Thales di laman strategypage.com
  3. Sukhoi Su-30MK, KNAAPO.
  4. Su-30MK Aircraft performance page, Sukhoi.
  5. Gordon and Davison 2006, pp. 92, 95-96.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]