Sungai Lembing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sungai Lembing

Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebar itu. Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

1920 - 1950 Sungai Lembing menjadi pengeluar bijih timah utama negeri Pahang Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan el Dorado yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Para pekerja Pahang Consolidated Company Ltd diberikan peluang membeli-belah barangan import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasut Clarks dan jauh lebih murah berbanding di Kuantan. Sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi dewan orang ramai. Antara yang pernah tinggal di sini ialah Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek .[1]

SEJARAH SUNGAI LEMBING DAN SEJARAH MODEN PAHANG

Sungai Lembing pada masa dahulu adalah Bandar terkaya dengan dalam pengeluaran Bijih Timah di Negeri Pahang Darul Makmur. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakan kawasan galian Bijih Timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara. Kewujudan Sungai Lembing berkaitrapat dengan sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British dalam bulan Februari pada tahun 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat Bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh seratus tahun dengan bayaran satu sen setahun. Sungai Lembing merupakan Bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentakbiran sebuah syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC). Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik Bijih Timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik Konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.

SEJARAH LOMBONG SUNGAI LEMBING

Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan Bijih Timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi. Terowong terdalam adalah dilombong Myah. Ia terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan hampir 322 meter.Terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Kejadian tanah runtuh juga dilaporkan sering berlaku.

PENGENALAN BAGI MUZIUM DI BAWAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA WILAYAH TIMUR IAITU MUZIUM SUNGAI LEMBING

Bangunan ini terletak diatas bukit disebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Ia digunakan sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula dengan Syarikat ‘The Pahang Corporation Limited’, tahun 1887-1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat ‘The Pahang Consilidated Company Limited’ (PCCL), tahun 1906-1986. Rumah kediaman pengurus besar ini dahulunya dikenalai sebagai “The European Bungalow 1” atau singkatannya EB1, iaitu membezakanya dengan rumah Pegawai Kanan Inggeris yang lain.

Struktur binaanya mengikut gaya vertikular-kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan bangunan bersaiz kecil, dengan atap diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, ia diubahsuai dari semasa ke semasa, bermula darizaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga ke zaman pengurusan H.R.M Holding pada tahun 1966.

Semasa Perang Dunia Kedua,bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehinggalah ke tahun 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih semula oleh PCCL untuk meneruskan aktiviti-aktiviti perlombongan hinggalah kejatuhan harga timah pada tahun 1986.

Muzium ini mempamerkan episod-episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia. Turut dipamerkan adalah artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu.

Muzium Sungai Lembing[sunting | sunting sumber]

  • 2001 mula dibuka kepada pengunjung. Luas kawasan muzium ini 2.235 hektar.
  • 1906-1986 Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).
  • 1911 Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan senibina kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu.
  • Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya .
  • Antara yang menarik ialah diorama dalam lombong bawah tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah.
  • Pelombong ketika itu terpaksa menggunakan topi keselamatan, lampu kabaid dan lampu berkuasa bateri sahaja. Keberanian bekerja dalam terowong amat penting. Keselamatan menjadi perkara kedua.

INFORMASI MUZIUM SINGAI LEMBING ANTARA PAMERAN DAN GALERI DI MUZIUM SUNGAI LEMBING

PEMBAHAGIAN GALERI MUZIUM

Aras satu

•Kaunter Informasi •Pengenalan Sungai Lembing •Sejarah PCCL •Diorama Perlombongan •Pameran Luar

Aras Dua

•Sejarah Perlombongan Geologi & Geomorfologi Mining Arcade

•Mining Memoir Ekonomi Perlombongan Kaedah Perlombongan Peralatan & Pakaian

Muzium Sungai Lembing adalah mempamerkan pameran tetap, ianya berkaitan dengan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing. Muzium Sungai Lembing memperagakan koleksi peralatan-peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan adalah berusia lebih 50 tahun. Antara koleksi yang dipamerkan ialah topi pelombong lengkap dengan lampu, pakaian pelombong, tong bijih timah, wagon, dan sebagainya. Keseluruhan konsep muzium adalah berteraskan “edutainment” gabungan proses pembelajaran bercirikan hiburan mengikut citarasa pengunjung, bermaklumat, ceria, terhibur dan menarik.


SINOPSIS GALERI

Muzium Sungai Lembing mempunyai 2 aras iaitu aras satu dan aras dua. Aras satu terdiri daripada Kaunter Informasi, Pengenalan Sungai Lembing, Diorama Perlombongan, Sejarah PCCL & Pameran Luar.

a)Kaunter Informasi

Pelawat dialu-alukan kedatangan ke Muzium Sungai Lembing melalui pintu masuk utama.Pelawat boleh mendapat sebarang informasi berkaitan dengan Muzium Sungai Lembing di Kaunter Informasi.

b)Pengenalan Sungai Lembing

Segmen ini memaparkan panel-panel informasi berkaitan sejarah Bangunan Muzium Sungai Lembing, Objektif Penubuhan Muzium Sungai Lembing, Asal-usul Sungai Lembing, Perkembangan Awal Sungai Lembing dan Sungai Lembing Sekarang.

c)Diorama Perlombongan

Segmen ini mengambarkan bagaimana suasana perlombongan bijih timah yang sebenar.

d)Sejarah PCCL

Segmen ini dikhususkan kepada PCCL, syarikat yang beroperasi sejak 1906 sehingga 1986. PCCL merupakan syarikat yang memajukan lombong bijih timah bawah tanah secara komersial dan membangunkan Pekan Sungai Lembing.

Syarikat PCCL juga telah terlibat semasa pendudukan jepun di Sungai Lembing. Syarikat PCCL telah menghentikan operasi perlombongannya.Pihak British mengarahkan semua kolong ditengelamkan supaya pihak Jepun tidak memusnahkannya.

e)Pameran Luar

Antara koleksi-koleksi yang dipamerkan ialah pemadam api,pam air, penuang bijih, troli,kotak merah, pengusung,mini mox, dan alat-alat elektrik dan jentera yang lain.

`Aras dua terdiri daripada Sejarah Perlombongan, Geologi & Geomorfologi, Mining Arcade,Mining Memoir, Ekonomi Perlombongan, Kaedah Perlombongan, dan Peralatan dan Pakaian.

a)Sejarah Perlombongan

Segala paparan sejarah perlombongan ini yang bermula dengan penemuan bijih timah. Terowong bawah tanah adalah sinonim dengan kaedah perlombongan di Sungai lembing. Segmen ini menampilkan replika yang seumpama ini agar dapat mencernakan era awal perlombongan bijih timah bawah tanah di sungai Lembing. Pelawat akan dapat melihat,menjiwai seterusnya memahami kaedah perlombongan bawah tanah di Sungai Lembing.

b)Geologi & Geomorfologi

Model perlombongan di Sungai Lembing dipamerkan di segmen ini. Contoh-contoh batuan,contoh-contoh galian yang diperolehi di Sungai Lembing juga dipaparkan di Segmen ini.

c)Mining Arcade

Konsep ruang tamu turut diadaptasikan semasa era British untuk persembahan audio-visual Muzium Sungai lembing. Ruang ini dilengkapkan pelbagai perabut seperti kerusi,meja dan almari yang bersesuaian mengikut era tersebut. Pengunjung dapat menonton video dokumentari sejarah Sungai Lembing disudut yang disediakan.

d)Mining Memoir

Mining memoir adalah merupakan segmen mengimbas kembali kegemilangan industri bijih timah di Tanah Melayu. Bilik tidur dan bilik air sedia ada telah dibaikpulih dan dilengkapkan dengan perabut bilik tidur mengikut era tersebut.Beberapa penal berkaitan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing serta paparan senarai nama pengurus-pengurus lombong yang pernah menginap dan berkhidmat dari tahun 1887 hingga 1986 turut di pamerkan kepada para pelawat.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah

•Sultan Ahmad •Sultan Abu Bakar

e)Ekonomi Perlombongan

Pelbagai peralatan pejabat dipamerkan di segmen ini antaranya Mesin teleks, Mesin Taip Elektrik, Mesin Taip Manual, Mesin Tunai, Kalkulator dan sebagainya. Foto-foto gambar pekerja-pekerja Asia dan Inggeris yang pernah berkhidmat di Sungai Lembing suatu ketika dahulu turut dipamerkan.


f) Kaedah Perlombongan

Pada amnya terdapat 5 kaedah perlombongan bijih timah yang dijalankan di Malaysia.

 Mendulang  Kapal Korek  Pam Hidrolik  Lombong Bawah Tanah  Lombong Dedah

g)Peralatan dan pakaian

Peralatan dan kelengkapan-kelengkapan pelombong dipamerkan di segmen ini. Antara peralatan yang digunakan ialah topi pelombong,lampu berkuasa bateri, gergaji, dapur semawang, bekas minuman & makanan dan sebagainya.

PENGANGKUTAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KE MUZIUM SUNGAI LEMBING DARI BANDAR KUANTAN PAHANG

 Teksi - Tambang Pengangkutan pergi / balik RM 40.00 dari Bandar Kuantan  Bas - Tambang Pengangkutan Biasa – RM 5.00

 Tambang Pengangkutan Hawa Dingin – RM 5.20

Kemudahan  Tandas  Tempat Letak kereta percuma

WAKTU MELAWAT MUZIUM SUNGAI LEMBING

Isnin hingga Ahad = 9.00am-5.00pm

Jumaat = 9.00am-12.15pm 2.45 pm- 5.00pm

Tutup = Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Tiada Bayaran Masuk 

MAKLUMAT TENTANG PEGAWAI/KETUA MUZIUM YANG BOLEH DIHUBUNGI

Rebiah bt Mohd Yusof Ketua Muzium Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Timur Muzium Sungai Lembing 26200 Kuantan Pahang Tel:09-5412378 Fax:09-5412377 E-Mail: rebiahmyusof@gmail.com

Terowong bawah tanah[sunting | sunting sumber]

Terowong bawah tanah atau 'pengkang' dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.

Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter.

Pengunjung biasa tidak dibenarkan mengunjungi terowong kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing itu tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan, ditenggelami air dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang meninggal dunia ketika membina terowong dan mencari gali bijih.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Selain kemudahan asas, di kawasan Sungai Lembing terdapat ladang sawit yang menggantikan tanaman getah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]