Bandar Muadzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Muadzam Shah ialah sebuah bandar di Rompin, tenggara Pahang, Malaysia. Ibu pejabat utama Teras Dara Konsortium (TDK) terletak di sini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar Muadzam Shah telah dibuka pada 1979 oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah lebih 25 tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan yang memiliki pentadbiran sendiri seperti terciptanya Putrajaya. Kini Bandar Muadzam Shah diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Rompin. Sebelum itu, bandar Muadzam Shah telah diletakkan di bawah daerah pentadbiran Pekan. Jika diambil kira status pembangunan dan kemajuan bandar, Bandar Muadzam Shah adalah lebih maju berbanding Rompin. Jadi kenapa Bandar Muadzam Shah tidak diletakkan di bawah pentadbiran Pekan.

Antara kemajuan Bandar Muadzam Shah yang melebihi kemajuan Rompin ialah kewujudan Hospital Besar Muadzam Shah. Muadzam Shah memiliki kesemua kemudahan awam termasuklah mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, sekolah-sekolah, malah memiliki universiti bertaraf antarabangsa. Bandar Muadzam Shah memiliki wilayah pentadbiran yang besar seperti Bukit Ibam, Keratong, dan sekitarnya.

Kemajuan Bandar Muadzam Shah terus disekat dengan pembatalan projek pembinaan kilang Proton dan akhirnya telah dibina di Pekan. Pembinaan sebuah UiTM di Bandar Muadzam Shah juga telah dibatalkan walaupun tapak hutan telah diratakan dan akhirnya tapak tersebut digantikan dengan pembinaan Politeknik Muadzam Shah. Banyak usaha yang diutarakan Tun Abdul Razak semasa hayatnya tidak dapat tercapai sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Bandar Muadzam Shah diwujudkan untuk bumiputera dan disebabkan itu juga UiTM ingin dibina oleh Tun Abdul Razak.

Semasa hayat DARA sebagai badan yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Muadzam Shah suatu ketika dahulu, 100% penduduk Bandar Muadzam Shah adalah Melayu. Tetapi kini kemajuan tanah dan banyak syarikat di Bandar Muadzam Shah telah didominasi oleh kaum Cina.