Tasik Chini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tasik Chini
Lokasi Pahang Tengah
Koordinat 3°26′N 102°55′EKoordinat: 3°26′N 102°55′E
Aliran keluar Sungai Chini
Negara cekungan Malaysia

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.

Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.

Legenda[sunting | sunting sumber]

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). [1]Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba seakan-akan di Khmer, Kemboja yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.[2]

Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, Kemboja yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan RM7.5 juta bagi membina chalet, jeti baru dan bengkel kraftangan dengan standard antarabangsa.

Pelbagai homestay di RKT Salong dekat Tasik Chini melibatkan kos RM500,000 akan dibangunkan dengan kerjasama penduduk kampung dan masyarakat orang Asli tempatan. Program ini dapat meningkatkan pendapatan mereka .

Pasukan pemantau Tasik Chini telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Datuk Maznah Mazlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Pahang Datuk Hoh Khai Mun.

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan berasal dari Pahang telah meletakkan batu asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang diselenggarakan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Januari 2008.

Jabatan Alam Sekitar Pahang mendapati kualiti air ialah pada indeks 2, iaitu masih sesuai untuk mandi-manda dan minum. Cuma keindahan tasik dan bunga-bungaan tidak seindah dan seceria dahulu.

Teratai yang mati dan pupus dijangka kembali menjadi tarikan pelancong menjelang 2009.[3]

Gambar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Sri Gumum with information (history, legends, slide shows) on the lake and its people

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "1 Loch Ness Malaysia", Journey Malaysia. Dicapai pada 2007-02-20. 
  2. "Teruskan usaha kesan tasik purba", Utusan Malaysia, 20 Februari 2007. Dicapai pada 2007-02-20. 
  3. Tasik Chini: "Teratai Akan Kembali Berbunga"