T-50 Golden Eagle
| T-50 GOLDEN EAGLE | ||
|---|---|---|
| Penerangan | ||
| Jenis | Latihan lanjutan Serangan ringan |
|
| Pengeluar | Industri Aeroangkasa Korea Lockheed Martin |
|
| Kos seunit | AS$ 22 juta [1] | |
| Penerbangan sulung | 20 Ogos 2002[2] | |
| Pengguna pertama | Tentera Udara Korea Selatan | |
| Krew | 2 | |
| Jumlah dibina | 100+ [3] | |
| Status | Aktif | |
| Dimensi | ||
| Panjang | 12.98 m | |
| Tinggi | 4.78 m | |
| Rentas sayap | 9.17 m | |
| Berat | ||
| Berat tanpa muatan | 6,441 kg | |
| Berat berlepas maksimum | 11,985 kg | |
| Janakuasa | ||
| Enjin | 1× General Electric F404 kipas turbo pembakaran lanjut | |
| Persenjataan | ||
| Meriam | 1× 20 mm meriam Gatling M61A1 Vulcan | |
| Bom | Bom 5× bom berangkai CBU-58 9× bom Mk 82 3× bom Mk 83/MK 84, dan 9× bom Mk 20 Roket LAU-3/68 Peluru berpandu udara ke udara 2× AIM-9 Sidewinder Peluru berpandu udara ke permukaan 6× AGM-65 Maverick |
|
| Prestasi | ||
| Kelajuan maksimum | Mac 1.5 | |
| Jarak tempur | 1,851 km | |
| Altitud tertinggi | 14,630 m | |
T-50 Golden Eagle (Bahasa Melayu : Helang Emas) adalah pesawat latihan supersonik hasil kerjasama Amerika Syarikat-Korea Selatan untuk awal kurun ke-21. Ia dibangunkan oleh Industri Aeroangkasa Korea dengan kerjasama Lockheed Martin [4] Program ini termasuk pembangunan pesawat A-50, atau T-50 LIFT, sebagai versi pesawat serangan ringan.
Walaupun pada masa ini tentera A.S tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memperoleh pesawat ini, nama pengenalan rasmi T-50A MDS telah diberi kepada pesawat Golden Eagle, oleh sebab yang demikian nama pengenalan ini tidak akan merujuk pada model pesawat lain.[5]
Isi kandungan |
Pembangunan [sunting]
Program T/A-50 adalah satu program untuk mengantikan pelbagai pesawat latihan dan serangan ringan. Ini termasuk pesawat T-38 dan F-5B yang digunakan sebagai pesawat latihan dan pesawat sokongan udara dekat Cessna A-37B; yang sedang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Korea Selatan. Program ini pada asalnya bertujuan untuk membangunkan pesawat latihan asli yang berkemampuan untuk terbang pada kelajuan supersonik sebagai latihan dan persediaan kepada para juruterbang sebelum bersedia untuk menerbangkan pesawat KF-16.[6] Pesawat T-50 telah menjadikan Korea Selatan sebagai negara ke-12 yang berjaya mengeluarkan pesawat jet pejuang yang lengkap.[7] Beberapa pesawat Korea Selatan termasuk pesawat latihan asas pacuan-kipas KT-1 yang dikeluarkan oleh Samsung Aerospace (sekarang sebahagian daripada KAI), dan pesawat KF-16 yang diberi lesen pengeluaran. Kebanyakan sistem utama dan teknologi disumbangkan oleh Lockheed Martin, bagaimanapun, secara umum pesawat T/A-50 dikatakan mirip akan konfigurasi pesawat KF-16.
Pembangunan pesawat ini telah dibiayai oleh Lockheed Martin sebanyak 13%, 17% oleh Korea Aerospace Industries, dan 70% oleh kerajaan Korea Selatan.[8] KAI dan Lockheed Martin pada masa ini sedang menjalankan program pemasaran bersama untuk pelbagai variasi pesawat T-50 di peringkat antarabangsa.
Program induk, diberi kod KTX-2, bermula pada tahun 1992, akan tetapi Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengantung program KTX-2 pada tahun 1995 disebabkan oleh masalah kewangan. [9] Pembangunan awal reka bentuk bermula pada tahun 1999. KTX-2 telah dinamakan semula sebagai T-50 Golden Eagle pada Februari 2000, dengan pemasangan akhir pada pesawat pertama T-50 bermula pada 15 Januari, 2001. Penerbangan sulong pesawat T-50 dilakukan pada bulan Ogos 2002, dan penilaian operasi awal dilakukan daripada28 Julai hingga 14 Ogos, 2003. Tentera Udara Korea Selatan telah menganugerahkan kontrak pengeluaran T-50 sebanyak 25 buah pesawat pada Disember 2003, dengan penghantaran pesawat dijangka antara tahun 2005 hingga 2009.
Versi lain bagi pesawat T-50 Golden Eagle adalah pesawat serangan ringan A-50, dan pesawat yang lebih maju iaitu FA-50. Pesawat versi A-50 adalah versi yang dilengkapi dengan persenjataan untuk pesawat T-50 yang bertindak sebagai pelantar stabil untuk senjata jatuhan bebas dan panduan tepat. Pesawat FA-50 adalah pesawat A-50 yang diubahsuai dan dilengkapkan dengan Radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) dan lingkaran data taktikal yang masih belum ditentukan. Diantara sebahagian daripada program persaraan pesawat A-37 yang akan dilengkapkan pada tahun 2015, 60 buah pesawat A-50 akan mula berkhidmat untuk Tentera Udara Korea Selatan pada tahun 2011.[10]
Reka bentuk [sunting]
Reka bentuk pesawat T-50 Golden Eagle adalah berasal dari pesawat Lockheed Martin F-16 Fighting Falcon,[11] dan kedua-dua pesawat ini mempunyai persamaan dalam penggunaan secara ekonomi pesawat berenjin tunggal, kelajuan, saiz, kos, dan julat sistem persenjataan. Program ini pada asasnya hanya memfokuskan pada pembangunan jet latihan untuk juruterbang pesawat F-16, sejak kebanyakan tentera udara di dunia, termasuk Tentera Udara Republik Korea, menggunakan pesawat F-16 sebagai unsur utama dalam populasi pesawat pejuang mereka.
Pesawat T-50 dilengkapkan dengan sistem kedudukan global terbenam/sistem penerbangan inersia Honeywell H-764G dan radar altimeter HG9550. Pesawat versi A-50 mengunakan radar APG-67 daripada Lockheed Martin. Pesawat ini adalah merupakan pesawat latihan pertama yang mengunakan kawalan antaramuka digital terbang dengan wayar.[12] Pesawat ini boleh membawa sehingga 2 juruterbang, dipasangkan dengan kanopi yang tinggi dan susunan kerusi secara tandem yang membolehkan juruterbang mempunyai penglihatan yang lebih luas, yang mana ia sangat penting sekiranya ingin mengunci sasaran pesawat musuh. Kokpit pesawat juga dipasang dengan Sistem Pengeluaran Oksigen Diatas Pesawat (OBOGS).
Had ketinggian pesawat ini adalah 48,000 kaki, dan rangka pesawat telah direka untuk bertahan sehingga 8,000 jam-penerbangan. Terdapat 7 tangki bahan api dalaman dengan muatan 2,655 liter, 5 didalam bahagian fiuslaj dan 2 di bahagian sayap. Tambahan bahan api sebanyak 1,710 liter boelh dibawa dengan menggunakan 3 tangki luaran.
Pesawat T-50 Golden Eagle menggunakan enjin tunggal General Electric F404 kipas turbo yang dilengkapi dengan Kawalan Kuasa Penuh Enjin Digital (FADEC). Enjin ini terdiri daripada kipas 3-peringkat, 7 paksi penyusunan peringkat, dan pembakar lanjut. Pesawat ini berupaya untuk mencapai tahap super kruis pada kelajuan Mac 1.05, dan dengan tujuhan maksimum 78.7 kN (17,700 lbs) dengan penggunaan pembakar lanjut. Kelajuan maksimum pesawat ini adalah Mac 1.5.
Sistem persenjataan [sunting]
Satu meriam 20 mm M61 Vulcan buatan General Dynamics dengan 205 butir peluru suapan lurus tanpa-penyambung boleh dilekapkan secara dalaman dibelakang kokpit. Peluru berpandu penjejak haba AIM-9 Sidewinder pula boleh dipasang pada setiap rel hujung sayap, dan lebih banyak peluru berpandu boleh dibawa dengan menggunakan tenggekan dibawah sayap. Peluru berpandu udara ke permukaan yang bersuaian adalah termasuk peluru berpandu AGM-65 Maverick, pelancar roket LAU-3 dan LAU-68, bom berangkai CBU-58 dan Mk-20, serta bom kegunaan am Mk-82, Mk-83, dan Mk-84. Pesawat ini juga boleh membawa sehingga 3 tangki luaran.
Lihat juga [sunting]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Turutan
Senarai
Rujukan [sunting]
- ↑ http://www.ainonline.com/Publications/Dubai/2005/d1t50p16.htm AIN Online article on T-50
- ↑ http://www.flug-revue.rotor.com/FRTypen/FRKTX-2.htm Flug Revue
- ↑ http://www.aeroflight.co.uk/types/korea/kai/t-50/T-50.htm Artikel Aeroflight berkenaan pesawat T-50
- ↑ http://times.hankooki.com/lpage/nation/200701/kt2007010720311111990.htm Korea dan AS berbincang untuk mengawasi rancangan jualan
- ↑ http://www.designation-systems.net/usmilav/412015-L(addendum).html#_Note_T50A Nama pengenalan MDS dilaman web Designation-Systems.Net
- ↑ http://www.defenseindustrydaily.com/2005/04/south-korea-to-show-off-t50-trainer/index.php Defense Industry Daily 04/05, artikel berkenaan T-50
- ↑ http://news.empas.com/show.tsp/cp_kt/20021030n04111/?kw=wingspan%20%3Cb%3E%26%3C%2Fb%3E Artikel Empas News
- ↑ http://www.airforce-technology.com/projects/t-50/ Artikel Airforce Technology
- ↑ http://www.globalsecurity.org/military/world/rok/ktx-2.htm Artikel Global Security berkenaan program KTX-2
- ↑ http://news.naver.com/news/read.php?mode=LOD&office_id=023&article_id=0000225486&secion_id=001&menu_id=001 국산 공격기‘A-50’ 2011년 실전 배치 - Naver News
- ↑ http://www.vectorsite.net/avf16_4.html Laman VectorSite: Terbitan pesawat F-16: Ching Kuo / F-2 / Golden Eagle]
- ↑ http://www.globalsecurity.org/military/world/rok/t-50.htm Ulasan Global Security
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: T-50 Golden Eagle |
- Korean Laman KAI T-50 dalam Bahasa Inggeris
- T-50 dilaman web deagel.com
- Galeri foto Lockheed Martin
- "Projek pesawat serangan ringan F/A-50 masih digantung", Flight International, 22 Oktober 2007.
|
|||||||||||||||||