Tun Sri Lanang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tun Seri Lanang)

Tun Muhammad bin Tun Ahmad (Jawi: تون محمد بن تون أحمد) atau lebih dikenali dengan gelaran beliau, Tun Seri Lanang (Jawi: تون سري لانڠ)(1565 – 1659), ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor ke-11 dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).[1]

Kehidupan Di Aceh[sunting | sunting sumber]

Ketika Perang Batu Sawar pada tahun 1613 berlaku, beliau dibawa ke Aceh sebagai tawanan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor-Riau, adinda Sultan, Raja Abdullah (Sultan Abdullah Maayah Shah) dan kerabat diraja Johor serta 23000 rakyat Johor. Mereka yang ditawan itu dilayan baik oleh sultan Aceh malah Raja Abdullah sendiri dikahwinkan dengan adinda sultan Aceh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang bernama Ratna Jauhari.

Pada akhir tahun 1613, Raja Abdullah dihantar pulang bersama-sama dengan 2000 tentera Aceh dan diberikan sejumlah wang oleh Iskandar Muda untuk membina semula kota Batu Sawar. Pada tahun 1614, Sultan Alauddin dibenarkan pulang setelah baginda berjanji untuk membantu Aceh melawan Portugis.[2]

Namun sebahagian besar rakyat Johor memilih untuk menetap di Aceh dan ditempatkan oleh sultan Aceh di jajahan bernama Samalanga termasuk Tun Seri Lanang yang dilantik sebagai ''Ulubalang'' atau gabenor Samalanga dan diberi gelaran ''' "Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka Tun Seberang" ''' oleh Aceh dan di Johor, beliau digelar '''Dato' yang ke Aceh''' .[3]

Ulubalang Samalanga[sunting | sunting sumber]

Tun Seri Lanang dilantik sebagai ulubalang Samalanga yang pertama yang terletak di pesisir timur Aceh pada tahun 1613 dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Samalanga, Aceh.

Beliau telah menjadikan Samalanga sebagai pusat pendidikan di Kesultanan Aceh Darussalam. Beliau banyak membangunkan banyak masjid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah tetapi juga pusat pengajian Islam seperti Kuta Blang, Mesjid Raya dan Masjid Matang Wakeuh.[4]

Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani dan Seri Ratu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah.

Pewaris[sunting | sunting sumber]

Keturunan beliau Aceh yang telah bercampur baur dengan bangsawan Aceh, banyak yang menjadi tokoh terkenal seperti Pocut Meuligo-''Srikandi Aceh'', Amponsyik Teuku Muda Bugis, uleebalang Samalanga yang berhasil menewaskan Belanda dalam Perang Aceh (1873-1942) pada tahun 1881, Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Teuku H Zainal Abidin Bendahara serta banyak lagi.[5]

Pewaris Terkini[sunting | sunting sumber]

Pewaris terkini yang diketahui mempunyai susur galur sampai ke Tun Seri Lanang ialah:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Ahlul Bait Rasulullah dan Kesultanan Melayu, (Tun) Suzana (Tun) Osman dan Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad